Shit!
Selasa, lama rasanya aku tak makan roti canai. Sewaktu hendak ke pejabat, aku singgah ke restoran mamak di Taman Seroja lalu memesan 2 keping roti canai dan sebungkus teh o.
"Kuah dal aaa!".
Siap. RM2.60 semuanya. Aku letak roti canai dan teh o yang berbungkus itu ke dalam raga motosikal aku. Aku memandu C70 aku dengan riang ke pejabat, walau dalam kehujanan.
Sampai di pejabat, setelah aku memakir C70, dan sewaktu mahu aku mengambil bekalan sarapan aku pagi itu, aku tergamam. Teh o hilang! Yang ada cuma roti canai! Shit!
Nak taknak terpaksa aku memesan satu lagi teh o di kafeteria pejabat aku.
* * *
Aku merenung papan putih yang tergantuh di dalam hangar, di luar pejabat pomen. Tertera jelas di situ beberapa nama yang diserap ke dalam shift untuk 2 hari. Termasuklah aku.
"Esok masuk malam kan?" sapa abang Ismail sewaktu aku berjalan menuju ke bilik krew.
"Ya, samalah kita bang." jawab aku.
"Ingat ya, masuk sharp pukul lapan tahu?" tegur dia, sambil sinis tersenyum kepada aku.
Shit! Nampak sangat aku selalu datang lewat!
* * *
Bulan ni takde gaji!
Shit!!!
1 Bangsawan Menatang Sembah:
jangan nangis takde gaji. aku dah rasa.
gitartong | 11.06.08 - 10:51 pm | #
ngapa takde gaji pulak?
izinni | Homepage | 11.06.08 - 11:08 pm | #
gt : yeke?
izzini : entah
kingbinjai | 11.06.08 - 11:41 pm | #
sabarlah~
Amyz | Homepage | 11.06.08 - 11:48 pm | #
shit 1: sibbaik bukan roti canai yg cicir
shit 2: tajam mata abg Ismail tu hehe
shit 3: demmit. mmg shit ah takde gaji!~
errrmm~
Masy | Homepage | 11.07.08 - 8:39 am | #
oo.. bersabarlah ye
anne | 11.07.08 - 9:34 am | #
king
shit is taik..
taik is shit..
Dunia tidaklah seindah syurga tapi hadapi hidup ini dengan tenang.. :D
Tiara | Homepage | 11.07.08 - 9:58 am | #
shyiiiiiiiii.............t!
Anonymous | 11.07.08 - 5:37 pm | #
Gravatar bang...
Tak baik oo menyumpah nyumpah cenggitu.
Kau marah dengan sapa sapa ker?
hahah
mazudi | Homepage | 11.10.08 - 10:52 pm | #
Gravatar salam king,
adoi, lain kali king janganlah campuk aduk cerita pasal makan dengan shit, tak selera pulak kang. heeheeehee...
acciaccatura | Homepage | 11.11.08 - 3:01 pm | #
Gravatar he he..
bluecherry | 11.11.08 - 7:20 pm | #
Gravatar seelok-eloknya ko tukarkan "shit" itu dengan "shooottt".. Shah Rukh Khan selalu guna perkataan itu dan mungkin itu salah satu ciri utk dapat datuk dari bekas negeri aku.
lanrambai | 11.14.08 - 11:25 am | #
Gravatar musykil la.. awat tak dapat gaji?
nak bagi lump sum bulan depan ke?
Khair | Homepage | 11.19.08 - 7:13 am | #
Post a Comment