Saturday, October 04, 2008

UDH (update dari handphone)

Ehem! Maaf beta pohon kerna lama tak update. Diatas sebab2 yg ttentu maka bsawanglah blog ini. Keadaan ini kan bterusan lagi 2-3 bulan jadi jgn betulkan tv anda. InsyaAllah kalu projek beta bjaya dpt kita bjumpa lagi. Doakan kejayaan beta. Kpd yg mgantar sms ucapan raya, terima kasih dan maaf kerna tak reply pasal beta terima lebih 30 sms! Akhir kata selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Saturday, August 23, 2008

Watt

Watt (simbol: W) adalah satuan turunan SI untuk daya. Dia sama dengan satu joule per detik (1 J/d), atau dalam satuan listrik , satu volt ampere (1 V·A).

Dia merupakan rating ("rate") dari joule per detik di mana energi diubah, digunakan atau habis.

Persamaan: W = \frac{J} {s} = \frac{N\cdot m} {s} = \frac{kg\cdot m^2} {s^3} = VA

Namun, rating V-A hanya sama dengan watt bila dia digunakan untuk alat yang menyerap seluruh energi, seperti "coil" pemanas listrik atau lampu "incandescent". Dengan penyedia tenaga komputer, rating watt nyata hanya 60% sampai 70% rating V-A.

Satuan watt ini dinamakan setelah James Watt untuk sumbangannya bagi pengembangan mesin uap, dan diadopsi oleh "Second Congress" "British Association for the Advancement of Science" pada 1889 dan oleh Conférence Générale des Poids et Mesures ke-11 pada 1960.


* * *
Aku melapangkan masa di pasar malam Pekan Salak setelah pulang dari pejabat. Hari Rabu, setiap hari itu aku akan singgah membelikan makanan untuk dijamah bersama anak beranak.

Kali ini selain dari membeli lauk, aku ingin mencari torchlight. Taknak yang mahal mahal. Yang murah murah pun ok janji terang. Aku mendekati satu gerai yang menjual torchlight. Ada pelbagai bentuk dan warna. Hmm boleh tahan juga design dia, detik hati aku. Aku membelek belek dari satu torchlight ke satu torchlight.
Ada yang 3 watt, ada yang 5 watt dan ada yang 20 watt. 3 watt tak teranglah, dulu aku ada pakai.

"8 watt takde ke bang?" tanya aku. Alang alang nak beli 5 watt baik beli 8 watt. 20 watt mahal sangat. RM35.00

"Isk buat apa nak kira 8 watt ke 5 watt ke, janji terang sudahlah." terang brader tu dengan konfiden badak airnya.

"Ek eleh, brader, nak tahu terang tak terang kenalah tengok watt. 8 watt dengan 5 watt kompem terang lagi 8 watt!" jelas aku.

"Hehehehe yeke?" jawab brader tu sambil tersengih sengih

Dan aku pun melangkah jauh. Aku tak berminat beli dari peniaga yang tak tahu tentang produk yang dia jual.

* * *

"Habis tu, kalau torchlight 5 watt lagi terang dari 8 watt macamana?" tanya Zulhilmi setelah aku habis bercerita dan setelah habis kami gelak gelak.

"Itu pasal mentol 5 watt tu besar dari mentol 8 watt." terang aku.

"Ya, betul." akui Zulhilmi.

Saturday, July 26, 2008

Manaf

"Nap!" panggil aku kepada beliau, Manaf. Seorang lelaki pertengahan 40an dan berbadan gempal, bekas perajurit negara, berkulit cerah, berkacamata dan masih hensem. Ah, biasalah tu, lelaki yang berkacamata semuanya hensem. Ha ha.

Dia, yang berbadan gempal, berkulit putih, bekas perajurit, berkacamata dan masih hensem itu, Manaf, menyahut panggilan aku dengan memandang tepah kearah biji mata aku yang dibentengi oleh sepasang cermin mata. Dan hensem. Ah dah aku katakan tadi yang berkacamata semuanya hensem.

"Amende?" tanya dia sambil jari jemarinya laju bergerak menggulung rokok daun. Tingkah gulungan oleh jemarinya itu amat berseni. Jika ditakdirkan adanya pertandingan menggulung rokok daun, nescaya Manaf sudah belum pasti menjadi pemenanngnya.

"Nap. Aku nak anak pokok nangka. Aku taknak beli aku nak kau bagi aku free. Ada?" tanya aku.

"Ada. Bila kau nak?"

"oh oh oh menarik bila boleh ambik?"

"Kau nak ambik ke kau nak aku hantar?"

"Pokok ni dalam polybag ke dalam tanah?"

"Dalam tanah la beb. Kau nak tanam kat mana?"

"Aku nak tanam depan rumah aku tu. Aku nak buang pokok Majlis Perbandaran tu menyemak je."

"Aaa... boleh la tu. Tapi lepas kau tanam kau kena belalah. Naik je cantas naik je cantas. Kalau tidak besar beb jadinya."

"Oh sudah semestinya."

"Aku kat rumah tu buat macam tulah, pokok nangka aku tak besar beb. Buah pun tak banyak lah, ada la 2 3 biji je."

{waktu ini tetiba sebuah mentol lama menyala dalam kepala otak aku. Dan untuk itu aku terus keluarkan kenyataan berikutnya :}

"Alah ok la tu nak banyak banyak buat apa. Sebiji 2 jadilah untuk buat goreng." Kata aku, waktu ini aku melihat Manaf terkebil kebil memandang aku. Dia yang lewat 40an, berbadan gempal, berkulit putih, bekas perajurit dan berkacamata itu berhenti dari menggulung rokok daun dan mengangkat tangannya yang kiri,

"Dey! Cempedak mana ada buat goreng!"

Ha ha perangkap aku mengena.

"Dey! Cempedak la buat goreng! Nangka yang tak boleh! Ha ha ha" gelak aku.

"Siot kau ni! Ha ha ha." gelak dia.

Saturday, July 12, 2008

Juruteknik

itu saya.



Monday, July 07, 2008

Tua

Kehadapan Najid yang tidak dihormati.

Tujuan saya menulis isen ini adalah untuk memperjelaskan kepada tuan yang telah memomokkan bangsa melayu dengan konsep perjuangan tuan. Pihak tuan sibuk dan kecoh konon mempertahankan ketuanan melayu itu. Saya dengan ini ingin bertanya adakah pihak tuan tahu apa yang kalian perjuangkan?

Di sini saya ingin bertanya, apakah maksud melayu? Jika tuan tidak faham soalan tadi, saya ulang semula, apakah maksud melayu itu? Tahukah tuan, melayu itu adalah satu bangsa yang telah bertapak di bumi malaya. Tahukah pula tuan, apakah ciri ciri satu kaum untuk dipanggil bangsa? Sesuatu kaum itu menjadi bangsa dengan membawa 4 ciri bersama dia iaitu :

1. Agamanya
2. Budayanya
3. Bahasanya
4. Tulisannya

Jika direnung, bangsa melayu itu, maka kita boleh simpulkan bahawa :
1. Agamanya adalah islam
2. Budayanya adalah budaya melayu
3. Bahasanya adalah bahasa melayu
4. Tulisannya adalah tulisan jawi

keempat empat ciri di atas tidak boleh dipisahkan diantara satu sama lain, kerana jika lucut salah satu antaranya maka bangsa tersebut bukan lagi menjadi bangsa asalnya.

Oleh itu, jika direnung perjuangan pihak tuan mempertahankan ketuanan melayu, sukalah saya untuk bertanya diciri manakah yang tuan pertahankan? Kerana ciri agama tidak tuan pertahankan. Begitu juga budayanya yang telah tenggelam dan juga bahasanya yang telah ditukar ganti bagai baju malah tulisannya juga tidak didarjatkan.

Oleh itu sukalah saya simpulkan bahawa perjuangan pihak tuan hanya satu omomg kosong sahaja. Sebab itulah agaknya pihak tuan lebih suka mempertingkatkan lagi sekolah sekolah tamil semalaya dari mempertingkatkan sekolah agama rakyat!