Fiesta
"Nak pergi mana?!" sapa mak mentua aku tatkala melihat aku dengan seluar panjang kelabu dan berbaju berkolar T warna coklat.
Aku kaget. "Aaa pesta buku." Jawab aku perlahan.
"Apa?!!"
"Pesta bukuuuu." Tinggi sedikit nadanya.
"Apa?!!!"
Ayoyo.
"Pergi Pesta Buku!!!" Jerit Queen. "Osahlah mak ni." Gelak dia.
Aku? Aku diam je.
"Bila nak beli barang dapur ni?!" Tanya dia lagi.
"Alah... besokla mak!"
Aku dan Queen saling membalas sengihan. Pesta Buku maaa, mana boleh tunda-tunda.
***
Aku sampai di The Mall tepat jam 9:58. Janji dengan Tok Mudin. Pukul 10.
"Mana?" aku sms beliau.
"Aku lagi 2 stesen." Balasnya.
***
Inilah buku-buku yang aku beli. Aku teruja sebenarnya terhadap novel Kota Larangan Qui karya Jong Chiang Lai. Aku pernah baca novel Pemberontakan hasil tulisan beliau sebelum ini, yang pada aku sangat superb. Aku habis membaca Kota Larangan Queen sebelum Asar tadi. Komen? Sedikit mengecewakan. Bagai bukan tulisan beliau, bagai banyak berlakunya pengeditan.
Buku kedua yang akan aku baca nanti adalah buku karya Tuan Guru Nik Aziz, Kemuncup Dalam Perjuangan. Satu tajuk yang sangat menarik, Dari di PWTC lagi setelah membaca tajuk tersebut ia berlegar-legar di dalam kepala aku. Akan lahir sajak dari tajuk tersebut agaknya nanti. Mungkin.
Apa apa pun, aku tetap rasa terkilan kerana masih belum tercapai hajat nak bawa RM1000.00 ke pesta buku. InsyaAllah tahun-tahun akan datang aku cuba merealisasikannya, boleh Tok Mudin? Ha ha.
Anyway, selain itu aku sempat berjumpa dengan Mat Jan di booth PTS, SiNaga di tepi jalan (beliau sedang menuju ke PWTC waktu itu) dan akhir sekali berjumpa dengan Prof Dr. Irwan dan keluarga di dalam The Mall (Waktu itu aku dan Mudin sedang minum-minum sambil berborak dan beliau sekeluarga pula baru datang hendak menjamu selera.)
Akhir kata, pergilah ke Pesta Buku. Syiok woo!!!
1 Bangsawan Menatang Sembah:
buku ahmadinejad tu aku dah baca. buku asli dari indonesia yang diterjemah. amat menarik tapi mutu terjemahan sedikit mengecewakan. masih banyak kosakata dan nahu bahasa indonesia yang tidak diterjemah dengan sempurna ke bahasa melayu. sedikit sebanyak menyakitkan hati sepanjang sesi pembacaan. hehehhee
takde beli buku untuk queen dan askar2 ke?
izinni | 04.21.09 - 2:39 am | #
Gravatar Kemuncup dalam Perjuangan termasuk dalam buku kena baca aku juga. Nanti dah baca, tulis ya?
mudin001 | Homepage | 04.21.09 - 8:51 am | #
Gravatar huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *nanges ade makne ni huhu*
Masy | Homepage | 04.21.09 - 9:49 am | #
Gravatar Hehehe... impian dua tahun lepas blom tercapai lg. Takpe start lepas neh, buat sistem tabungan berkala. Cukup book fair tahun depan boleh la bawak RM1k. Amacam, releven dak idea aku neh, King?
Aku lagi malang tahun neh sebab tak dapat g pesta buku. Huhuk!
DeeN | Homepage | 04.22.09 - 1:18 pm | #
Gravatar hu hu hu.. nak pergi tak sempat.. bertugas non stop dr 23hb.. cadang 26 (last day nak singgah.. tak dapet gak..)
-suka buku2 puisi lama2.
bluecherry | 04.30.09 - 2:16 am | #
Gravatar Tahun ini ntah kenapa saya tak rajin ke pesta buku ... suruh kawan beli jer.
Bunga Rampai | 04.30.09 - 4:39 pm | #
Post a Comment