Sunday, November 23, 2008

Etika

i
Hamid menegur katanya penulis blog perlu ada etika. Aku rasa, semua penulis blog memang dah ada etika ketika menulis blog. sebab itu rata rata bloggers menulis untuk mengecam KERAjaan. Kerana sebagai penulis maya yang beretika kami harus mencegah kemungkaran. Betul? Betullah tu.

"Apa-apa pun Hamid, gua setuju beb!"

ii
"Encik kena ambil insuran etiqa ni...bla bla bla bla" kata pegawai Maybank yang membuat promosi itu kepada aku.

Di antara 'bla bla bla' itu satu tayangan iklan larangan merokok muncul dalam kepala otak aku. "Taknakkkkkkkkkkkk!!!" jerit aku.

iii
Aku rasalah Hamid, selain dari penulis blog perlu ada etika ko dan kawan kawan ko juga perlu beretika dalam menjalankan tugas. Beretika dari segi amalan agama, amanah dan tanggungjawab. Ok? Barulah takde konsep paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.

iv
Poodah!!!

1 Bangsawan Menatang Sembah:

kingbinjai said...

Etika tu jenama biskut ke?
(harap ko jangan sidekick aku dengan soalan tuh)
SHIMI | Homepage | 11.23.08 - 4:12 pm | #

Gravatar cuba kau tanya hamid hahaha
kingbinjai | 11.23.08 - 4:17 pm | #

Gravatar dah 3 bulan x byr insuran Etiqa hehehe
Masy | Homepage | 11.24.08 - 9:42 am | #

Gravatar Tetiba rasa terancam ngan bloggers... errr MP MP Kerajaan bukan ramai bloggers ker?? Ker tujuan statement ni untuk Tun M???
Beruang madu | Homepage | 11.24.08 - 12:27 pm | #

Gravatar mmg penat klau melayan ejen insuran bercakap..
zwitterion | Homepage | 11.24.08 - 2:43 pm | #

Gravatar eeee... cantik la tikar hang... ekekek...
el | 11.24.08 - 5:38 pm | #

Gravatar Er..
Bas Etika fames gak.
Tp kadang2 pemandu bas takder etika.
Patut kene tegur jugak tuh. Sebab kalo silap gaya, nyawa melayang. Tp kalo blogger, hmm.. takdak la sampai cam gitu. Cuma menyebabkan org yg dinyatakan itu takut dgn bayang2 sendiri.
DeeN | Homepage | 11.26.08 - 12:17 am | #

Gravatar adakah hamid itu kawan aku yang bernama kamal hamidi dari kampar perak? hehehe
pleot | 12.01.08 - 10:59 pm | #

Gravatar Senyum lebar membaca entri ini,kelakar juga, banyak makna tersirat ...

Salam.
Bunga Rampai | Homepage | 12.04.08 - 9:03 am | #