Saturday, July 26, 2008

Manaf

"Nap!" panggil aku kepada beliau, Manaf. Seorang lelaki pertengahan 40an dan berbadan gempal, bekas perajurit negara, berkulit cerah, berkacamata dan masih hensem. Ah, biasalah tu, lelaki yang berkacamata semuanya hensem. Ha ha.

Dia, yang berbadan gempal, berkulit putih, bekas perajurit, berkacamata dan masih hensem itu, Manaf, menyahut panggilan aku dengan memandang tepah kearah biji mata aku yang dibentengi oleh sepasang cermin mata. Dan hensem. Ah dah aku katakan tadi yang berkacamata semuanya hensem.

"Amende?" tanya dia sambil jari jemarinya laju bergerak menggulung rokok daun. Tingkah gulungan oleh jemarinya itu amat berseni. Jika ditakdirkan adanya pertandingan menggulung rokok daun, nescaya Manaf sudah belum pasti menjadi pemenanngnya.

"Nap. Aku nak anak pokok nangka. Aku taknak beli aku nak kau bagi aku free. Ada?" tanya aku.

"Ada. Bila kau nak?"

"oh oh oh menarik bila boleh ambik?"

"Kau nak ambik ke kau nak aku hantar?"

"Pokok ni dalam polybag ke dalam tanah?"

"Dalam tanah la beb. Kau nak tanam kat mana?"

"Aku nak tanam depan rumah aku tu. Aku nak buang pokok Majlis Perbandaran tu menyemak je."

"Aaa... boleh la tu. Tapi lepas kau tanam kau kena belalah. Naik je cantas naik je cantas. Kalau tidak besar beb jadinya."

"Oh sudah semestinya."

"Aku kat rumah tu buat macam tulah, pokok nangka aku tak besar beb. Buah pun tak banyak lah, ada la 2 3 biji je."

{waktu ini tetiba sebuah mentol lama menyala dalam kepala otak aku. Dan untuk itu aku terus keluarkan kenyataan berikutnya :}

"Alah ok la tu nak banyak banyak buat apa. Sebiji 2 jadilah untuk buat goreng." Kata aku, waktu ini aku melihat Manaf terkebil kebil memandang aku. Dia yang lewat 40an, berbadan gempal, berkulit putih, bekas perajurit dan berkacamata itu berhenti dari menggulung rokok daun dan mengangkat tangannya yang kiri,

"Dey! Cempedak mana ada buat goreng!"

Ha ha perangkap aku mengena.

"Dey! Cempedak la buat goreng! Nangka yang tak boleh! Ha ha ha" gelak aku.

"Siot kau ni! Ha ha ha." gelak dia.

Saturday, July 12, 2008

Juruteknik

itu saya.



Monday, July 07, 2008

Tua

Kehadapan Najid yang tidak dihormati.

Tujuan saya menulis isen ini adalah untuk memperjelaskan kepada tuan yang telah memomokkan bangsa melayu dengan konsep perjuangan tuan. Pihak tuan sibuk dan kecoh konon mempertahankan ketuanan melayu itu. Saya dengan ini ingin bertanya adakah pihak tuan tahu apa yang kalian perjuangkan?

Di sini saya ingin bertanya, apakah maksud melayu? Jika tuan tidak faham soalan tadi, saya ulang semula, apakah maksud melayu itu? Tahukah tuan, melayu itu adalah satu bangsa yang telah bertapak di bumi malaya. Tahukah pula tuan, apakah ciri ciri satu kaum untuk dipanggil bangsa? Sesuatu kaum itu menjadi bangsa dengan membawa 4 ciri bersama dia iaitu :

1. Agamanya
2. Budayanya
3. Bahasanya
4. Tulisannya

Jika direnung, bangsa melayu itu, maka kita boleh simpulkan bahawa :
1. Agamanya adalah islam
2. Budayanya adalah budaya melayu
3. Bahasanya adalah bahasa melayu
4. Tulisannya adalah tulisan jawi

keempat empat ciri di atas tidak boleh dipisahkan diantara satu sama lain, kerana jika lucut salah satu antaranya maka bangsa tersebut bukan lagi menjadi bangsa asalnya.

Oleh itu, jika direnung perjuangan pihak tuan mempertahankan ketuanan melayu, sukalah saya untuk bertanya diciri manakah yang tuan pertahankan? Kerana ciri agama tidak tuan pertahankan. Begitu juga budayanya yang telah tenggelam dan juga bahasanya yang telah ditukar ganti bagai baju malah tulisannya juga tidak didarjatkan.

Oleh itu sukalah saya simpulkan bahawa perjuangan pihak tuan hanya satu omomg kosong sahaja. Sebab itulah agaknya pihak tuan lebih suka mempertingkatkan lagi sekolah sekolah tamil semalaya dari mempertingkatkan sekolah agama rakyat!