Sunday, January 24, 2010

Mahal

"Walaupun harga gula naik 20 sen. Ia masih murah berbanding dengan negara jiran thailand."

Pesanan untuk para peniaga di Malaya :

Mamak.
Walaupun harga segelas milo ais kami dulu RM1.60, kini telah naik kepada RM1.80, ia masih murah berbanding dengan yang dijual dihotel, restoran makanan segera dan food court di LCCT.

Peniaga Restoran :
Walaupun harga segelas milo ais kami dulu RM1.40, kini telah naik kepada RM1.60, ia masih murah berbanding dengan yang dijual di restoran mamak, dihotel, restoran makanan segera dan food court di LCCT.

Peniaga gerai kecil-kecilan :
Walaupun harga segelas milo ais kami dulu RM1.20, kini telah naik kepada RM1.40, ia masih murah berbanding dengan yang dijual di restoran-restoran lain, restoran mamak, dihotel, restoran makanan segera dan food court di LCCT.

KERAjaan : Pengguna harus bijak menentukan pembelian. Kalau rasa peniaga menaikkan harga makanan dan minuman pengguna perlu boikot restoran tersebut!

Kingbinjai : Rakyat harus bijak memilih. Jika KERAjaan tertentu menaikkan harga barang tertentu rakyat wajib boikot KERAjaan tersebut!

Thursday, January 21, 2010