Monday, March 05, 2007

Satu Hari Di Hari Ahad

Ahad. Aku berkeputusan untuk balik ke kampung. Menjenguk ayahanda bonda. Sementelah minggu lepas aku tak balik kerana ada urusan. Lama mereka tidak melihat Adib.

Baru bangun tidur.

Cak





Urghhh


Kereta yang dinaiki untuk ke kampung. Baru lepas mandi

"Bila nak pergi ni papa?"

Semua sudah sedia

Alhamdulillah perjalanan di MRR2 lancar.

Berhneti di kedai sengseng, membeli bekalan pampers dan susu Adib

Nyenyaknya tidur dalam kereta

Sambung tidur sesampai di rumah ayahanda bonda

Baru bangun. tengahari dah.

Atuk dan cucunya


Isk macam mana ni...

Perjalanan yang jauh dan Gombak ke kampung aku memang mengasyikkan. Kami bertolak pada pukul 10 pagi dan tiba di Ampang lebih kurang 10:45 pagi. Perjalanan Sejauh 21 km itu memang tidak terasa. Oh ya, gambar kepulangan dari Ampang ke Gombak tidak dapat diambil berikutan hujan yang amat lebat.

Sunday, March 04, 2007

Payung

Kassim seperti selalunya akan membawa payung ke pejabat. Bukan kerana dia suka begitu. Tetapi keadaan cuaca yang sering hujan itu memaksa dia yang menaiki kenderaan awam, bas, membawa payung ke pejabat. Dan Kassim seperti selalunya, akan tertinggal payungnya di dalam bas. Bukanlah disengajakan, tetapi entah mengapa sering benar dia terlupa membawa payungnya turun dari bas. Dan kerana itu sering juga dia dimarahi oleh isterinya lantaran hampir setiap hari terpaksa membeli payung baru.

"Ingat bang! Jangan lupa payung ni. Asyik nak beli baru je, kopak lah macam ni!"

Terngiang ngiang pesanan isterinya. Kassim tekad. Digenggamnya payung itu kuat kuat. Sedari dari pejabat lagi dia hanya memikirkan tentang payung. Kali ini, dia tidak mahu terlupa lagi. Destinasi hampir tiba. Tangan kirinya memicit loceng tanda berhenti, tangan kanannya memegang erat payung. Bas berhenti dan Kassim pun turun. Girang. Dia tidak terlupa membawa payung turun dari bas.

"Sayang, tengok! Abang tak lupa bawa balik payung hari ini!" jerit Kassim setiba dia di depan pintu. Sangkanya pastilah isterinya akan memujinya.

"Laaaa abang ni, kan hari ni abang tak bawa payung?!"

Saturday, March 03, 2007

Promosi : Narayuda 2









p/s : kau orang bayangkan yang gambar ni sebenarnya bergerak gerak mcam iklan tv tu ek!

Friday, March 02, 2007

Digi, Gospel?

Pernah lihat iklan DiGi? Yang ada orang kuning kuning tu. Best bukan? Adib sangat suka pada iklan itu. Aku pun suka. Iklan DiGi sekarang sangat menarik.

Namun terjadi kekecohan dalam internet apabila ada pihak mempertikaikan tentang lagu yang berkumandang di dalam iklan tersebut. Lagunya lebih kurang begini :

"i will follow you, wherever you may go, there isnt an ocean too deep, a mountain it can keep me away"
Ada pihak yang mengatakan lagu ini adalah lagu kristian yang sering dinyanyikan di dalam gereja. Dan terbitlah suasana kelam kabut. Ada yang mengatakan, ia haram dinyanyikan? Sejauh mana kebenarannya? Mari kita lihat.

Tahu kah anda asal lagu ini adalah dari penyanyi 60an Ricky Nelson? Beliau adalah orang yang sama yang menanyikan lagu Unchained Melody dan Have I Told You lately That I Love You yang kemudiannya dinyanyikan semula oleh Rod Stewart.

Pada pandangan saya lagu itu bukan lagu untuk agama kristian. Tetapi lagu itu adalah lagu cinta yang kemudian di salah sangka kerana ia dinyanyikan di gereja. Saya tidak nafikan lagu ini ada didendangkan di dalam gereja tetapi bukan dari pihak kristian yang berfahaman katolik atau protastan yang berkulit putih. Tetapi lagu ini dinyanyikan oleh pihak yang berkulit hitam yang beragama kristian (yang bukan katolik ataupun protastan). Dan budaya ini dipanggil sebagai Gopsel.

Hanya orang kulit hitam yang beragama kristian sahaja yang melakukan aktiviti nyanyian di dalam gereja sebagai menggantikan ceramah. Manakala yang kulit putih pula tidak melakukan. Malah, aktiviti Gospel ini tidak terhad kepada petikan di dalam injil sahaja, malah ianya meluas kepada falsafah dan lagu lagu pop yang lain. Jika ada sesuatu perkataan atau lirik lagu (seperti lagu Ricky Nelson ini) yang menampakkan kepada keagamaan mereka akan melagukannya.

Namun begitu, jika tidak silap saya, sesetangah lirik itu, ada di dalam injil. Jika tidak silap saya ianya berbunyi begini :

i will follow him.
Tetapi cuba perhatikan lirik lagu tersebut, ia tidak menyebut "him" sebaliknya menyebut "you". You di sini bermaksud kamu atau kau. Jadi maksud lagu itu adalah abstrak. Tidak tetap. Ia boleh merujuk kepada sesiapa bergantung kepada niat kita. Jika mahu ia ditujukan kepada Jesus maka Jesuslah jadinya, jika bukan maka bukanlah. Soal boleh ke tidak boleh itu terpulang saya kira. Terpulang kepada niat kita apa. Jika was was maka tinggalkanlah. Jika kita rasa kita nyanyi bukan untuk kepentingan agama kristian saya rasa tidak ada masalah. Jika merasakan lagu itu tidak boleh dinyanyikan hanya kerana ianya telah diGospelkan maka terpulanglah.

Untuk makluman kalian, irama muzik RnB dan Soul, asasnya adalah dari Gospel. Bagaimana? Masih berleluasa bukan? Malah menjadi kegilaan dan siulan kita pula. Jika hendak dikaji lagi, mengapa mahu banned lagu lagu yang dinyanyikan di gereja sahaja? Hanya atas alasan kerana ianya lagu kristian. Bagaimana pula dengan penyanyi penyanyi barat yang beragama kristian itu yang lagunya menjadi siulan kita hari hari, tak mahu di banned kah? Yang menyanyikan lagu itu kristian apa!

Maaf, anda mungkin lihat saya semacam menyokong mereka pula, tidak. Saya cuma lemas dengan sikap kita yang lebih memandang isu isu kecil dari melihat dan menangani perkara yang lebih besar dan luas. Jika lagu dalam iklan DiGi itu harus di banned kan kerana ianya lagu lagu kristian, maka lagu lagu dari barat seluruhnya harus di banned kan kerana mereka semua penganut agama kristian. Tapi tidak, kita terus hipokrit!

Thursday, March 01, 2007

Sampah

Usul terbaru, sampah yang dibuang akan dikenakan bayaran. Bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam bil cukai tanah (kan? aku lupalah). Nampaknya bertambah lagi beban perbelanjaan kita. Sampah pun berharga ek?

Nampaknya, kita kena belajar makan sampah macam budak budak Punk tu. Agaknya mereka dah jangkakan perkara ini terjadi, sebab tu mereka dah mula makan sampah dari dulu. Agaknya...

P/s : Terima kasihlah kerana menyusahkan kami. Semoga "budi" kalian, Allah sahaja yang membalasnya.