Thursday, August 09, 2012
Monday, June 25, 2012
Friday, June 22, 2012
Samsung
Di suatu malam, berbual kami suami isteri mengenai telefon bimbit berjenama samsung.
Dan keesokan malamnya terjadilah perbualan ini :
"Papa, Samsung tu siapa?" tanya anak sulung aku.
"Aaa, apadia?" soal aku semula untuk memastikan soalan yang dikemukakan.
"Semalam, kn papa dan ibu cakap cakap pasal Samsung. Samsung tu kawan papa ke?"
Ha ha ha
Dititah Oleh kingbinjai Pada 08:52 4 Bangsawan Menatang Sembah
Wednesday, June 06, 2012
Tuesday, June 05, 2012
Friday, May 18, 2012
Monday, May 14, 2012
Tuesday, May 08, 2012
Monday, May 07, 2012
Don
Muaz. 3 tahun. Peminat mati keras Ustaz Don.
"Tat Don!" Jerit Muaz bila aku bertingkah dengan dia pasal Ustaz don.
"Ustaz Don tak best." usik aku.
"Tat Don beth lah!"
"Siapa best, Papa ke Ustaz Don?" Soal aku.
"Tat Don lah!"
"Apa yang best Ustaz Don ni?" Usik aku lagi.
"Beth bab(sebab) Ustaz Don lah! IHHH!"
Ha ha.
Dititah Oleh kingbinjai Pada 08:45 1 Bangsawan Menatang Sembah
Thursday, May 03, 2012
Hero
"I need a hero, nye nye nye nye..." berkumandang lagu ini di bilik air belakang yang di dalamnya ada Adib. Ralit betul mandi sambil menyanyikan lagu itu.
Aku yang sedang menyapu di ruang tamu berhenti seketika. Sungguh lagu ni banyak memorinya.
"Ceh bila masa pulak budak ni layan Bonnie Tyler?" Gomel aku sendirian.
Dititah Oleh kingbinjai Pada 08:46 1 Bangsawan Menatang Sembah
Monday, April 30, 2012
Jun
Dititah Oleh kingbinjai Pada 00:28 0 Bangsawan Menatang Sembah
Thursday, April 26, 2012
Monday, April 23, 2012
Monday, April 09, 2012
Thursday, April 05, 2012
Gila
Gila!
Hari hujan update fb. Pergi mana mana update fb. Pergi mancing update fb. Berkelahi ngan kwn, makan apa, tengok wayang apa, putus cinta, cuti di mana update fb. Semua bendalah nak distatuskan di fb.
Gila!
Lepas ni kalau aku nak terberak aku nak update fb jugalah!!!
"im shitting!"
Dititah Oleh kingbinjai Pada 09:19 6 Bangsawan Menatang Sembah
Monday, April 02, 2012
Monday, March 26, 2012
Thursday, December 22, 2011
Spontan
Satu malam, buka tivi tengok rancangan spontan.
Berkemundanglah aku tema rancangan itu menghuni ruang tamu rumah aku, "Mari kita spontan, mari kita spontan."
"Mari kita pondan, mari kita pondan." Nyanyi Adib mengikuti rentak lagu rancangan itu.
"Alo spontanlah bukan pondan." Tegur aku.
Adib terdiam sekejap memandang aku.
"Mari kita pondan, mari kita pondan." Sambung Adib sambil berjalan masuk ke bilik dia.
"Ceh!"
Dititah Oleh kingbinjai Pada 08:44 10 Bangsawan Menatang Sembah
Saturday, October 15, 2011
Kasih
kasih
henti masa ini
adalah siangku
dipintas lintasanmu
kasih
aku pegun, nafas dicuri
kasih
aku turut, melangkah kaki
kasih
aku luruh, rimbun sepi
mekar jiwa ini
adalah malamku
disisi hadiranmu
Dititah Oleh kingbinjai Pada 11:27 4 Bangsawan Menatang Sembah
Friday, August 19, 2011
cuci
Kereta aku tu, dah berhabuk, kusam, berpasir.
Selepas menghantar isteri aku kedai hari itu, aku pun laju je memandu kereta ke tempat membasuh kereta sambil ditemani oleh anakku yang ketiga, Muaz.
Dan bermulalah aktiviti membasuh, sambil Muaz memerhatikan dengan penuh asyik sekali. Ini adalah kali pertama beliau melihat kereta dibasuh di car wash.
Seketika kemudian, setelah selesai mebasuh, pekerja membawa kereta aku ke tempat menyedut habuk. Sedang disinilah aku terasa sangat tua.
"Bos, itu, cucuka?" Tanya pekerja tersebut yang cuba beramah mesra dengan aku. Ramahan yang pada aku kalau bukan bulan ramadan boleh mengundang pertengkaran maha dahsyat yang akan diakhiri dengan aku mendapat khidmat percuma.
"Cucu? Aiya saya sangat tuakah? Ini saya punya anak." Balas aku, yang menyebabkan pekerja tersebut berlari kesurupan menyambung kerjanya.
Dititah Oleh kingbinjai Pada 14:42 7 Bangsawan Menatang Sembah












