Thursday, August 16, 2007

Menambat Masa II

dan ku temui lagi
lelaki tua itu
dalam senyum mesra
dia berkata

"aku mahu menambat masa, lagi
kali ini untuk isyak
panjang waktunya itu
adalah tanda kesuntukan"

"bagaimana halmu?"
tanya dia

"sudahkah melangkah ke maghrib
atau masih menguliti asar
yang telah pergi?"

Monday, August 13, 2007

Hanya Lelaki

Seorang sahabat, Blogger tentunya, Elmaaniq, telah menulis sesuatu yang indah di dalam blognya. Sebuah Isen yang bertajuk DARI DALAM DIRI : Mempercepatkan waktu. Aku sangat terpaut pada kata kata yang jujur itu. lalu aku utuskan surat maya kepada beliau meminta izin untuk aku jadikan sebuah sajak.

Sajak itu telah siap 80% sejurus selepas aku mengutuskan surat maya itu. Tapi aku pendamkan dulu kerana aku tidak suka pada perenggan terakhir yang aku karang. Lamna aku pendam sehingga Elmaaniq pernah bertanya pada aku apa yang telah terjadi pada sajak itu. Hehehe, well El, sajak itu telah siap kini. Terima kasih kerana mengizinkan aku mengubahnya dnegan sesuka hati, semoga kau terhibur. Kalian juga. Terimalah," Hanya Lelaki"

Hany lelaki

dia, terlalu wanita
mengharapkan aku
melakonkan babak romeo
mengutus kata bagai bonaparte
meluruh jiwa bagai yusuf

mendatangi alam mimpi remajanya
laksana uda
di dalam novel cinta

tapi aku bukan!

aku hanya lelaki
yang ada
sekuntum mawar merah
di celahan hati

Seperti biasa. Melalui Pandan Indah ketika balik kerja amat membosankan. Sementelah hari Sabtu pula, entah mengapa hari ini waktu tengahari banyak pula kereta. "Duduklah rumah woi!" jerit hati aku kadang kadang.

Dan sedang aku dalam marah marah itu sebuah lori memintas aku di hadapan dan seketika kemudian aku tergelak sendirian.

Aku harus ucapkan terima kasih kepada lori itu kerana menghiburkan aku. Dan baru aku tahu, inilah Bahasa Malaysia. Ha ha.



Friday, August 10, 2007

S

Sepasang suami isteri, yang baru sebulan diijabkabulkan, mengalami sakit sakit badan. Kaki, tangan, mulut dan belakang terasa sengal sengal. Lalu mereka berdua pun sepakat berjumpa dengan doktor. Oh mereka pasangan yang moden, urut urut ni tak mainlah.

Semasa sesi kaunseling itu, berceritalah mereka berdua kepada doktor berkenaan. Doktor hanya tersenyum simpul. "Beginilah" kata doktor itu, "saya rasa sakit anda berdua ni adalah kerana terlalu kerap mengadakan hubungan kelamin. Saya akan bagi ubat dan juga buat sementara waktu saya nasihatkan anda berdua kurangkan aktivit hubungan kelamin itu sehingga sengal sengal itu hilang. Saya sarankan mulai hari ini anda berdua hanya boleh bersama pada hari yang bermula dengan huruf S sahaja. ok?"

Terloponglah si suami apabila mendengar nasihat doktor. Manakala si isteri hanya tertunduk malu. Nak tak hendak akurlah mereka berdua dengan saranan doktor itu. Seminggu berlalu. 2 minggu. Masuk minggu ke 3 mana boleh tahan? Lalu pada satu malam minggu ke 3 itu si suami memulakan langkah. "Persetankan nasihat doktor. Benda dah ada takkan nak biarkan aje. 2 kali seminggu mana cukup?" bisik hatinya. Umpanan si suami mula dimakan oleh isterinya. Yelah, suami nak takkan tak layan pula kan? Kang tak pasal pasal dosa pula.

Dalam sedang syiok melayan asmara itu tiba tiba si isteri teringat pesan doktor. "Bang, doktor kata boleh buat hari yang bermula dengan huruf S." tegur si isteri.

"Hmmm" jawab si suami endah tak endah.

"Hari ni hari apa bang?" tanya si isteri lagi.

"Sumaat!"

Ha ha.

Wednesday, August 08, 2007

Mahal

Aku berjalan di luar dereten kedai yang memanjang itu. Kiri kanan dipenuhi dengan pelbagai barangan jualan. Cahaya matahari yang suram dek terlindung oleh atap yang berwarna biru memberi keselesaan pada aku untuk menjamu nafsu dengan aneka barangan yang tergantung, dan tersusun di dalam dan di luar deretan kedai itu.

Aku kemudian terpandang satu kedai baju kanak kanak. Tiba tiba aku teringatkan Adib. kesian, baju bajunya banyak yang dah sempit. Tanpa sedar aku memasuki kedai tersebut. Hembusan lembut angin sejuk dari alat penghawa dingin menyambut kedatanganku dan sekaligus memancing naluri membeli aku. Aku belek belek beberapa baju. Banyak design yang menarik perhatian. Aku cuma mahu tiga pasang sahaja. Lalu aku pilih yang terbaik. Dalam perjalanan ke kaunter aku capai tuala mandi sehelai.

Aku longgokkan 3 pasang baju dan sehelai tuala di depan cashier. Dia mula mengira dengan menggunakan mesin menggira itu dan seketika terpampar jumlah harga di skrin digital kecil yang berwarna hijau, RM333.00.

Mak aii!!! Jerit hati aku. Apa kejadahnya mahal sangat ni? Belum sempat aku berkata kata, perempuan cashier itu terlebih dahulu menjelaskan, "Opss maaf Encik. Mesin ni rosak. Dia memang macam ni. Kejap saya kira balik." Dah rosak simpan buat apa? getus hati aku.

"Ok Encik, ini jumlah sebenar." kata perempuan cashier itu dan aku melihat jumlah harga yang terpampar di skrin digital kecil yang berwarna hijau, RM167.00.

"Cilaka betul. Kedai apa ni? Mahal nak mampus! Takkan baju 3 helai dan sehelai tuala sampai seratus lebih! Apa benda ni?!" aku dah mula hangin dah ni. Belum sempat aku memulakan kepakaran aku dalam mencarut tiba tiba aku terdengar bunyi yang amat lazim pada diriku. Aku mencari cari dari mana datang bunyi itu. Dan seketika aku ternampak telefon bimbit aku bercahaya, dan terpampar di skrinnya satu kenyataan "Kerja. 6:00 am"

Oh! Dah pukul 6 pagi rupanya. Aku pun bingkas bangun mencapai tuala dan mandi. Tapi aku masih tak puas hati. Baju 3 helai dan sehelai tuala sampai RM167.00! Gila betul!

Ha ha ha