Jun
27.4.12 - 2200Hrs - TGI Friday - Alamanda.
Malam itu pertama kali dalam hidup aku menonton wayang midnite show.
Malam itu jugalah, pertama kali menonton wayang secara 3D.
Kami berlima malam itu. Aku,Ramzi,Onn dan Boyot bergerak ke Alamanda seawal 9 malam. Sedang
Izman yang kelewatan hanya akan berjumpa kami di sana kemudiannya. Ya. Pertama kali juga
dalam hidup aku mempunyai seorang kawan bernama Onn. Bukan taboo, tapi bangga.
Berempat kami melepak di TGIF sementara menunggu waktu tayangan. Dari satu topik ke satu
topik dibualkan sehingga ke topik saka. Biasalah kalau bab bab begini tukang karutnya adalah
aku.
"Saka ni jinlah. Saka ni ada dua jenis satu yang menuntut tuan sekiranya yang asalnya mati.
Dan yang kedua tidak menuntut tuan. Malah akan hinggap kepada mana mana waris yang dia suka. Akan
tetapi kedua duanya bergantung kepada perjanjian yang termeterai dahulu." Terang aku.
"Habis kalau Jun tu datang ikut suka hati waris tu tahu tak?" Soal Ramzi sedang aku masih
belum habis penerangan.
"Jun?" Soal aku kehairanan. "Jun mana pulak ni Ramzi?"
Onn dan Boyot terpinga pinga memandang Ramzi.
"Bukan ke kita tengah cerita pasal jin? Ni awek mana pulak Jun ni?" soal Onn.
"Alah korang ni, Jun tu jin la!" Bentak Ramzi pada kehairanan kami.
"Ha ha ha." Gelak aku, Onn dan Boyot.