Kasih
kasih
henti masa ini
adalah siangku
dipintas lintasanmu
kasih
aku pegun, nafas dicuri
kasih
aku turut, melangkah kaki
kasih
aku luruh, rimbun sepi
mekar jiwa ini
adalah malamku
disisi hadiranmu
kasih
henti masa ini
adalah siangku
dipintas lintasanmu
kasih
aku pegun, nafas dicuri
kasih
aku turut, melangkah kaki
kasih
aku luruh, rimbun sepi
mekar jiwa ini
adalah malamku
disisi hadiranmu
Dititah Oleh kingbinjai Pada 11:27 4 Bangsawan Menatang Sembah
Kereta aku tu, dah berhabuk, kusam, berpasir.
Selepas menghantar isteri aku kedai hari itu, aku pun laju je memandu kereta ke tempat membasuh kereta sambil ditemani oleh anakku yang ketiga, Muaz.
Dan bermulalah aktiviti membasuh, sambil Muaz memerhatikan dengan penuh asyik sekali. Ini adalah kali pertama beliau melihat kereta dibasuh di car wash.
Seketika kemudian, setelah selesai mebasuh, pekerja membawa kereta aku ke tempat menyedut habuk. Sedang disinilah aku terasa sangat tua.
"Bos, itu, cucuka?" Tanya pekerja tersebut yang cuba beramah mesra dengan aku. Ramahan yang pada aku kalau bukan bulan ramadan boleh mengundang pertengkaran maha dahsyat yang akan diakhiri dengan aku mendapat khidmat percuma.
"Cucu? Aiya saya sangat tuakah? Ini saya punya anak." Balas aku, yang menyebabkan pekerja tersebut berlari kesurupan menyambung kerjanya.
Dititah Oleh kingbinjai Pada 14:42 7 Bangsawan Menatang Sembah
Adib, sudah lima tahun. Sedang belajar membaca.
"Na" sebut aku sambil jari telunjuk menunjuk kepada perkataan Na itu.
"Na" balas Adib.
"Ma" sebut aku lagi.
"Ma" ikut Adib.
"Bagus. Nama tu apa?" Soal aku bagi memastikan yang dia tahu apa yang disebutnya.
"Namalah." Jawab Adib tanda faham.
"Ok. Ni pulak. Ba Pa"
"Ba Pa"
"Bagus. Bapa tu apa?" Soal aku.
"Ayah ibulah"
"Ok. Ni pulak. Za Ki"
"Za Ki"
"Bagus Zaki tu apa?" Duga aku.
"Zaki tu zakatlah apalagi." Jawab Adib dengan yakinnya.
Ha ha.
Dititah Oleh kingbinjai Pada 22:49 7 Bangsawan Menatang Sembah
Aku teruja sewaktu melihat trailer 'Dilarang Masuk'. Ada elemen gore atau setidaknya ngeri. Itu tanggapan awalku. Melihat trailer tersebut berulang kali menaikkan lagi keterujaan aku apabila bayangan filem Wrong Turn dan Texas Chainsaw bersilih ganti dalam fikiran aku.
Sehingga malam tadi dapat aku saksikan sepenuhnya filem tersebut. 20 minit pertama aku masih teruja. 20 minit berikutnya bosan mula menetas. Sehingga habis filem tersebut, damn! Aku merasa sangat bangang.Sebangang aku rasa setelah menonton Haq.
Dilarang Masuk tidak layak dipanggil filem. Hanya layak dilabelkan sebagai iklan. Ya, iklan. Iklan perangi penyeludupan organ. Dan kalau Dilarang Masuk ditandingkan dalam pertandingan ia layak memenangi iklan paling lama dalam dunia.
Hampas!
Dititah Oleh kingbinjai Pada 14:00 3 Bangsawan Menatang Sembah
"Aku nak tengok wayanglah, yang 3D punya." Suara rakan sepejabat aku, sambil asap rokok menerawang keluar dari mulutnya serentak dengan ayat diatas.
"Takke mahal?" Tingkah aku. " cerita apa yang kau nak tengok secara 3D itu?"
"Nur kasih." Jawab beliau pendek.
Dan berhamburlah gelak tawa kami memecah hening malam itu.
Dititah Oleh kingbinjai Pada 21:13 3 Bangsawan Menatang Sembah