Wednesday, September 02, 2009

Bazir

Topik ini sering muncul dalam kehidupan seharian kita, malah semakin hebat diperkatakan lagi tatkala dibulan Ramadhan.

Jika kau ada astro, di saluran 106, sebelum azan maghrib, akan ada tazkirah ramadhan. Hari ini tazkirah tersebut membicarakan topik ini. Agak menarik cara penyampaian ustaz tersebut. Katanya, "Kalau nak menjadi abang atau kakak kepada syaitan silalah membazir." Wow, sadis dan sinis.

Memang tidak dinafikan, ada sesetengah manusia yang suka membazir. Namun, sepanjang Ramadhan kali ini, aku ingin perkatakan bahawasanya bukan pembeli sahaja yang perlu dinasihatkan jangan membazir. Para peniaga juga perlu menolong pembeli supaya jangan membazir. Ini kerana, para peniaga menjual makanan berbentuk borong, sedangkan yang hendak dimakan hanya sedikit sahaja. Aku bagi contoh yang berlaku pada diri aku sendiri;

1. Aku hendak membeli kerabu mangga. Walhal, tidak banyak mana pun yang diperlukan, tetapi hidangan tersebut sudah ditetapkan harganya sebanyak RM2.00. Akibatnya sampai ke sahur tak habis lagi.

2. Ada sekali itu aku hendak membeli sayur, kuantiti yang diperlukan cuma RM1.00 tetapi peniaga telah menetapkan semua juadah bernilai RM2.00 ke atas. Aku kira tidak susah kalau peniaga memberi sahaja kuantiti yang dipinta pelanggan berdasarkan jumlah harga. Ini kerana jika kita membeli nasi bungkus, sudah termaktub, satu skop sayur bersamaan RM1.00. Jadi, jika pelanggan ingin membeli sayur sahaja kenapa ada kesusahan? Jika satu bungkusan sayur anggarannya dua skop atau dua kali cedok, kau cedoklah sekali je untuk yang mahu seringgit kan? Sudahnya aku ratah sahaja sayur tersebut.

3. Tauhu sumbat, RM2.00 5 biji. Sapa nak makan sampai lima biji? Kalau kau ada famili besar mungkinlah, kalau macam aku, setakat aku dan Queen sahaja kejadah apanya?

"Banyak sangatlah sampai lima biji, saya nak 2 biji sahaja boleh?" tanya aku.

"Boleh." jawab akak tersebut.

Ha. Macam nilah.

Bersamalah kita mengelakkan pembaziran.

Oh ya, minyak nak naik harga ek? Alah apa nak heran, kan Najib cakap rakyat didulukan. So betullah, rakyat memang kena dulu.