Thursday, March 15, 2007

"Sipi Lagi Tuan!"

John adalah prebet yang tertua sekali di situ. Walaupun John adalah prebet yang baik dari segi kawatnya, kekilatan kasutnya, kebersihannya, kekemasan rambutnya dan ketangkasan dalam membuka dan memasang riflenya, namun John tidak sempurna. Dia mempunyai masalah dalam arena penembakan. Semua tembakan John belum pernah mengenai sasaran. Semuanya sipi sipi. Permasalahan ini memeningkan kepala pihak tentera. Lalu mereka memutuskan untuk menghantar Sarjan Brick yang terkenal dengan garangnya untuk memberi lantihan intensif kepada John.

Sudah 2 hari Sarjan Brick memberi latihan kepada John. Segala ilmu dicurah termasuk dengan caci makian namun tembakan John tetap juga sipi. Perkara ini menaikkan darah Sarjan Brick yang terkenal dengan sifat panas barannya. Hari ini masuk hari ke 3 mereka berlatih. Sedari pagi tadi mereka di padang. Waktu telah masuk ke tengahari namun tembakan John tetap tidak mengenai walau satu pun sasaran.

"John!" jerkah Sarjan Brick. John hanya berdiri kaku bersedia menerima semburan makian. "Apa kena dengan kamu ini? Hari adalah hari ke 3 kamu berlatih kenapa satu sasaran tidak dapat kamu tembak! Cuba sekali lagi. Jika tidak kena lagi kali ini nahas kamu!" gertak Sarjan Brick.

John mencuba lagi. Dia mengangkat riflenya bersedia untuk menembak. Tum! Satu peluru dilepaskan. Dan seperti biasa, sipi lagi.

"John!" jerit Sarjan Brick. "Kamu adalah seorang prebet yang memalukan! Jika beginilah keadaan kamu, lebih baik kamu bunuh diri sahaja! Pergi masuk dalam bangsal itu dan tembak kepala kamu!" kata kata Sarjan Brick itu terkeluar dnegan sendirinya tanda amarah yang amat. Tanpa diduga John mengangkat tabik,"Baik Tuan!"

John melangkah laju menuju ke bangsal yang berdekatan. Perbuatan John mengundang rasa kaget kepada Sarjan Brick. Dia hanya mampu melihat John pergi dan menghilang ke dalam bangsal. Segala itu disaksikan tanpa dapat dia berkata kata.

TUM! satu temabkan kedengaran. Sarjan Brick mula panik. Lututnya mengeletar dan dia tidak mampu utnuk berlari masuk kedalam bangsal untuk melihat keadaan John. Seketika tanpa di duga John keluar dari bangsal tanpa sebarang riak di muka. John berkawad laju menuju ke arah Sarjan Brick yang muka putihnya semakin pucat. Dalam keadaan yang girang-takut-takut- gelabah itu, Sarjan Brick bertanya "Apa yang terjadi!"

"Maaf Tuan! Sipi lagi Tuan!"

0 Bangsawan Menatang Sembah: