Thursday, August 23, 2007

Lagu

Tajuk : Melayu Bangang Atau Cerdik?
Artis : Jee Juh Feat Mat Sabu




Tajuk : Mari Kita Rayakan
Artis : Kingbinjai

mari, kita sambut
perayaan ini
nyalakan lilin
mari, kita rayakan
hilangnya peranan bahasa

negara kita, merdeka
mari kita raikan
kekayaanya
dengan membuang
biasiswa yang lusuh itu

mari, kita sambut
perayaan ini
indahkan langit dengan api
mari kita nyanyi
lagu hilang segala hak

mari, kita rayakan
dengan megah kemakmuran kita
mari, kita raikan
dengan hebah merdeka kita
mari, kita nyanyikan
dengan bangga bangsa kita

yang merdeka,
mari, hapuskan pusaka kita

Wednesday, August 22, 2007

Sendiri

Minggu ini aku bersendirian. Sejak dari hari Isnin itu hari, aku sudah tinggal di rumah baru. Sendiri. Aku akan berada di rumah baru sampai hari Jumaat. Tidak ada wajah ayu Queen untuk aku tatap dan tiada hilai ketawa Adib. Oh aku tidak merintih. Aku amat biasa dengan keadaan ini.

Cuma, aku teringatkan Esis. Sebulan lepas, ketika berjumpa dengan Esis, dia bercerita betapa dia perit tinggal sendiri di rumah, kerana isterinya berpantang di Johor.

"Aku tak tahu nak buat apa. Aku tengok dinding je" keluh dia.

Aku hanya tertawa kecil. Apabila aku soal pada diri aku apakah aku mampu hidup sendiri aku amat yakin aku boleh, kerana aku memang amat biasa dengan keadaan itu. Dan minggu ini, aku rasa tercabar. 3 tahun berkahwin aku tidak sangka ia membuat diri aku menjadi tidak biasa hidup sendiri. Aku tiada masalah dengan kelaparan. Makan malam aku masak. Breakfast aku masak. Ya, aku memang suka masak.

Dan pagi ini, aku bangun seawal 6 pagi untuk memasak. Kemudian siap siap untuk ke pejabat. Dan sewaktu tiba di pejabat baru aku perasan, bekal aku tertinggal di rumah. Cheh! Aku sangat kelaparan saat ini. Malas betul nak keluar beli makanan. Minum milo sahajalah jawabnya.

Oh ya, ada sapa sapa yang sudi nak temankan aku? Ha ha.

P/s : Malam tadi hujan. Cis! Tercabar betul aku.

Tuesday, August 21, 2007

Kaya

Aku tak tahu kau orang, tapi aku tidak menyukai kenduri kahwin orang orang yang kaya. Maksud aku, untuk menerima jemputan mereka, melainkan mereka membuat kenduri secara biasa.

Ahad lepas, seorang sepupu perempuan kahwin. Nikah di masjid Putrajaya kemudian makan makan di Restoran Seafood apa ntah kat Taman Botani itu. Mula mula aku memang taknak pergi. Sementelah mereka itu golongan berada, sudah pasti nanti pada waktu itu ramai golongan berada juga yang hadir, mana lah nak sama taraf dengan aku ni yang tergolong dalam golongan bangsawan (hah!).

Apapun, aku terpaksa juga menghadirinya, kerana ayahanda dan bonda akan menghadiri kenduri kahwin seorang lagi saudara di Ipoh. Malah ramai saudara mara yang ke sana rupanya, perkahwinan yang di Putrajaya itu hanya 4 keluarga bagi pihak perempuan sahaja yang hadir. Yang lain semua pihak lelaki. Setelah habis acara nikah, berangkatlah kami ke restoran untuk makan makan. Course by course.

Ah, aku malaslah nak cerita panjang panjang. Apapun aku tak suka menghadiri kenduri kahwin golongan berada. Nak kena kompem datang ke tak, berapa orang nak datanglah, makan course by course lah. Ah, bosan. Aku lebih suka pergi kenduri golongan kita sahaja. Mudah. Dapat kad suka kau lah nak datang ke tak. Nak bawak sapa pun bawaklah. Makan pun kenyang. Ni makan pun tak kenyang, yelah seekor siakap kongsi 10 orang. Aku kat rumah siakap tu sebelah aku sebelah Queen tahu?!

Aku ada tangkap beberapa keping gambar sekitar acara itu. Tapi setelah terjadi insiden di restoran itu, tiba tiba aku jadi malas nak upload kat sini. Kau orang bayangkan ajelah ya?

Monday, August 20, 2007

Tahanan Merdeka

mereka menahan aku
kerana bendera di hatiku
tidak ku kibarkan
di atas kereta dan rumah

mereka menahan aku
kerana patriotikku itu
sujud syukur
sedang mereka riuh bersorak

katanya,
aku tidak merdeka
tidak membangga bangsa
tidak menyanggah agama
tidak mengendong dunia

mereka menahan aku
kerana malu
ludahan terkena muka sendiri
sewaktu aku membisik
kisah merdeka di cuping anak
yang baru mahu lena

Friday, August 17, 2007

Artis

"Kita bloggers adalah artis!" kata Esis pada satu petang yang mula bertukar malam. Disebalik nyaman suasana dan angin gerimis yang menderu perlahan. Dan hiruk pikuk suara manusia yang mungkin bertingkah, berjenaka dan bercerita di bawah bumbung teduh Restoran NZ Wangsa Maju.

"Artis?!" jerit aku dan Elmaaniq hampir serentak.

"Ya. Artis. Kau bayangkanlah, kita dah tiada rahsia. Semua hal yang berlaku disekeliling kita semua orang tahu. So kita dah umpama macam artis." jelas Esis.

Aku dan Elmaaniq mengangguk.

"Wow. Kalau begitu, aku mungkin dah ada stalker!" fikir aku.

Wow!