Saturday, March 08, 2008

Laga, konon

Ucapkan tahniah kepada diri anda yang telah celik hatinya menentang kekeraan yang bermaharajalela di belantara ini. Ucapkan tahniah kepada mereka yang berjuang dan mempertaruhkan keramat kita semua dan jati diri. Lemparkan tahniah kita kepada mereka yang dahulu memperjudikan amanah kita, lemparkan! Biar menjadi sekalung takziah di satu perkuburan di puncak gunung.

Namun jangan kita lekas berbangga diri, lekas berpuas hati dan lekas mengulit keselesaan. ini adalah satu tiket perjalanan yang baru kita jejaki hanya satu stesen. Teruskan mara, teruskan tekad dan nekad, teruskan usaha kuasa adalah milik kita bukan milik mereka.

Nah, di gelanggang ini, ayam sabung mereka ternyata hanya gah pada balung dan ekor. Katakan pada mereka taji itu perlu diasah sebelum bertarung. Ini gelanggang sabung bukan gelanggangnya untuk serama yang kau kendong.

Berdikit dikit kita mendaki perlahan lahan, sampai jua nanti ke puncak bukit. Ingat pesan Yaseer, "Walau sekuat mana badai melanda tidak akan berganjak gunung yang dirempuh."

Tahniah!

Laga, konon
konon jalak taji beracun
konon kena, keramat kematu
jadinya lagak sayup jatuh
sesaat
dan bukan lawan yang ada lawan
setanding tidak pun satu
konon!

gah sanjung kemenangan
sedang bukan perang terakhir dijilid
masih berbaki ribuan mata
serampang sengketa nanti seruan

mana bisa?
taji beracun tidak berasah pernah
tidak pernah memamah jua
sekati daging diri
semua konon seragam lakon

mari berpencak
jantan selagak lakunya
biar tumpah sekali ini
dakwat dari hati
sebenar yang-nya kau tuduh konon!

1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

Para Bangsawan Yang Menatang Sembah

Gravatar Tahniah tahniah tahniah

kita lihat acara politik selepas ini. Mesti lebih menarik
Khair | Homepage | 03.09.08 - 8:49 am | #

Gravatar yup
kingbinjai | 03.09.08 - 9:14 am | #

Gravatar Alhamdulillah.

Marhaen telah bersuara.
jowopinter | Homepage | 03.09.08 - 8:54 pm | #

Gravatar tak sabar nk tengok 1st sidang parlimen
Luna | Homepage | 03.10.08 - 11:33 am | #

Gravatar Tahniah utk semua. Tak sabarnya melihat kerajaan baru berjuang! Alhamdulillah, sungguh2 lega!
aDeeN | Homepage | 03.10.08 - 12:16 pm | #

Gravatar kerajaan BA di 5 negeri kena kotakan janji, atau mereka juga bakal menerima nasib yang sama pada pru13 pula nanti. huhuhuhuhuhuhu.

[semalam aku gi kedai...harga beberapa barang dah turun..huhuhu sonnnooottt]
rudy bluehikari | Homepage | 03.10.08 - 1:12 pm | #

Gravatar Takbir... tapi tv masih bias lagi esp berita. hampehhh
lanrambai | 03.12.08 - 1:19 pm | #