Friday, June 01, 2007

Hatimu Tahu

Seharusnya saya perlu meminta maaf kepada Bunga Rampai kerana lewat sehari menyiarkan sajak ini. Saya telah berjanji mahu menyiarkannya samaada semalam atau kelmarin, tetapi ada 2 cerita yang menarik terpaksa saya menangguhkannya. Maaf ye kak! Jadi pada hari ini, saya mengambil peluang untuk menyiarkannya, sebuah sajak yang bertajuk Hatimu Tahu, yang di mana kata katanya telah diambil di isen Bunga Rampai yang ini.


Hatimu Tahu

satu kehidupan yang indah
pasti,
ada lembaran hari dilepaskan
bersama dugaan
yang kemudiannya
menjadi perca kenangan

dan naluri mendesah
mahu mengimbau dalam senyuman
menderai tawa
hingga rindu bersimpuh
di relung hati

satu kehidupan yang indah
terkadang tiada yang enak
untuk di jamah hati
terkadang dihampari kejutan
disebalik pelangi

0 Bangsawan Menatang Sembah: