Monday, February 22, 2010

Stat

Ha ha.

* * *

22 Feb 05:39:03 www.google.com.my kalau ulcer, boleh minta mc? 2008/05/lalai.html


Ha ha.

Aku masuk dalam StatCounter tadi, saja nak check "Recent Keyword Activities." Dan ternampak carian di atas. Ha ha. Nak mc pun mau tanya google ka?

Ha ha.

Thursday, February 18, 2010

Cuti Ka?

Selasa, 16.2.2010

Cuti. Raya Cina.

Eh eh, bosan la pulak. So pagi itu, pukul 9, aku capai handphone dan menghantar sms kepada Zul. Sambil menaip aku mengekek sendirian. Kompem mamat ni mesti call aku balik nanti. Hik hik hik.

"Alo, cuti ka?" tuss... sms itu dihantar.

30 minit kemudian,

Handphone aku berbunyi, tengok nama pemanggil : Zul. Ha ha, kan!

"Alo." Aku.

"Alo, kerja ka?!" Zul. Dengan nada cemas.

"Ha ha. Tadaklah saja kacau ko. He he he."

"Hang ni! Aku siap berlari tengok kalender ni. Kot silap haribulan!"

Ha ha.

Saturday, February 13, 2010

Anwar + Saiful = Kartun.

"Kalau hang, ada orang nak liwat hang, apa hang buat?" Tanya Zulhilmi, rakan sekerja aku yang kurus, putih, berloghat perlis pada aku seraya merendahkan suratkhabarnya dan memandang tepat pada aku yang sedang makan.

"Liwat?" Detik hati aku. Ini, tidak lain tentunya kes dua orang itu.

"Aaaa..." aku tidak terus menjawab, "aku larila kot!"

"Hah! Itulah pasal. Mamat ni dok sibuk cakap tak rela tak rela, tapi duk gak kena liwat! Macam bangang! Mana ada orang tak rela kena liwat, tapi kena liwat jugak? Anwar tu dah tua, hang muda gagah lagi sepak je la pastu lari la, betui dak?" Pangkah Zulhilmi.

"Betui." Sokong aku, sambil mengunyah nasi kerabu yang baru dibeli di pasar malam Pekan Salak sebentar tadi.

"Hang tengok ni," tunjuk dia, Zulhilmi, rakan sekerja aku yang kurus, putih, berloghat perlis pada suratkhabar yang dipegangnya. Aku merapatkan badan untuk melihat apa yang dia tunjukkan.

"Seorang wanita berjaya melarikan diri dari dirogol oleh 3 orang lelaki." Baca Zulhilmi. "Hang tengok, pompuan pun boleh lawan 3 orang lelaki dari dirogol, inikan pulak satu mamat muda ngan mamat tua. Takkanla tak boleh lawan? Tak kartun ka?"

"Ha ha."Gelak aku.

"Aku rasa camni la senarionya, aku agak jela, Anwar cakap kat Saiful; oi, ko bagi aku liwat buntut ko, sebagai balasan aku bagi ko RM5juta. Pastu setelah beberapa lama, UMNO pulak jumpa Saiful, oi aku bagi ko RM10 juta ko dedahkan kisah kau kene liwat. So, kalau hang apa hang buat?"

"Ha ha. Ya kot!" Sokong Zulhilmi.

Tuesday, February 09, 2010

Maskara 19



(Gambar ihsan dari : waterlily.)

Semasa di Maskara 19 di Rumah Pena Pada 6/2/10. Aku membaca 2 sajak di sesi open mic. Aku baca sajak ini dan ini.

Terima kasih dan tahniah kepada Sindiket Souljah, semoga Maskara akan terus berjaya.

Wednesday, February 03, 2010

Lebih Aduka

Perlukah dibicarakan lagi tentang Aduka Taruna? Selepas puas menggoogle kesana sini sebentar tadi perasaan marah menjadi hairan. Menjadi hairan kerana ada manusia yang masih mengucap kalimah "InsyaAllah", mengakui tuhannya Allah dan agamanya Islam lantang berbahasa kesat pada kesuciannya.

Hairan kerana sekiranya kita mengakui keesaan Allah apakah wajar kita mempersoal, merendah-rendahkan ketetapanNya? Allah telah meletakkan martabat Aishah R.A. dikedudukan yang tinggi dan menjanjikan syurga pada Imam Shafie. Keputusan itu adalah keputusan Allah. Dan sebagai hambaNya tidakkah pelik apabila dengan lantangnya memburuk-buruk kedua-dua insan tersebut? Tidakkah dengan perbuatan yang memanggil Aishah R.A bangang dan memperlekehkan hukum yang terdapat dalam mazhab Shafie bersamaan dengan memanggil Allah bangang dan memperlekehkan hukum-hakamNya?

Sebagai contoh, Aduka mengakui keesaan Allah, mengaku dirinya Islam tapi dalam waktu yang sama beliau mempersoalkan kenapa apabila menyentuh isteri sendiri batal wuduk? Malah memanggil hukum ini sebagai bangang. Bukankah dengan berbuat demikian beerti kita mempersoalkan ketetapan Allah? Apakah Allah itu hanyalah tidak lebih sebagai satu ikon?

i
Aduka Taruna pada aku, adalah contoh terbaik dari Allah kepada kita semua. Contoh apa? Contoh terbaik seorang manusia yang kosong hatinya. Kosong dari wangian kalammullah, kosong dari sinar Nurnya, kosong dari tenungan ihsanNya dan kosong, dari kasih sayangNya. Jika tidak masakan beliau sanggup merendah-rendahkan martabat Aishah R.A yang ditinggikan martabatnya oleh Allah. Tuhan yang aku, kau dan Aduka sendiri akuinya.

Dari marah berapi kini berasap kehairan dan setelah dipuput angin kini yang tinggal adalah abu. Abu ketakutan. Takut apa? Takut, kerana kita kini ditengah kelompok seperti Aduka Taruna. Renung-renungkan kembali, sepanjang hayat kita, berapa ramai manusia yang telah kita jumpa, kenal dan temui yang tidak segan silu bercerita tentang dosanya. Bangga pada pelakuan dosanya. Pergilah merayau-rayau dalam Tagged, tengok berapai ramai umat islam, perempuan amnya, tanpa rasa takut dan malu pada Allah atau kita mendedahkan bahagian-bahagian sulit tubuh mereka.

Namun begitu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Aduka Taruna, terima kasih kerana :

1. Membenarkan setiap janji-janji yang telah Allah khabarkan.

2. Membenarkan betapa adanya kemurkaan Allah.

3. Memperlihatkan betapa buruknya manusia itu jadi sekiranya dia dibelakangi Allah.

4. Membuka mata aku seluasnya, bahawasanya kita mendekati kiamat.

5. Bahawasanya KERAjaan hanya lebih mementingkan status politik dari maruah Islam.

ii
Zaman sekarang agama bukan lagi menjadi persoalan utama dan akhirat bukan lagi menjadi matlamat kehidupan. Ini telah dibenarkan oleh Aduka dan mereka yang menghantar komen-komen kepada surat permohonan maaf beliau.

kebanyakan mereka yang menghantar komen tersebut lebih lelah melaungkan "Rakyat Johor Bersatu" dari melaungkan "Umat Islam bersatu". Lebih petah mereka mengutuk Aduka hanya pada isu sultan dan bukan pada isu menghina Aishah R.A., Muawiyah, Saidina Ali dan Imam Shafie.

Oleh itu, tahniah kepada anda semua dan tahniah kepada KERAjaan (kerana menangkap Aduka bukan berkenaan isu maruah Islam) kerana anda semua, lebih Aduka dari Aduka sendiri.

Monday, February 01, 2010

Aduka,Aishah,Sultan dan Politik

berpusing lagi propeller jahanam
menghambur bau malar hingga
menutup hidung pun sekalinya
masih menyerap masuk menyentak benak
lalu kita pun gagah perkasa tiba tiba
menyerang propeller, sedang empunya?

i
dan telah datang dikalangan kita
seorang Aduka, kata-katanya
umpama pernah berduka atau sahaja
jahilnya dihati dihalang tuhan
membiarkan nestapa sangkut di jiwa

lantang dia menghitamkan umairah
lantas jarinya memetik suis propeller

dan kita leka,
dengan teh tarik, tol, astro
papan dam, bil kredit kad

ii
kerana lantang dan lantas
mulut dan jarinya tidak dicelah
maka berdiri dia atas menara megah
meludah keramat persemadian sultan

"Jika sudah mati, matilah!"

dan serentak para khayalak
tersadung kaki melangkah
sejuta jari bersatu menuding
lupa akan mereka dengan
teh tarik, tol, astro
papan dam dan bil kredit kad

"ini maruah kita!"

iii
datang politik membela
berbaris setia menghunus keris
kerna tercabar tengkolok sultannya dituding
walhal tersentuh sedikit berterbangan habuknya
bergegas kaki membuah silat
memintas tajam tusuk lidi

sedang sinar lampu iman kita
malap dan terbakar
dibiar tidak berganti
malah, pembelaan kita pada agama
sengaja salurannya dipindah ke longkang!