Saturday, December 13, 2008

8:30

"Tak makan dulu ke?" Sapa Queen ketika kau tergopoh gapah menyiapkan diri untuk ke pejabat pagi ini. Aku menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding. 7:25 pagi.

"Takyahlah dah lambat. Tapaukan ajela."

Dan Queen melangkah perlahan ke dapur menyiapkan bekal untuk aku. "Buh lebih sikit!" Jerit aku. Maklumlah Queen masak kuey tiaw (betul ke aku eja ni?), sedap wooo!

Dan setelah selesai aku memecut ke pejabat. Dalam hati aku berdoa semoga sempat sampai sebelum pukul 8.

Sesampai aku di pejabat, lenggang. Aku terasa bangga kerana menjadi orang pertama yang sampai. Parkir moto. Aku melangkah masuk. Aku hairan. Tengok jam, 7:58 pagi. Hai, mana semua orang? Aku melangkah ke bilik Foreman. Kunci. Ah sudah. Tak keje ke hari ini? Aku tunggu.

Jam sudah pun pukul 8 pagi. Hanya aku yang masih tercongok di hangar. Ceh! Tak keje ke hari ni? Kalau tak keje takde pulak dorang inform aku. Aku tak puas hati. Aku sms Usop,

"sop! tak keje ke hari ni?"

"Kejela!"

"Pastu apsal takde orang ni?"

"Jap, aku dah nak sampai."

Aku masuk ke bilik krew. Makan kuey tiaw. Queen masak. Emm lazat. Hingga menjilat garpu. Seketika kemudian Usop masuk ke bilik krew sampai membawa nasi lemak.

"Kau sampai pukul berapa tadi?" Tanya dia.

"Pukul 8 la! Kan masuk keje pukul 8!" Jawab aku.

"Hangguk kau, masuk keje 8:30 la! Kau sms pukul 8 memanglah takde orang, ngok!"

"Ha ha yeke? Bila tukar?!"

8:25 pagi. Barulah aku melihat kawan kawan aku yang lain. Ha ha bila tukar?!

1 Bangsawan Menatang Sembah:

kingbinjai said...

HaHaHa ..
Tak di inform ke jadual keje dah tukau, King? Tp baguih la, leh jd org awal pi opis.
DeeN | Homepage | 12.13.08 - 11:23 am | #

Gravatar saya rasa ejaannya kuey teow. tapi tak pa kot, macam tu pun boleh.
acciaccatura | Homepage | 12.13.08 - 11:38 am | #

Gravatar kuey teow tu... memacam orang eja... hahaha...
el | 12.13.08 - 2:54 pm | #

Gravatar ha ha.. ok lah tu.. Awal.
bluecherry | 12.13.08 - 3:15 pm | #

Gravatar Tukar masa masuk kerja ker?
loo... kau ni mesti jenis yang tak baca notis board kan?
mazudi | Homepage | 12.13.08 - 10:32 pm | #

Gravatar Haahaha ... belum nyanyuk lagi kut!ini kes ter rajin

Salam.
Bunga Rampai | 12.15.08 - 12:00 am | #

Gravatar kueteow .. sedap letak udang, kerang, kicap bebanyak. huhuhuhu ...
izinni | Homepage | 12.15.08 - 9:01 am | #

Gravatar eheheh klu tak, bole sarapan dgn Queen :D
Masy | Homepage | 12.16.08 - 9:35 am | #

Gravatar Kau tak tanya management. Kenapa tak tukar ke pukul 9 pagi. He he he!
JP | Homepage | 12.16.08 - 9:02 pm | #

Gravatar huhu. so hr tu balik awal stengah jam ke x? hehe..
queserasera | 12.21.08 - 2:41 pm | #