Thursday, June 21, 2007

Alor Setar Bah. 4

Setelah mendapati tiada apa apa di Pasaraya Sentosa kami berkeputusan keluar dari situ. Kami kemudian menuju ke restoran mamak yang berdekatan. Lapar. Makan dulu. Lepak lepak dah pun pukul 6. Kami kemudian berkeputusan ke Pusat Bandar sahaja. 10 minit kami berjalan dari kawasan hotel ke Kompleks Pekan Rabu. Untuk ke sana, kami melalui tepi Masjid Zahir. Nampak dari situ banyak kedai tertera nama kedai yang bermula dengan Pasaraya. Jenguk jenguk, rupanya jual tekstil. Kami masuk ke Kompleks Pekan Rabu. Pusing pusing. Keluar dari situ masih dengan misi mahu cari pasaraya.

"Ha tu bang. Pasaraya Ekonomi." tuding aku ke arah kedai tersebut. Kami melangkah gagah. Hampeh! Jual kain juga.

"Dik dik kat sini supermarket kat mana?' tanya En. Zali kat seorang budak yang kebetulan berjalan sebelah kami.

"Supermarket? Err err. Ma, supermarket kat mana?" tanya budak itu kepada emak dia.

Kami nampak mereka macam terpinga pinga. "Dorang tak tahu supermarket lah!" kata En. Zali kepada ku perlahan. Kami teruskan perjalanan. Dan akhirnya singgah di sebuah kedai kain dan bertanyakan kedudukan pasaraya. Mujuq minah tu tahu. Kami pun menurut ke arah yang telah diberitahu. Yeah! Jumpalah kami dengan City Plaza. Masuk dalam pusing pusing sampai tingkat tiga. Supermarket? Elek! Yang banyak kedai handphone dan kedai baju.

Frust. Kami keluar dan menuju semula ke Kompleks Pekan Rabu. Hari pun dah nak malam. Nampaknya kedai kedai kat luar semua telah bersedia untuk tutup. Takkanlah... Kami singgah sembahyang di surau sebelah Kompleks Pekan Rabu. Selesai solat. Tengok banyak kedai dah melabuhkan tirai besinya. Kami berkeputusan pulang semula ke hotel. Akhirnya, malam itu. Kami beli makanan ringan terus di 7 Eleven.

"Mangkuk. Supermarket pun takde ke?" getus En. Zali.

bersambung


0 Bangsawan Menatang Sembah: