Friday, April 10, 2009

Ke-3

Tarikh : 30.3.2009
Masa : 3:40 petang
Tempat : Pusat Perubatan Naluri

10:00 pagi.

"Eh dah 4cm dah ni! Kepala dah kat bawah dah ni." Kata Doktor Zana sewaktu memeriksa kandungan Queen.

"Dah bukak 4cm doktor?" Tanya aku setelah dia kembali duduk di tempatnya.

"Ya. So your wife akan admit. Petang ni dijangka bersalin.

Ayoyoyo. Awal gila. Kalau ikut tarikh sebenar bersalin adalah 17 April. Gara gara penangan aku kot malam tadi...

Selesai urusan kemasukan. Aku balik rumah. Ambil barang keperluan apa yang patut. Sampai hospital semula dalam tengahari.



2:45 Tengahari

Air ketuban di pecahkan. Jururawat pun buat sedikit pemeriksaan.

"Eh kenapa kepala baby kat sisi pulak ni?" Kata beliau. "Nanti saya panggil doktor.

Ayoyoyo baby sudah melintang pulak dah!

Doktor datang, buat pemeriksaan, kompem baby melintang.

Ayoyoyo keputusan dicapai, kena buat caeser.

Ayoyoy.

3:00 Petang

Queen disusung ke bilik pembedahan.

3:40 Petang

Lahirlah beliau kedunia ini, sebagai penentang umno. Dan setelah diazan serta sisipkan kurma dan air zamzam, aku bisikkan ketelinganya,

"Namamu, Muaz Mustaqim."



Syukur Alhamdulillah.







1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

tahniah weh... semuga sehat sejahtera bayi nya... lama betul baru nak nek gambor ye... hohoho...
Anonymous | 04.10.09 - 10:00 pm | #

Tahniah...Muaz Mustaqim sangat comel...
Anonymous | 04.10.09 - 11:59 pm | #

Alhamdulillah!! Tahniah king dan isteri.
Semoga Muaz Mustaqim menjadi anak yang soleh.
Salam saya pada isteri ye king.
acciaccatura | Homepage | 04.11.09 - 2:14 am | #

Gravatar tahniah diatas kurniaan rezeki zuriat dari Allah kepada kamu
SHIMI | Homepage | 04.11.09 - 11:45 am | #

Gravatar tahniah! berderet askar kau!
gitartong | Homepage | 04.11.09 - 2:27 pm | #

Gravatar Alhamdulillah. Tahniah King. Cantik namanya.
BP | Homepage | 04.11.09 - 7:42 pm | #

Gravatar tahniah
achik | 04.12.09 - 1:37 am | #

Gravatar ayoyoy!
ada berita gempaq rupanya!

Alhamdulillah.
Tahniah King dan Queen.

Comel sungguh!

Nama yang tampan

Salam.
Bunga Rampai | 04.13.09 - 12:57 pm | #

Gravatar Lama tak kemari. Dah bertambah ahli keluarga rupanya... tahniah
kemat | Homepage | 04.13.09 - 6:57 pm | #

Gravatar Tahniah jugak,,,, comeinya dia.....
seri | Homepage | 04.13.09 - 7:11 pm | #

Gravatar salam king,
congrats.. congrats.. sudah ada 3 org cahaya mata ye. Semoga mereka semua jadi anak yg soleh/solehah. Nama yg diberi pun sangat sedap. Didoakan anak dan ibunya sihat. :D
anitakema | 04.15.09 - 4:48 am | #

Gravatar tahniah king dgn kelahiran putera di kingdom ini

king buat ape laaaaa sampai kuar awal tu hehehehhe
Masy | Homepage | 04.15.09 - 2:57 pm | #

Gravatar alhamdulillah..
tahniah bro
btw, abg muaz da besar!!
cepatnya masa berlalu. sy rasa tua.. hahahahahaha..
kirim slm kak queen.
anne | Homepage | 04.15.09 - 3:59 pm | #

Gravatar tahniah tahniah tahniah.

bertambah seorang lagi umat Rasulullah. Sila jaga Queen dengan baik ya.

tapi kan ... yang paling tak tahan part:
'Gara gara penangan aku kot malam tadi...'
&
'....sebagai penentang umno."

hehehhehe ... aku aminkan part penentang umno tu. aku ada 5, hang 2.
izinni | 04.19.09 - 2:05 am | #

Gravatar ohhh lupa ... abang kepada muaz adalah sangat kacak ...
izinni | 04.19.09 - 2:05 am | #

Gravatar ohhh sempat lagi snap perut Queen. hahahahha

huh! banyaknya jejak aku ...ehehhee
izinni | 04.19.09 - 2:06 am | #

Gravatar tahniah bro!
hehe
OP | Homepage | 04.20.09 - 2:11 pm | #

Gravatar Tahniah, king.

Alahai dah besar pun abg long..
besar tugas tu nak jadi abg bukan senang..
bluecherry | 04.30.09 - 2:19 am | #

Gravatar salam. tahniah~!! assalamualaikum dan slmt dtg buat putera ke3. semoga menjadi anak yg soleh insyaAllah..(ish3 lama betul x singgah sini, huhu)
queserasera | 05.04.09 - 4:09 pm | #