Monday, December 31, 2007

Asyfa Rawiah Bahagian 3

2 minggu sudah berlalu sejak aku pulang dari Alor Setar. Hari hari berlalu dengan pantas. Selain kerja, aku sibuk dnegan urusan rumah baru. Sibuk berurusan dengan Majlis Perbandaran Sepang dan juga, dengan bank. Pagi itu, seperti biasa aku di pejabat, telefon bimbit aku berdering menandakan ada mesej yang sampai. AKu capai telefon bimbit aku itu, oh dari Queen.

"Macam demam. Selsema lagi kepala berat." sms Queen.

Kesian, sudah 3 hari Queen begitu. "Pergilah klinik. Ambik MC. Balik rumah tido." sms aku.

2 jam kemudian. Satu lagi smaku terima dari Queen. "Maaf. lambat inform. Dah pegi klinik, tapi tak puas hati. Buat pregnancy test. Alhamdulillah positif."

Oh oh. Tak tersangka sungguh. "Alhamdulillah :)" sms aku kembali.

Selepas aku terima sms itu, aku terasa hari itu masa berlalu sangat lambat. Aku tak sabar mahu pulang. Penantian aku berakhir, balik petang itu aku pandu selajunya. Sampai rumah aku dan Queen sambung lagi cerita. Maghrib itu, kami berjemaah. Selesai solat aku ajak Queen buat sujud syukur dan kemudian aku berdoa. Aku tadah tangan diikuti dengan Queen. Dan aku pun membaca,

(Kiriman Kedua Dari Tuhan)

Tuhan,
terima kasih pada kiriman
yang kedua ini
belum pun sempat kami balas
kiriman yang pertama itu
belum habis kami baca seluruhnya
sungguhlah Engkau Yang Maha Pemurah

tuhan,
terima kasih pada kiriman
yang kedua ini
tidak sabar rasanya
hati semanusia kami
ingin segera menatap isi kandungannya
yang penuh, dengan rahmat

tuhan,
terima kasih pada kiriman
yang kedua ini
berkatilah kehidupan kami
sesungguhnya sujudlah kami
seluruh anggota badan kami
jiwa kami, hanya kepadaMu

bersambung...

P/s : Sesiapa yang ada saudara, sahabat, kenalan atau sesiapa sahajalah yang mempunyai lesen kontraktor kelas A hubungi aku dengan segera. Ada banyak projek!!! Faitin!

Thursday, December 27, 2007

Asyfa Rawiah Bahagian 2

Seminggu di Alor Setar, entah mengapa dunia aku di sana seakan pegun. Tinggi mercu tanda di bandar Alor Setar hanya menambahkan tinggi rindu aku pada Queen. Aku berkongsi bilik dengan En Zali, mujur beliau seorang yang tak banyak kerenah. Cuma kadang kadang mulutnya agak becok mempersoalkan ini dan itu. Yang paling penting beliau tidak kisah aku menghisap rokok di dalam bilik hotel.
Jika sarapan pagi kami nikmati di hotel, tengahari pula di kantin pejabat, makan malam pula kami nikmati di restoran mamak. Hari hari makan nasi kandar pun muak juga tapi itu yang paling dekat. Aku dah malas nak jalan jauh jauh waktu malam. Boleh dikatakan, En Zali paling awal tidur. Maka tinggallah aku sorang sorang melayan karenah tivi yang menyiarkan cerita ntah hapa hapa ntah. Sambil sambil itu aku menghantar sms pada Queen. kami berbalas sms seperti waktu mula bercinta dulu. Dan rindu di hati ini makin membuak buak. hampir sejam kami berbalas sms dan keindahan perasaan itu terganggu apabila Queen meminta izin untuk beradu. Penat katanya. Ya, aku tidak menghalang, aku izinkan. Dan ciuman kami yang berbentuk perkataan itu pun saling berbalas tanda akhirnya perkongsian rindu pada malam itu.
Tinggal aku seorang diri lagi. Minda aku mengambil kesempatan ini memimpin aku berimaginasi saat saat manis yang aku alami sepanjang aku bersama Queen setakat ini. Dan aku bangkit dari katil, membuka beg galas. Aku capai sebuah buku. Ya, buku itu adalah lontaran segala kata, perasaan dan fikiran ku dalam semua hal. Buku itu, menempatkan semua sajak sajak aku seawal dari 2002 lagi. Aku buka helaian yang kosong, dan aku capai pena yang telah bersedia untuk menarikan fikiranku. Dan aku tulis...

aku di bilik dinginhotel, 422
sedang memerhati gerimis
di kala matahari memandang alam
dengan separuh mata
aku mengira hari
di tanah orang
rindu dan cinta yang ku tinggalkan
lenakah tidurmu?
aku di bilik dingin hotel,
bersama gerimis
dan matahari yang semakin lena
lalu, angan menyuruh ku senyum
- Kingbinjai, Alor Setar
bersambung...

Saturday, December 22, 2007

Asyfa Rawiah Bahagian 1

"Bi, ibu dah bersedia untuk anak kedua pula." Kata Queen membuka bicara. Aku memerhatikan Adib yang pada waktu sudah berusia setahun 2 bulan. "Cepat je dah besar" bisik hati aku. Aku masih tidak menyambut pembuka bicara itu.

"Bi.." panggil Queen.

"Hmph." Jawab ku pendek. "Kompem ke, kewangan kita pun tak beberapa baik ni." jelas aku.

"InsyaAllah boleh."

Hari hari kemudian berlalu seperti biasa. Tiada perkara yang menarik. Sekadar kerja dan berblog. Baru baru ini, adik perempuan aku, kene ugut oleh majikannya. Aku bertegas menyuruh dia buat laporan polis tapi adik aku yang seorang ini memang degil. Taknak dia. Puas aku pujuk, tapi dia nak bayar juga sebulan gaji. Apa nak buat? Sedar sedar dah bulan 6. Vovin ada menghubungi aku. Ajak aku baca sajak pada malam Maskara. Entah mengapa aku Ok je, walhal bukan aku tak tahu, aku ni memang jenis yang gelabah gila bila berjumpa dengan Mic. Ah lantaklah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

"Iqbal, next week kita pergi Alor Setar boleh?" tanya En. Asin, HOD aku. Entah bila masa entah dia ni masuk workshop aku, sedar sedar terpacul je depan muka pintu opis aku. Terkejut beruk juga aku.

"Alor Setar? Saya ngan En. Asin je ke?" tanya aku.

"Tak, tiga orang pergi, saya, kamu dan En Zali Subang. Ok?"

"Ok. No problem."

En Asin, kemudian menerangkan serba sedikit tugas yang perlu dilaksanakan setiba di Alor Setar. Mengikut rancangan, En Asin akan bertolak dahulu pada hari Ahad, diikuti oleh aku dan En. Zali pada hari Isnin.

Aku bersandar sambil memejamkan mata setelah En Asin keluar dari opis aku. Aku senyum sendiri. "Alor Setar, Seminggu. Alhamdulillah dapatlah duit poket sikit."

bersambung...

Sunday, December 02, 2007

Botak

Assalammualaikum. Apa khabar? Harap kalian sihat sentiasa hendaknya. Isen kali ini seperti selalunya, panjang. Cukup untuk bekalan kalian sehingga aku mengemaskini kembali nanti.
Lembab
Aku tidak berkesempatan untuk singgah ke blog kalian kali ini, kerana cc yang aku pergi ini agak lembab!
Seluar
Arif akan pulang ke kelantan kerana isterinya baru bersalin. Kesempatan itu aku ambil mengirim seluar pendek dengan corak kain pelikat. Aku sudah ada sehelai, aku mahu sehelai lagi untuk aku buat pakai masa berkebun. "Seluar tu sampai takat lutut je tau." tegas aku. Seminggu Arif bercuti. Dan satu hari aku terima sms dari dia,
"Kau nak warna apa?" tanya Arif.
"Hijo!" jawab aku.
"Ok!"
Kepulangan Arif aku sambut dengan riang gembira. Waktu balik dia menyerahkan bungkusan seluar aku. "Kau tengoklah!" kata dia.
Balik rumah aku bukak bungkusan plastik itu, laaaaaaa yang mamat ni pergi beli boxer nak buat mende? Aku cuba juga boxer itu. Pendek nak mampus dah la tu, tak berjahit di tengah tengah pula! Cis!
Iklan
Aku, Queen dan Adib menonton tv. Adib berbaring di sofa sambil minum susu. Matanya perlahan lahan kuyu. Queen sedang lipat baju. Aku kusyuk membiarkan iklan iklan itu menipu aku. Tiba tiba keluar satu iklan tuala wanita. Ia memaparkan betapa konfidennya minah itu setelah memakai tuala wanita jenama itu. Banyak plot tentang minah itu sedang berscuba. Di penghujung iklan Queen tanya aku,
"Bi, boleh pakai dalam air ke?"
"Isk awak ni. Mana la saya tahu pasal benda alah ni."
"He he he" gelak Queen sambil menahan perutnya.
Bohong
"Harga tol kita masih murah berbanding dengan harga negara lain" kata dia.
Oi mangkuk, kat negara lain ada tol ke? Benchmark mana kau pakai ni?
Menyikat Botak.
Aku,
sudah botak!

kerana sikat itu aku lihat
sudah lupa pada tugasnya
memperkemaskan aku
dia, sudah tamak!

Aku,
sudah botak!

kerana sikat itu aku rasa
mula mengikir gugur rambut ku
helai demi sehelai
drastik, itu yang aku ambil
botak!

nah! sekarang kau mahu apa?
Enjin
Pertama kali, aku terlibat secara langsung dalam proses menukar enjin kapal terbang. A380. Aku, sebagai salah seorang dari bahagian Avionic bersama beberapa lagi orang di bahagian yang sama duduk di tepi enjin baru. Sambil menonton yang lain ligat menurunkan enjin yang melekat di bawah sayap A380. Tugas kami sebagai Avionic ialah memasang semula wiring yang telah mereka semua tanggalkan. Untuk itu terlaksana, kami harus menunggu enjin itu turun sepenuhnya. Engineer bahagian aku, datang dari Australia. namanya Mr. Sunshine. Kami panggil, Mr. Sunny.
Sampai pukul 2 petang. Enjin belum turun lagi. Adoilah. Letih menunggu.
"This is the time where i love being Avionic." Kata Mr. Sunny
"Why sir?" tanya aku.
"Look over there," kata Mr Sunny sambil menuding ke arah mereka yang sedang mencuba menurunkan enjin. "I dont know what happen, and i dont want to know!"
"Ha ha" gelak kami, di bahagian Avionic.
Radix.
Tahap kelawakan teman sekerja kau sampai kemuncaknya dengan datang satu lagi expertriate dari Australia (belia datang bersama Mr. Sunny) namanya Peter. Ketika budak budak ini bersalaman dengan Mr. Peter, mereka pun berkata, "Mai secawan" seperti di dalam iklan kopi Radix. Ha ha.
Baiklah, Selamat Hari Raya Haji, sampai ketemu lagi. Ingat! Boikot pilihanraya. (Pakistan pun buat maaaaaa!)