Saturday, June 11, 2011

Baca

Adib, sudah lima tahun. Sedang belajar membaca.

"Na" sebut aku sambil jari telunjuk menunjuk kepada perkataan Na itu.

"Na" balas Adib.

"Ma" sebut aku lagi.

"Ma" ikut Adib.

"Bagus. Nama tu apa?" Soal aku bagi memastikan yang dia tahu apa yang disebutnya.

"Namalah." Jawab Adib tanda faham.

"Ok. Ni pulak. Ba Pa"

"Ba Pa"

"Bagus. Bapa tu apa?" Soal aku.

"Ayah ibulah"

"Ok. Ni pulak. Za Ki"

"Za Ki"

"Bagus Zaki tu apa?" Duga aku.

"Zaki tu zakatlah apalagi." Jawab Adib dengan yakinnya.

Ha ha.

7 Bangsawan Menatang Sembah:

nizamsani said...

dekat dah tu.hehe.

Masy said...

hahahahhaahahahh asak boleh ye

bluecherry aka fai said...

pandai nyerr

achik said...

yakin tu penting.. hahah..

Bunga Rampai said...

Adib dah 5 tahun dan belajar membaca? Tak sedar saya ... masa berlalu sepantas itu! Mudah-mudahan Adib menjadi anak yang bijak bistari.

Salam King :)

lavender harum wangi said...

jenis konfiden tinggi ni.

Water Lily said...

Yakin boleh ha ha.