Sunday, June 03, 2007

Maskara

Esok, aku akan ke Alor setar. Aku akan berada di sana selama seminggu. Rasanya seminggu jugalah kemungkinan aku tidak akan update blog. Oleh kerana itu, isen kali ini panjang sedikit. Ia berkisar tentang aktiviti di Rumah Pena. Namun begitu aku akan cari CC yang berdekatan, jika ada maka aku akan update blog. Jadinya, aku tinggalkan kalian dengan isen ini. Jaga diri okai?

* * *
2 Jun 2007. 8:30 malam. Rumah Pena.

Ada acara Malam Membaca Naskah Sindiket Souljah Dan Kawan Kawan Yang Kita Suka.

Pukul 5.00, aku masih di Gombak. Rileks rileks, bila hujan turun mencurah curah. Hasrat nak pergi awal tak tercapai. Aku tunggu sampai 6:30 petang hujan masih belum berhenti. Pukul 7:00 malam aku redah juga. Akibatnya, dari Gombak ke DBP memakan masa hampir satu jam suku. Masuk jalan ni jem, masuk jalan ni banjir, masuk jalan ni jem. Hai... tak apalah, janji aku sampai jua.

Ini adalah kali pertama aku menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Gementar ada, takut ada, nak nangis ada dan macam macam lagilah yang aku rasa. Masa menunggu giliran tu lagilah, masa tulah nak terberaklah, nak terkencing lah, nak hisap rokoklah, laparlah dan ntah apa apa lagi lah. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Mulanya aku diberitahu oleh Amir Mukhriz aku kena baca naskah dan sajak. Aku bab baca sajak tu yang gabra lebih lebih tu. Kat sana masa Mat Jan panggil aku untuk naik pentas dia hanya kata baca naskah je. Ha ha. Alhamdulillah selamat aku. Jadinya aku hanya baca naskah yang bertajuk Dinding yang dipetik dari zine Narayuda. Sajak nampaknya lain kali lah ya? Ha ha.

Oh ya, aku dapat jumpa Gitartong, lama aku tak jumpa mamat ni. Tapi masa balik dia balik tak salam aku pun, cis. Juga aku dapat jumpa En. Fadhli penulis novel sains fiksyen. Dapat jumpa Panah Arjuna. Amyz paling anggun malam tu (Chewahh!). Persembahan dimulakan dengan Izzi dan Mata Rabak yang menyampaikan lagu Getaran Jiwa secara instrumental. Cair siut masa dengar tu. Kemudian disusuli dengan Amyz bagi pihak Pink Platoon, diikuti oleh Amir Mukhriz, aku suka persembahan Jigo, 18SX tu! Cerpen yang di baca oleh Saharil juga menarik. Sangat kelakar. Persembahan Naga yang paling cepat klimaks (ha ha) dan macam biasa, persembahan akulah paling mantap. Ha ha ha.

Di bawah, ada beberapa keping gambar yang aku tangkap sekitar acara itu.

Tempat pemujaan

Naga tengah tuning gitar

Mat Jan selaku MC

Izzi dan Mata Rabak

Amyz

Amir Mukhriz

Nida

Ake ler tu...

Barang Jualan

Sembang sumbang
Makan time

Amyz dan Panah Arjuna

Cik Daun


Ini sahajalah yang sempat aku tangkap. Aku ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput aku yang tak pandai ini untuk membaca naskah. Aku harap aktiviti seperti ini akan diteruskan dan aku bagi pihak Narayuda akan sokong dan bantu mana yang boleh. Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur kerana acara semalam berlangsung dengan lancar dan tanpa sebarang masalah.

P/s : Hari ini, 3 Jun sahabat kita Kemat telah selamat diijabkabulkan. Kemat maaf tak dapat hadir kenduri kau, aku ada telefon kau jumaat tapi kau tak angkat. Aku doakan semoga berbahagia, panjang umur dan murah rejeki.

0 Bangsawan Menatang Sembah: