Saturday, March 28, 2009

Hafiz! Eh?

Aku di cafe. Memesan minuman. Si pembuat air kemudiannya menyerahkan segelas teh o panas kepada aku. Aku menerima dan setelah mengucap terima kasih memusing badan aku ingin menuju ke tempat duduk. Ketika itu, aku terperasan seorang teman sekerja yang jarang-jarang menampakkan mukanya di pejabat. Oh bukan sebab dia malas. Tapi sebab dia berpusat di Kuala Lumpur.

"Hafiz!" Jerit aku spontan sambil mengangkat tangan.

Aku melihat dia teragak-agak namun akhirnya mengangkat tangan dan senyum kepada aku.

Aku meneruskan perjalanan aku ke tempat duduk. "Betul ke nama dia Hafiz?" Bisik hati aku. Betulalh kot, kalau tak apa pula namanya, kata aku.

Aku mengambil tempat berhadapan dengan Pokcik Razib. Selesai makan, borak-borak, sekonyong-konyong Pokcik Razib berkata,

"eh, ada Suhaimi hari ni."

Aku melihat ke arah insan yang di maksudkannya.

"Ha ha ha." Gelak aku.

"Kau ni kenapa?" Tanya Pokcik Razib.

"Tadi aku jerit nama dia Hafiz! Ha ha ha" Gelak aku.

"Ha ha ha. Sah ko gilo!" Kata Pokcik Razib.

Monday, March 23, 2009

Bicara Politik Nasi Lemak

Sempena PPSMI

Bicara Politik Nasi Lemak

nasi lemak berbicara
tentang timun yang sudah selapis
disisip sisinya
tentang santan bergaul air
sedang bilis menajis
di alas duduk daun pisangnya

nasi lemak berkata
sambal mengamal politik pedas
namun isinya sifar
hujah bawangnya sudah dicatu
tukang masak
hatta garam dan cilinya pun

harga diri, kataya, zaman ini
tidak jati. ideologi parti.

jika telur mata RM2.00
jika sotong RM3.00
jika rendang RM3.50

namun aku, nasi lemak
harum pekat santan
menusuk hidung menjajah lidah
manifesto sambal pedas serata masin dan manis
diapit bilis bersih hadasnya
huluran salam timun berlapis
lebih utama nikmat dari diadun
tawar sotong, lebihan bau serai rendang
atau sejuk telur mata yang buta

Saturday, March 21, 2009

Undi

A : Hai dah nak strat mengundi dah ni ek?

B : Ha'ah la, calon-calonnya pun mantap jugak ek?

A : Bolehlah... Kau undi siapa nanti?

B : Hmm... Tak tahu lah. Mungkin Isma atau Airil kot.

A : Hah? Kau, cerita apa ni?!

B : Apsal? Kau cerita apa?

A : Aku cerita pasal Bukit Gantang!

B : Ohhh... aku cerita pasal AF. Hehehehe

A : Chit!!! Otak bubur nasi betullah kau ni!