Wednesday, April 22, 2009

Monday, April 20, 2009

Fiesta

"Nak pergi mana?!" sapa mak mentua aku tatkala melihat aku dengan seluar panjang kelabu dan berbaju berkolar T warna coklat.

Aku kaget. "Aaa pesta buku." Jawab aku perlahan.

"Apa?!!"

"Pesta bukuuuu." Tinggi sedikit nadanya.

"Apa?!!!"

Ayoyo.

"Pergi Pesta Buku!!!" Jerit Queen. "Osahlah mak ni." Gelak dia.

Aku? Aku diam je.

"Bila nak beli barang dapur ni?!" Tanya dia lagi.

"Alah... besokla mak!"

Aku dan Queen saling membalas sengihan. Pesta Buku maaa, mana boleh tunda-tunda.

***

Aku sampai di The Mall tepat jam 9:58. Janji dengan Tok Mudin. Pukul 10.

"Mana?" aku sms beliau.

"Aku lagi 2 stesen." Balasnya.

***



Inilah buku-buku yang aku beli. Aku teruja sebenarnya terhadap novel Kota Larangan Qui karya Jong Chiang Lai. Aku pernah baca novel Pemberontakan hasil tulisan beliau sebelum ini, yang pada aku sangat superb. Aku habis membaca Kota Larangan Queen sebelum Asar tadi. Komen? Sedikit mengecewakan. Bagai bukan tulisan beliau, bagai banyak berlakunya pengeditan.

Buku kedua yang akan aku baca nanti adalah buku karya Tuan Guru Nik Aziz, Kemuncup Dalam Perjuangan. Satu tajuk yang sangat menarik, Dari di PWTC lagi setelah membaca tajuk tersebut ia berlegar-legar di dalam kepala aku. Akan lahir sajak dari tajuk tersebut agaknya nanti. Mungkin.

Apa apa pun, aku tetap rasa terkilan kerana masih belum tercapai hajat nak bawa RM1000.00 ke pesta buku. InsyaAllah tahun-tahun akan datang aku cuba merealisasikannya, boleh Tok Mudin? Ha ha.

Anyway, selain itu aku sempat berjumpa dengan Mat Jan di booth PTS, SiNaga di tepi jalan (beliau sedang menuju ke PWTC waktu itu) dan akhir sekali berjumpa dengan Prof Dr. Irwan dan keluarga di dalam The Mall (Waktu itu aku dan Mudin sedang minum-minum sambil berborak dan beliau sekeluarga pula baru datang hendak menjamu selera.)

Akhir kata, pergilah ke Pesta Buku. Syiok woo!!!

Friday, April 10, 2009

Ke-3

Tarikh : 30.3.2009
Masa : 3:40 petang
Tempat : Pusat Perubatan Naluri

10:00 pagi.

"Eh dah 4cm dah ni! Kepala dah kat bawah dah ni." Kata Doktor Zana sewaktu memeriksa kandungan Queen.

"Dah bukak 4cm doktor?" Tanya aku setelah dia kembali duduk di tempatnya.

"Ya. So your wife akan admit. Petang ni dijangka bersalin.

Ayoyoyo. Awal gila. Kalau ikut tarikh sebenar bersalin adalah 17 April. Gara gara penangan aku kot malam tadi...

Selesai urusan kemasukan. Aku balik rumah. Ambil barang keperluan apa yang patut. Sampai hospital semula dalam tengahari.



2:45 Tengahari

Air ketuban di pecahkan. Jururawat pun buat sedikit pemeriksaan.

"Eh kenapa kepala baby kat sisi pulak ni?" Kata beliau. "Nanti saya panggil doktor.

Ayoyoyo baby sudah melintang pulak dah!

Doktor datang, buat pemeriksaan, kompem baby melintang.

Ayoyoyo keputusan dicapai, kena buat caeser.

Ayoyoy.

3:00 Petang

Queen disusung ke bilik pembedahan.

3:40 Petang

Lahirlah beliau kedunia ini, sebagai penentang umno. Dan setelah diazan serta sisipkan kurma dan air zamzam, aku bisikkan ketelinganya,

"Namamu, Muaz Mustaqim."



Syukur Alhamdulillah.