Wednesday, November 02, 2005

Penukaran Blog

Harap Maklum

kingbinjai Dah menukar blog beliau sila kunjungi : http://kingbinjai.blogdrive.com/

terima kasih

Tuesday, November 01, 2005

Selamat Hari Raya

King,

mengucapkan selamat hari raya kepada semua kenalan dan taulan yang mengenali king secara realiti dan secara siber.

semoga puasa dan raya tahun ini memberi manfaat dan keinsafan kepada kita semua.

akhir kata dari king, selamat menyambut aidilfitri semoga murah rezeki dan panjang umur.

Kupu Kupu Syurga

semalam 31/10/2005 King bawa Queen menjalanai pemeriksaan bulanan untuk kandungan di klinik kita.

Alhamdulillah, semuanya baik baik. masa scan dapat lihat wajah kupu kupu syurga, ini mata, ini hidung, ini mulut kata duktur.

"dah tengok jantina baby?" soal duktur.

"dah masa bulan lepas tapi tak nampak dengan jelas." balas king

"baik kita tengok lagi sekali.." sambut duktur sambil tangannya laju mengscanning perut Queen.

"rasa rasanya.... perempuan" aju duktur pada kami sambil menunjukkan jantina baby...

alhamdulillah, perempuan harap harap engaku sentiasa sihat dan cergas. semoga nanti menjadi srikandi agama yang membela nya sepenuh jiwa...