Monday, March 23, 2009

Bicara Politik Nasi Lemak

Sempena PPSMI

Bicara Politik Nasi Lemak

nasi lemak berbicara
tentang timun yang sudah selapis
disisip sisinya
tentang santan bergaul air
sedang bilis menajis
di alas duduk daun pisangnya

nasi lemak berkata
sambal mengamal politik pedas
namun isinya sifar
hujah bawangnya sudah dicatu
tukang masak
hatta garam dan cilinya pun

harga diri, kataya, zaman ini
tidak jati. ideologi parti.

jika telur mata RM2.00
jika sotong RM3.00
jika rendang RM3.50

namun aku, nasi lemak
harum pekat santan
menusuk hidung menjajah lidah
manifesto sambal pedas serata masin dan manis
diapit bilis bersih hadasnya
huluran salam timun berlapis
lebih utama nikmat dari diadun
tawar sotong, lebihan bau serai rendang
atau sejuk telur mata yang buta

1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

nasik lemak? lapau laa pulak huhu
Masy | Homepage | 03.24.09 - 10:23 am | #

lepas ni, makan nasi lemak will never be the same lagi. heeheeheee....
acciaccatura | Homepage | 03.24.09 - 2:30 pm | #

nasik lemak sekarang ni susah nak carik yang sedap.. huhuhu...
el | 03.24.09 - 10:07 pm | #

Gravatar nasik lemak musim gawat beb.
SHIMI | Homepage | 03.24.09 - 10:17 pm | #

Gravatar Sedap nasi lemak bisa mengaburi mata dan hati. Seorang kawan terbeli nasi lemak berendangkan daging haram itu. Penjualnya sopan dan bertudung labuh lagi. Berhati-hatilah.

Salam.
Bunga Rampai | Homepage | 03.25.09 - 12:24 pm | #

Gravatar err... nasik lemak anak ponti ngan saripah sophia... hohoho...
el | 03.25.09 - 7:06 pm | #