Sunday, March 02, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 11 (Akhir)

3.1.2008
Demam aku tidak berkurang. Aku MC. Aku tanya Queen Asyfa macammana? Masih tiada pergerakan katanya. Aku hanya terdiam. Fikiran aku tidak fokus, melayang layang waktu itu. Selepas makan malam. Aku kunci pintu semua siap siap. Kemudian aku beritahu Queen aku nak tido dah lantaran tidak larat untuk berjaga lagi.

Pukul 3 pagi aku dikejutkan lagi dengan esakan Queen. Aku pujuk dia. Seingat aku masa mengandung Adib dulu pun ada masa masa dia tidak bergerak.

4.1.2008
Selepas solat subuh, Queen menyatakan hasratnya untuk ke klinik swasta di sekitar pejabatnya. Aku berfikir 2 3 kali samada mahu menuruti atau tidak. Queen tidak memaksa, kalau aku tak larat dia pergi sendiri. Sememangnya aku masih belum kebah. Setelah berfikir seketika aku bersetuju untuk membawanya ke klinik.

Pukul 8:30 pagi kami bergerak, hantar Adib ke nursery dahulu kemudian aku terus shoot ke Kelana Jaya. Aku bawa perlahan kerana kepala aku semacam bergoyang. Kami tiba di klinik pukul 9:30 pagi. Kami bersarapan pagi dahulu sementara menunggu kliik dibuka.

Pukul 10:30 baru dapat jumpa doktor. Selepas consultation, doktor melakukan scanning. Dapat dilihat dengan jelas, denyutan Asyfa masih normal dan ternyata dia tidak bergerak.

"i rasa you all better go to HKL now. I bagi you two an MC for today, then terus pergi ke HKL ya? Pasal baby sememangnya ada problem kan? So better kita ambil tindakan yang pantaslah ya?"

Aku dan Queen hanya mengangguk., Selesai urusan di klinik itu, Aku dan Queen terus balik semula ke Sepang. Ambil Adib, balik ke rumah sekejap, kemas beg beg semua. Queen siapkan beg untuk bermalam di HKL, kami bersependapatakan menghadapi premature labour. Dan kemudian aku shoot ke Gombak untuk menghantar Adib. Tiba di Gombak, Adib di transit, aku pesan pada Queen aku tak larat sangat sangat, minta dia bawa sapa sapa sebagai backup andai aku flat tiba tiba. Setelah berbincag lebih kurang akhirnya diputuskan adik perempuan Queen akan ikut bersama.

Kami tiba di HKL pukul 2:30 petang. tenaga aku hanya tinggal sisa sisa. Untung, adik ipar aku itu ikut bersama, dialah yang membontoti Queen kemana sahaja sedang pergerakan aku menjadi perlahan. Pelbagai urusan yang memaksa kami sekejap ke depan sekejap ke belakang. Aku kesian tengok Queen. Aku tahu dari riak wajahnya kerisauaannya belum terjawab. Sedang aku terjelopok di satu sudut. Adik ipar aku memberitahu sekarang nak pergi scan. Aku lihat jam sudah pukul 4:30 petang. Kerana langkah aku perlahan, aku tidak sempat mengejar mereka. Lagi sekali, aku tidak dapat bersama Queen ketika di scan. 10 minit kemudian Queen keluar. Aku tegur dia, " doktor kata apa? baby ok?"

"Baby dah takde..." halus suara queen sewaktu melafazkannya.

Aku terus terdiam. Dah takde? Bisik hati aku.

"Suami Puteri!" jerit seoprang jururawat.

"Er saya..." jawab aku acuh tak acuh.

"Pergi kaunter depan, daftar kita nak bawak isteri you masuk wad ok?"

"Ok.." jawab aku. Dah takde? bisik hati aku lagi. Bukan lahir awal ke? Bukan premature? Kenapa dah takde? Bukan masuk wad lepas tu bersalin awal ke? Hais baju baju baby yang dag beli nak bagi sapa pakai?

"RM15.00 encik" tegur gadis di kaunter pendaftaran.

"Ha? Oh..ok." jawab aku sambil menyeluk poket mencari duit.

Kami kemudian menuju ke wad. Queen kemudian menukar baju. Kami inform ibu bapa masing masing. Waktu melawat sudah tiba dipenghujungnya. Aku cium dahi Queen, aku cuma mampu lafazkan beberapa potong kata semangat untuk menemaninya sepanjang malam. Alhamdulillah, kerana aku dan Queen telah lebih dahulu berbincang mengenai perkara ini, persaipan mental telah dilakukan terlebih awal namun perasaan terkejut tetap terasa. Dan Alhamdulillah aku dan Queen tiada merasa hampa, perasaan sedih itu sikit tetap ada.

Aku tiba di Gomabak menganjak Maghrib selesai solat Isyak dan makan malam aku minta iin kepada kedua mentua aku untuk naik ke atas kerana aku sangat sangat penat. Sampai atas aku terus lena. Dan sepanjang lena itu aku sedar ada beberapa call masuk tapi smeua aku tak jawab. Maaf aku tidak berdaya. Aku perlukan tenaga untuk esok.

5.1.2008
Pertama kali aku dan Queen merasa kosong. Aku teman kan Queen dari tengahari sampai petang. doktor datang masukkan ubat utnuk bersalin. Aku tiba tiba teringatr untuk update blog, lalu aku update terus menerus dari HKL menggunakan handphone aku.

6.1.2008
pukul 1 pagi aku dikejutkan oleh panggilan Queen katanya dah masuk wad bersalin. Aku terus bergegas ke HKL pagi pagi buta itu. Sampai di HKL aku minta kebenaran untuk masuk was bersalin. Pukul 1:30 pagi, Asyfa selamat dikeluarkan secara normal. Hati kau cair melihat raut wajahnya yang tenang. Dengan mata besarnya, dengan telinga kecil dan mulutnya yang kecil dan kulitnya yang putih, ah comelnya anak papa... bisik hati aku.

Pukul 3 pagi baru Queen dimasukkan ke wad. Aku temankan dia seketika. 3.45 pagi aku beritahu Queen aku perlu balik. Pukul 8 pagi nanti kau perlu uruskan jenazah Asyfa, Queen hanya mengangguk lemah.

Pukul 8 pagi aku bersama bonda dan pakcik sebelah Queen ke HKL untuk menuntut jenazah. Di rumah ibu dan bapa mertua ku menguruskan tentang tanah perkuburan.

Pukul 9 pagi aku melihat Asyfa dimandi dan dikafanan.

Pukul 10:30 Asyfa tiba di Gombak. Pukul 11, disembahyangkan. Selesai solat, Kami ke tanah perkuburan.

Pukul 11:30, aku memangku Asyfa dan berjalan ke tempat rsemadiannya. Kemudian aku trlihat sesuatu, ada satu papan tanda, oh! Selesai aku membacanya, abru aku tahu, disitu Nurin disemadikan. Tukang kubur kemudian memberi arahan arahan tertentu untuk aku ikuti mnengebumikan Asyfa.

"Tidurlah sayang, papa akan selalu datang sini." bisik hati aku.

Sesuatu Yang Hilang

kunjung pelangi
antara malap
dan suram

rembes cahayanya
samar samar memetik
seekor kupu kupu
terbang rendah
mendetik masa
dan hilang

bukan enggan bertamu lama
aku percaya,
kelak bila diizinkanNya
sejalur pelangi kan terang
dan kupu kupu kembali datang


3 minggu kemudian, aku bawa Queen ke tanah perkuburan untuk melawat Asyfa untuk pertama kalinya. Sampai di situ, salam pun diberi. Bunga bunga ditabur dan air pun menyirami kecil tapak persemadiannya. Tiba masa untuk pulang, sayup sayup terdengar halus bisikan Queen, "Asyfa, ibu balik dula ya, bila bila ibu datang lagi. "

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Dan terima kasih diatas segala sokongan.

1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

salam king,
menangis saya membaca ini. apa lagi di tambah dengan memori kepulangan afifah.
inshaAllah, kita akan jumpa mereka nanti.
acciaccatura | 03.02.08 - 4:35 pm | #

sy yg cuma membaca pun dapat rasa kehilangan.. apatah lagi empunya diri. bersabar ya..
anne | 03.03.08 - 10:19 am | #

Harap King n Queen sabar.

sya penah miscarriage waktu kandungan 6 minggu.. 1st pregnancy, setelah 6 bulan menunggu.. terasa sedey sangat. Inikan yang sudah cukup sifat dan berbulan lamanya di berada di dalam perut.

Salam takziah dr saya, harap King sentiasa beri sokongan & kata2 semangat pada Queen.
bluecherry | 03.03.08 - 11:51 am | #

assalammualaikum,saya menangis membaca, dan rasakan bahawa tiada ucapan akan dapat mengganti perasaan seorang ummi dan ayah, yang kehilangan seorang anak, bersabarlah, InsyaAllah, anda berdua akan berjumpa dgnnya nanti.apa-apapun, sama-sama kita hadapi cubaan Ilahi, bersabar ya adik-adikku.....al Fatihah buat Asyfa...
bella | 03.03.08 - 10:38 pm | #

sedih rasanya membaca kisah asyfa, semoga rohnya tenang di sana..
tulip | Homepage | 03.04.08 - 10:07 am | #

Gravatar Semoga episod duka ini ada hikmahnya.

Kau sudah ada wakil di syurga...
jowopinter | Homepage | 03.04.08 - 3:15 pm | #

Gravatar sudah ada yang menunggu, yang mendoakan kehadiran ibu dan ayahnya di sana...
angah | Homepage | 03.04.08 - 5:20 pm | #

Gravatar KiNG!
aDeeN | Homepage | 03.05.08 - 2:05 pm | #

Gravatar ada hikmah disebalik semua nih..selain menguji kesabaran dan keimanan, mungkin King dan Queen akan digantikan dengan 'sesuatu' yang lebih baik..
oren | 03.05.08 - 4:03 pm | #

Gravatar Kamu dan Queen tabah. Semoga terus kuat.
Khair | Homepage | 03.06.08 - 6:38 am | #

Gravatar Aku tak tahu nak kata apa...
Antara sedih dan gembira

Sedih kerana engkau mengalami kehilangan Asyfa

Gembira kerana Asyfa akan menemuimu dan isterimu di Padang Mahsyar kelak. Membawa minuman dan hidangan buatmu dan isteri yang kehausan dan kelaparan. Perihal istimewa hanya boleh diperolehi bagi ibubapa yang kehilangan anak ketika anak masih belum baligh...

Entahlah King... kepada Allah kita berserah. Yang pasti, aku tak sekuat engkau...

Sedih sangat aku baca isen ni...
indera | Homepage | 03.06.08 - 11:46 am | #

Gravatar saya baca tika sedang mendodoikan ali yang barus habi menyusu.

ingatkan boleh kuatkan hati untuk tidak menangis. tapi bila tiba di ayat king describe wajah asyfa, terus gugur air mata .. menangis saya.

saya tidak kehilangan tapi saya tahu bagaimana perasaan kalian berdua.

Doa saya untuk kalian berdua dan untuk asyfa juga ... dia menanti kamu di sana ... insyaAllah ...
izinni | 03.06.08 - 11:31 pm | #

Gravatar terima kasih semua
kingbinjai | 03.07.08 - 12:12 am | #

Gravatar King!...
Tiara | Homepage | 03.07.08 - 2:37 pm | #

Gravatar Salam King,

Air mata menitis.
Terima kasih memaparkan kisah ini yang membangkit setia rasa kasih padaNya.

Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. DIA Maha Mengetahui.

Al-Fatihah.

Salam saya untuk Queen.
Bunga Rampai | Homepage | 03.14.08 - 7:58 pm | #

Gravatar buat king & queen..
walaupun telah beberapa ketika peristiwa ini berlalu, ia ttp akan menjadi ingatan semua..

Saya tlh membaca bingkisan mengenai asyfa berulang kali, dan setiap kali itulah airmata menitik..

Semoga king & queen akan dikurniakan lagi cahayamata yg akan menambahkan seri dlm keluarga kalian..
yus | Homepage | 03.28.08 - 4:15 pm | #

Gravatar al-fatihah...

king,
harap boleh jumpa ko nanti.
Anonymous | 05.15.08 - 10:29 am | #

Gravatar lama tak jumpa ko. yang atas ni aku punya komen juga
esis | Homepage | 05.15.08 - 10:31 am | #