Saturday, March 08, 2008

Laga, konon

Ucapkan tahniah kepada diri anda yang telah celik hatinya menentang kekeraan yang bermaharajalela di belantara ini. Ucapkan tahniah kepada mereka yang berjuang dan mempertaruhkan keramat kita semua dan jati diri. Lemparkan tahniah kita kepada mereka yang dahulu memperjudikan amanah kita, lemparkan! Biar menjadi sekalung takziah di satu perkuburan di puncak gunung.

Namun jangan kita lekas berbangga diri, lekas berpuas hati dan lekas mengulit keselesaan. ini adalah satu tiket perjalanan yang baru kita jejaki hanya satu stesen. Teruskan mara, teruskan tekad dan nekad, teruskan usaha kuasa adalah milik kita bukan milik mereka.

Nah, di gelanggang ini, ayam sabung mereka ternyata hanya gah pada balung dan ekor. Katakan pada mereka taji itu perlu diasah sebelum bertarung. Ini gelanggang sabung bukan gelanggangnya untuk serama yang kau kendong.

Berdikit dikit kita mendaki perlahan lahan, sampai jua nanti ke puncak bukit. Ingat pesan Yaseer, "Walau sekuat mana badai melanda tidak akan berganjak gunung yang dirempuh."

Tahniah!

Laga, konon
konon jalak taji beracun
konon kena, keramat kematu
jadinya lagak sayup jatuh
sesaat
dan bukan lawan yang ada lawan
setanding tidak pun satu
konon!

gah sanjung kemenangan
sedang bukan perang terakhir dijilid
masih berbaki ribuan mata
serampang sengketa nanti seruan

mana bisa?
taji beracun tidak berasah pernah
tidak pernah memamah jua
sekati daging diri
semua konon seragam lakon

mari berpencak
jantan selagak lakunya
biar tumpah sekali ini
dakwat dari hati
sebenar yang-nya kau tuduh konon!

Sunday, March 02, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 11 (Akhir)

3.1.2008
Demam aku tidak berkurang. Aku MC. Aku tanya Queen Asyfa macammana? Masih tiada pergerakan katanya. Aku hanya terdiam. Fikiran aku tidak fokus, melayang layang waktu itu. Selepas makan malam. Aku kunci pintu semua siap siap. Kemudian aku beritahu Queen aku nak tido dah lantaran tidak larat untuk berjaga lagi.

Pukul 3 pagi aku dikejutkan lagi dengan esakan Queen. Aku pujuk dia. Seingat aku masa mengandung Adib dulu pun ada masa masa dia tidak bergerak.

4.1.2008
Selepas solat subuh, Queen menyatakan hasratnya untuk ke klinik swasta di sekitar pejabatnya. Aku berfikir 2 3 kali samada mahu menuruti atau tidak. Queen tidak memaksa, kalau aku tak larat dia pergi sendiri. Sememangnya aku masih belum kebah. Setelah berfikir seketika aku bersetuju untuk membawanya ke klinik.

Pukul 8:30 pagi kami bergerak, hantar Adib ke nursery dahulu kemudian aku terus shoot ke Kelana Jaya. Aku bawa perlahan kerana kepala aku semacam bergoyang. Kami tiba di klinik pukul 9:30 pagi. Kami bersarapan pagi dahulu sementara menunggu kliik dibuka.

Pukul 10:30 baru dapat jumpa doktor. Selepas consultation, doktor melakukan scanning. Dapat dilihat dengan jelas, denyutan Asyfa masih normal dan ternyata dia tidak bergerak.

"i rasa you all better go to HKL now. I bagi you two an MC for today, then terus pergi ke HKL ya? Pasal baby sememangnya ada problem kan? So better kita ambil tindakan yang pantaslah ya?"

Aku dan Queen hanya mengangguk., Selesai urusan di klinik itu, Aku dan Queen terus balik semula ke Sepang. Ambil Adib, balik ke rumah sekejap, kemas beg beg semua. Queen siapkan beg untuk bermalam di HKL, kami bersependapatakan menghadapi premature labour. Dan kemudian aku shoot ke Gombak untuk menghantar Adib. Tiba di Gombak, Adib di transit, aku pesan pada Queen aku tak larat sangat sangat, minta dia bawa sapa sapa sebagai backup andai aku flat tiba tiba. Setelah berbincag lebih kurang akhirnya diputuskan adik perempuan Queen akan ikut bersama.

Kami tiba di HKL pukul 2:30 petang. tenaga aku hanya tinggal sisa sisa. Untung, adik ipar aku itu ikut bersama, dialah yang membontoti Queen kemana sahaja sedang pergerakan aku menjadi perlahan. Pelbagai urusan yang memaksa kami sekejap ke depan sekejap ke belakang. Aku kesian tengok Queen. Aku tahu dari riak wajahnya kerisauaannya belum terjawab. Sedang aku terjelopok di satu sudut. Adik ipar aku memberitahu sekarang nak pergi scan. Aku lihat jam sudah pukul 4:30 petang. Kerana langkah aku perlahan, aku tidak sempat mengejar mereka. Lagi sekali, aku tidak dapat bersama Queen ketika di scan. 10 minit kemudian Queen keluar. Aku tegur dia, " doktor kata apa? baby ok?"

"Baby dah takde..." halus suara queen sewaktu melafazkannya.

Aku terus terdiam. Dah takde? Bisik hati aku.

"Suami Puteri!" jerit seoprang jururawat.

"Er saya..." jawab aku acuh tak acuh.

"Pergi kaunter depan, daftar kita nak bawak isteri you masuk wad ok?"

"Ok.." jawab aku. Dah takde? bisik hati aku lagi. Bukan lahir awal ke? Bukan premature? Kenapa dah takde? Bukan masuk wad lepas tu bersalin awal ke? Hais baju baju baby yang dag beli nak bagi sapa pakai?

"RM15.00 encik" tegur gadis di kaunter pendaftaran.

"Ha? Oh..ok." jawab aku sambil menyeluk poket mencari duit.

Kami kemudian menuju ke wad. Queen kemudian menukar baju. Kami inform ibu bapa masing masing. Waktu melawat sudah tiba dipenghujungnya. Aku cium dahi Queen, aku cuma mampu lafazkan beberapa potong kata semangat untuk menemaninya sepanjang malam. Alhamdulillah, kerana aku dan Queen telah lebih dahulu berbincang mengenai perkara ini, persaipan mental telah dilakukan terlebih awal namun perasaan terkejut tetap terasa. Dan Alhamdulillah aku dan Queen tiada merasa hampa, perasaan sedih itu sikit tetap ada.

Aku tiba di Gomabak menganjak Maghrib selesai solat Isyak dan makan malam aku minta iin kepada kedua mentua aku untuk naik ke atas kerana aku sangat sangat penat. Sampai atas aku terus lena. Dan sepanjang lena itu aku sedar ada beberapa call masuk tapi smeua aku tak jawab. Maaf aku tidak berdaya. Aku perlukan tenaga untuk esok.

5.1.2008
Pertama kali aku dan Queen merasa kosong. Aku teman kan Queen dari tengahari sampai petang. doktor datang masukkan ubat utnuk bersalin. Aku tiba tiba teringatr untuk update blog, lalu aku update terus menerus dari HKL menggunakan handphone aku.

6.1.2008
pukul 1 pagi aku dikejutkan oleh panggilan Queen katanya dah masuk wad bersalin. Aku terus bergegas ke HKL pagi pagi buta itu. Sampai di HKL aku minta kebenaran untuk masuk was bersalin. Pukul 1:30 pagi, Asyfa selamat dikeluarkan secara normal. Hati kau cair melihat raut wajahnya yang tenang. Dengan mata besarnya, dengan telinga kecil dan mulutnya yang kecil dan kulitnya yang putih, ah comelnya anak papa... bisik hati aku.

Pukul 3 pagi baru Queen dimasukkan ke wad. Aku temankan dia seketika. 3.45 pagi aku beritahu Queen aku perlu balik. Pukul 8 pagi nanti kau perlu uruskan jenazah Asyfa, Queen hanya mengangguk lemah.

Pukul 8 pagi aku bersama bonda dan pakcik sebelah Queen ke HKL untuk menuntut jenazah. Di rumah ibu dan bapa mertua ku menguruskan tentang tanah perkuburan.

Pukul 9 pagi aku melihat Asyfa dimandi dan dikafanan.

Pukul 10:30 Asyfa tiba di Gombak. Pukul 11, disembahyangkan. Selesai solat, Kami ke tanah perkuburan.

Pukul 11:30, aku memangku Asyfa dan berjalan ke tempat rsemadiannya. Kemudian aku trlihat sesuatu, ada satu papan tanda, oh! Selesai aku membacanya, abru aku tahu, disitu Nurin disemadikan. Tukang kubur kemudian memberi arahan arahan tertentu untuk aku ikuti mnengebumikan Asyfa.

"Tidurlah sayang, papa akan selalu datang sini." bisik hati aku.

Sesuatu Yang Hilang

kunjung pelangi
antara malap
dan suram

rembes cahayanya
samar samar memetik
seekor kupu kupu
terbang rendah
mendetik masa
dan hilang

bukan enggan bertamu lama
aku percaya,
kelak bila diizinkanNya
sejalur pelangi kan terang
dan kupu kupu kembali datang


3 minggu kemudian, aku bawa Queen ke tanah perkuburan untuk melawat Asyfa untuk pertama kalinya. Sampai di situ, salam pun diberi. Bunga bunga ditabur dan air pun menyirami kecil tapak persemadiannya. Tiba masa untuk pulang, sayup sayup terdengar halus bisikan Queen, "Asyfa, ibu balik dula ya, bila bila ibu datang lagi. "

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Dan terima kasih diatas segala sokongan.

Wednesday, February 13, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 10

1.1.2008
Tahun baru masuk lagi. Aku mengadakan sedikit makan makan. Ganti rumah terbuka yang tidak aku buat ketika raya 2007. Aku hanya menjemput 4 sahabat karib ku yang masing masing telah berkeluarga. Keadaan sememangnya meriah. Masing bercerita tentang perihal kehidupan masing masing. Alhamdulillah dengan kehadiran ayah dan mak mentua sedikit sebanyak membantu urusan kami di dapur dan Queen tidaklah penat sangat.

2.1.2008
Hari ini hari pertama di tahun baru kita semua bekerja. Tiada hal yang penting berlaku, rutin kerja masih sama. Petang habis kerja aku mengambil Adib dari Nursery. Dekat dekat maghrib baru Queen tiba di rumah. Makan malam pun seperti biasa, cuma aku tiba tiba rasa tidak beberapa sihat. Selesai solat isyak aku dah lembik. Demam. Aku beritahu Queen aku tak larat. Pintu rumah semua aku dah kunci dan aku nak tido. Queen hanya mengangguk faham.

Pukul 1 pagi aku dikejutkan dengan suara tangis Queen. Aku bangun dari lena dan tanya kenapa? "baby tak gerak. Dari petang tadi tak bergerak" beritahu dia dalam tangis.

Aku yang sememangnya tengah demam itu tidak dapat meluahkan sebarang kata kata untuk meredakan tangisan Queen. Puas aku memerah otak namun otak aku seolah olah telah tersangkut segala gearnya.

"Ibu takut bi, macam mana ni? Takut jadi apa apa kat Asyfa." rintih Queen.

"Siaplah, kita pergi klinik."

Pukul 1.40 pagi kami keluar rumah menuju ke klinik. Adib menyambung lenanya di dalam kereta. 1 jam kami ronda bandar Salak ke Nilai, namun banyak yang tutup. kalau ada pun tak dapat nak scan kandungan. Akhirnya aku putuskan ke Hospital Putrajaya sahaja.

Sampai di sana lebih kurang 3 pagi. Selesai urusan pendaftaran, aku keluar dari hospital, tak tahan sejuk. Aku bawa Adib sekali yang telah terjaga. Aku sms Queen, kalau doktor panggil beritahu, aku nak masuk sekali. Namun malangnya, Queen telah pun masuk berjumpa doktor.

Seketika kemudian Queen keluar, dan kami pun balik ke rumah. Dalam kereta aku tanya, "apa doktor cakap?"

"Doktor kata heartbeat baby ok, tapi movement slow." jawab Queen.

"scan tak?"

"A'ah scan. Doktor kata tengok sehari dua ni, kalau tak improvement dia suruh ke HKL terus."

Dan aku hanya terdiam kemudiannya. Aku lihat Queen melelapkan matanya sambil memegang kandungannya dan Adib menyambung lenanya semula.

bersambung...

Thursday, February 07, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 9

Malam itu, selepas makan malam, aku duduk di luar sambil menghisap rokok aku membelek buku tulisan Ustaz Ismail Kamus. "Nama nama indah di dalam Islam" tajuk buku itu. Aku membelek helaian demi helaian. Mana mana nama yang sesuai, aku catatkan. Setelah beberap lama, aku putuskan satu nama yang pada aku cukup indah dan sesuai untuk baby.

Aku masuk ke dalam dan serahkan catatn aku kepada Queen.

"Nah, nama ni elok rasanya. Kalau ibu setujulah."

"Asyfa Rawiah... sedap bi. Apa maksudnya?" tanya Queen.

"Asyfa maksudnya penyembuh dan Rawiah sihat akal dan tubuh badan. elok sangat dah tu rasanya." Jelas aku.

"Emm bolehlah. Ibu suka Asyfa tu sedap bunyinya."

Dan sejak dari malam itu, kami memanggil baby dalam kandungan itu Asyfa. Queen tidak habis habis berdoa semoga Asfya selamat sejahtera. Setiap kali berdoa diusap usap kandungannya, dan setiap kali itu Asyfa akan bergerak gerak seolah olah memahami apa yang diperkatakan.

Malam lainnya, se;esai makan malam. Aku duduk bersantai di laur rumah. Sambil memegang pen kesukaan aku dan mula menysun bait bait kata. Seketika kemudian aku melangkah masuk dan menghampiri Queen yang sedang duduk di sofa sambil menonton tivi. Aku lihat Adib sudah lena sambil memegang selimut kesukaannya. Aku mengambil tempat di sebelah Queen dan membuka buku catatan aku. Aku tuju kepada helaian terbaru yang telah aku tuliskan sesuatu. Sambil memegang kandungan itu, aku mula membaca...


tuhan,
jadikan Asyfa Rawiah itu
pemberian yang baik
untuk kami

tuhan,
jauhkan Asyfa Rawiah itu
dari derita kesan ujian yang ditujukan
kepada kami

moga moga tuhan
solehah dia Asyfa Rawiah
di bawah pimpinan kami
demi iman kepadaMu
jadikan ia sempurna
mengikut tata ukuranMu

tuhan,
jadikan Asyfa Rawiah itu
mutiara sinar gembira dan penyembuh duka
buat kami yang sentiasa redha

bersambung...

Saturday, February 02, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 8

Kami pulang ke rumah dengan hati yang redha. Redha tentang ketentuanNya. Aku dan Queen berbincang dengan keluarga masing masing. Dan akhirnya kami sepakat untuk tidak melakukan ujian kromosom itu. Alasan aku, jika ujian itu sekadar mahu tahu kromosom yang mana rosak dan tidak membantu menyihatkan baby aku fikir buat apa untuk menanggung risiko yang sedemikian berat? Alasan Queen pula, sekarang kandungan baru 7 bulan, berat baby tak samapai satu kilogram pun. Alang alang nak tanggung risiko biarlah masa 9 bulan nanti.

Aku menelefon Dr Andi dan memberitahunya keputusan kami. Dr Andi tidak memaksa, malah dia mengingatkan aku tarikh pemeriksaan seterusnya. "Ingat ya, 7 haribulan Januari nanti you kena datang tau." Pesan Dr. Andi.

"Bu, boleh dahlah cari nama untuk baby, dah dapat ke belum?" tanya aku.

"Err, belum lagi, masih tengah cari cari." Jawab Queen.

"Emm, cari nama yang maknanya tentang kesihatan." Cadang aku.

Sebulan itu, selepas pertemuan dengan Dr. Bhaskaran, entah kenapa, mungkin hakikat keEsaan tuhan, baby tiba tiba menjadi sangat aktif. Aku dan Queen sangat gembira dengan perubahan ini. Alhamdulillah, walaupun baby kali ini, amat jarang aku ulitinya namun hati aku tetap bersyukur dengan keadaan ini. Ada masa terluang aku menegurnya. Queen lebih lebih lagi gembiranya. Setiap kali baby bergerak cepat cepat dia tarik tangan aku dan letak di atas perutnya.

"Nampak macam sihat baby kita ni ya? Aktif sangat dia sekarang ni." kata Queen sambil tersenyum.

bersambung...