Manivanan - Satu Isen Yang Tertangguh
Sebetulnya isen ini disiarkan 2 tahun sudah. Namun diatas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka ianya tertangguh sehingga ke hari ini. Dan sepanjang penangguhan itu, hati aku tidak tenteram dan Alhaldulillah setelah 2 minggu aku fokus untuk menyiapkan isen ini, ianya tersiar juga.
***
1993
Aku di tingkatan 5 di SeMenTaT. Aku, Fendi, Rayme, Masraihan dan Juju berkawan rapat sedari itu hinggalah ke hari ini. Ikatan masih lagi terjalin walaupun masing masing telah mendirikan rumah tangga. Aku mengenali Masraihan dan Juju dari sekolah rendah. Kami bersekolah di sekolah yang sama dari darjah 4 sehingga ke darjah 6, dan ditempatkan di kelas yang sama. Di SeMenTat juga kami ditempatkan kelas yang sama dari tingaktan 1 sehingga tingkatan 5. Rayme, aku kenali dari tingkatan 1 dan kami sekelas sehingga ke tingkatan 5. Manakala Fendi dikenali semasa kami dikelas yang sama di tingkatan 4 dan 5.
Ikatan persahabatan itu terjalin dengan kehadiran ramai lagi sahabat sahabat yang lain. Dan boleh aku katakan kehadiran Manivanan ke dalam kumpulan kami agak aneh sekali. Dari pemerhatian aku dan sahabat sahabat yang lain, kehadiran beliau adalah kerana Juju. Ya, dalam diam manivanan menyemai perasaan cinta kepada Juju. Namun cintanya tidak berbalas, akan tetapi Juju dan Manivanan tetap menjadi sahabat baik.
2001
Masing masing sudah berkarier dan perlahan lahan mencipta kehidupan sendiri. Dalam kesibukan kota dan mengejar impian, tidak aku lupa kepada sahabat sahabat aku. Rajin juga aku menelefon mereka bertanya khabar. Acapkali juga kami bertemu demi mengukuhkan lagi persahabatan kami. dari situ aku pelajari, Manivanan dan Juju masih saling berhubung. Dan di tahun itu, aku mendapat tahu Manivanan sudah menjadi jutawan. Dia menjadi salah seorang sahabat di sekolah kami yang berjaya dalam hidupnya. Beliau menjalankan perniagan membeli dan menjual kereta terpakai. Juju masih lagi menjadi wanita idaman beliau dan tidak jemu menebarkan jala cinta.
"Ju, kenapa taknak dengan Mani? Kalau Ju terima Alhamdulillah tambah lagi seorang menjadi umat Islam." Tanya aku kepada Juju setelah aku ketahui, ibu bapa mereka masing masing sudah tahu mengenai perhubungan mereka. Dan siapa sangka? Ibu bapa masing masing tidak membantah.
"Ntahlah, tapi Ju memang anggap dia sebagai kawan baik je tak lebih dari itu."
"Kesian dia Ju, lama dia pendam perasaan. Dari sekolah lagi."
Dan perbualan kami terhenti hanya setakat itu sahaja.
2003
Malam itu, aku kelaur menemui Fendi dan beberapa lagi rakan sekolah. Sahaja bertemu, bertanya khabar dan berkongsi cerita kehidupan.
"Wei korang tahu tak, Manivanan dah mati." Terang seorang sahabat.
"Aku ada dengar juga, tak tahu betul ke tak." Kata Fendi.
Aku terkedu. Sepantas cahaya lampu kalimantang yang menyala apabila suisnya dipetik, sepantas itu aku teringat pada Juju. "Kau biar betul?"
"Betul! Ada keluar suratkhabar."
"Mati kenapa? Kemalangan ke?" Tanya aku.
"Kena bunuh."
Aduh, sekali lagi aku terkedu. Dada aku berombak, panas dan terhimpit.
Kawan aku menyambung cerita bagaimana Manivanan tewas ditangan pembunuhnya yang kejam. Aku sebak. Sepanjang perjumpaan itu aku tidak fokus.
"Di, Juju tahu tak hal ni?" Tanya aku kepada Fendi.
"Tak tahulah."
Aku menghela nafas. Lewat malam aku meminta diri. setiba dirumah, aku terus berbaring. Jenuh aku mencuba menjemput lena namun enggan pula dia bertandang. Cerita tentang Manivanan tadi terngiang ngiang ditelinga. Skelai lagi sebak menghambat dada. Walaupun aku tidak rapat dengan beliau, walaupun beliau bukan seagama dengan aku, namun aku telah menganggap dia sebagai sahabat. Sahabat yang boleh dibawa ke kiri dan ke kanan. Aku teringat Juju. Tanpa berfikir panjang aku mengangkat handphone aku dan terus menelefon Juju.
***
"Hello." Juju.
"Hello Ju, tido dah ke?" Tanya aku.
"Emm. Ada apa?"
"Takde apa. Ada... call Manivanan?" Aku cuba memancing untuk tahu samaada Juju tahu atau tidak perihal Manivanan.
"Takde. Dia takde kat sini. Dia kat China. Minggu lepas dia pergi. Kenapa?"
Alahai ju, kau tak tahu lagi nampaknya.
"Ju, aku ada berita nak bagitahu tapi kau jangan terkejut ya?"
"Isk apa ni? Apa dia?!"
"Ju, Manivanan dah mati..."
"Hey! Apa cakap macam ni?! Jangan main main la!!!"
"Allah Ju, aku cakap betul ni, aku pun malam ni baru tahu. Fendi pun baru malam juga tahu."
Diam.
"Ju?"
"Betul ke ni?" Sebak menghurungi atmofesra kami.
"Betul Ju."
"Patutla dia tak reply sms Juju. Minggu lepas dia ada call cakap nak pergi China itu je. Macammana dia mati?"
"Dengarnya kena bunuh. Ada perempuan pinjam duit dia RM300 ribu, Mani pun kasi pasal perempuan tu selalu kacau dia. Ingat settle la. Tahu-tahu perempuan tu datang ngan geng dia ikat Mani atas katil kemudian tikam dia sampai mati. Keluar suratkhabar Ju, tapi tak pasti mana satu."
Esakan Ju berselang seli dengan nada getar aku waktu menceritakan kejadian itu. Aku menyarankan Juju agar pergi menemui ibu Manivanan untuk mendapat kepastian. Sempat Juju mengugut aku,
"Kalau Ju pergi jumpa mak Mani, dan dia kata Mani masih hidup, kita putus sahabat!"
***
Esok, kehidupan berjalan seperti biasa. Aku meneruskan aktiviti harian dengan fikiran melayang memikirkan tentang Manivanan. Aku terfikir, selalunya kita membaca perkara sebegini disuratkhabar tanpa merasa ia akan berlaku kepada diri kita dan orang orang disekiling kita. Nah sekarang ia berlaku begitu, terasa ancaman itu begitu dekat sekali. Dalam kelekaan itu, handphone aku berdering, aku angkat dan tertera nama Juju.
"Hello Ju."
"Hello..." Ada riak riak sebak disebalik corong.
"Ju kat mana ni?" Soal aku, lantaran terdengar bingit persekitaran disebelah sana.
"Ju baru balik dari rumah Manivanan. Betullah, dia dah mati. Mak dia tunjuk Juju artikel tersebut, keluar dalam Malay Mail."
Aku memejamkan mata selepas mendengar penjelasan Juju. Aku berfikir kembali perkara yang aku fikirkan tadi. Satu sahabat aku sudah hilang, keselamatannya dicabul. Selepas ini, siapa?
1 Bangsawan Menatang Sembah:
Aku membaca. Dan turut sebak.
mudin001 | Homepage | 12.26.08 - 10:50 am | #
Gravatar ah.
sebak.
katya | Homepage | 12.26.08 - 10:57 am | #
Gravatar cuba utk berada di tempat Juju..sedih !
Kujie | Homepage | 12.26.08 - 11:24 pm | #
Gravatar laa... ishhh...
sian budak tu...
el | 12.31.08 - 1:46 am | #
Gravatar slalu kta ingat kes2 jnayah mcm mstahil nk jd kat kta.. bla dh tkena pd org tdkat bru kta tau m'sia mmg dh x slamat lg.. itu fakta..
kel@mbu | Homepage | 12.31.08 - 2:09 am | #
Gravatar sekarang ni kes bunuh menjadi-jadi
jamri | Homepage | 12.31.08 - 9:48 am | #
Gravatar adoii king, harapnya tak mahu ada mangsa macam tu lagi. sedih lagi kalau mangsa tu orang yang kita kenal.
Anonymous | Homepage | 12.31.08 - 6:28 pm | #
Gravatar Isk, kesiankan. Mesti cam rasa tak percaya time terima berita tu kan..
neway, selamat tahun baru, king.
DeeN | Homepage | 01.02.09 - 5:46 pm | #
Gravatar ohhh aku ingat kes ni. collegue aku cover story ni dari mula sampailah ketiga2 suspek ditangkap. muda lagi orangnya kan. memang sadis. tak sangka kenalan king.
apa jadi dengan juju sekarang ya?
izinni | 01.02.09 - 11:21 pm | #
Gravatar blom baca lg.. boleh bg linknya?
Masy | Homepage | 01.05.09 - 3:04 pm | #
Gravatar hm..
bluecherry | 01.07.09 - 9:56 pm | #
Gravatar salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog.
JHaZKiTaRo | Homepage | 01.16.09 - 1:00 am | #
Gravatar Oh... terkedu seketika seusai membaca.
Moga Juju tabah.
Salam dan selamat tahun baru
Bunga Rampai | Homepage | 01.19.09 - 8:52 am | #
Post a Comment