Thursday, November 27, 2008

Sedap

Aku menapau milo ais dari kantin pejabat. Sambil menghirup milo ais tersebut, sambil aku mengunyah pisang goreng dan sambil itu juga aku melangkah masuk menuju ke bilik loker. Aku terserempak dengan Jack rakan sekerja aku yang sedang memakai stokin.

Aku melabuh lelah disebelah dia. Menggantung milo ais ditepi loker, dan menyendeng ke arah Jack hingga bahu kami bersentuhan kemudiannya. Aku mulakan bicara dengan nada perlahan seaakan berbisik kepadanya,

"Jack...kau tahu tak?"

"Tak. Apadia?"

"Kau tahu tak... Jack?"

"Tak! Apa dia?!"

"Milo ais sedap!"

Tanpa menjawab Jack bingkas bangun sambil tersengih. "Hampeh!" katanya.

"Ha ha."

Sunday, November 23, 2008

Etika

i
Hamid menegur katanya penulis blog perlu ada etika. Aku rasa, semua penulis blog memang dah ada etika ketika menulis blog. sebab itu rata rata bloggers menulis untuk mengecam KERAjaan. Kerana sebagai penulis maya yang beretika kami harus mencegah kemungkaran. Betul? Betullah tu.

"Apa-apa pun Hamid, gua setuju beb!"

ii
"Encik kena ambil insuran etiqa ni...bla bla bla bla" kata pegawai Maybank yang membuat promosi itu kepada aku.

Di antara 'bla bla bla' itu satu tayangan iklan larangan merokok muncul dalam kepala otak aku. "Taknakkkkkkkkkkkk!!!" jerit aku.

iii
Aku rasalah Hamid, selain dari penulis blog perlu ada etika ko dan kawan kawan ko juga perlu beretika dalam menjalankan tugas. Beretika dari segi amalan agama, amanah dan tanggungjawab. Ok? Barulah takde konsep paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.

iv
Poodah!!!

Thursday, November 06, 2008

Shit!

Selasa, lama rasanya aku tak makan roti canai. Sewaktu hendak ke pejabat, aku singgah ke restoran mamak di Taman Seroja lalu memesan 2 keping roti canai dan sebungkus teh o.

"Kuah dal aaa!".

Siap. RM2.60 semuanya. Aku letak roti canai dan teh o yang berbungkus itu ke dalam raga motosikal aku. Aku memandu C70 aku dengan riang ke pejabat, walau dalam kehujanan.

Sampai di pejabat, setelah aku memakir C70, dan sewaktu mahu aku mengambil bekalan sarapan aku pagi itu, aku tergamam. Teh o hilang! Yang ada cuma roti canai! Shit!
Nak taknak terpaksa aku memesan satu lagi teh o di kafeteria pejabat aku.

* * *

Aku merenung papan putih yang tergantuh di dalam hangar, di luar pejabat pomen. Tertera jelas di situ beberapa nama yang diserap ke dalam shift untuk 2 hari. Termasuklah aku.

"Esok masuk malam kan?" sapa abang Ismail sewaktu aku berjalan menuju ke bilik krew.

"Ya, samalah kita bang." jawab aku.

"Ingat ya, masuk sharp pukul lapan tahu?" tegur dia, sambil sinis tersenyum kepada aku.

Shit! Nampak sangat aku selalu datang lewat!

* * *

Bulan ni takde gaji!

Shit!!!

Saturday, November 01, 2008

Ironi

apakah bila luputnya
nanti, punca kehidupan
manusia baru teringin
berhenti berperang?

atau kekhuatiranku
benar,

manusia tidak lupa berperang
selagi genggam penumbuknya upaya
akalnya masih jaga
selagi tubuhnya mengempang nyawa