Saturday, January 26, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 7

Seminggu berlalu dengan penuh sendu. Aku dan Queen menanti hari bila Dr Zana akan menelefon kami. Hari demi hari aku dan Queen perlahan mula menerima hakikat. Dalam tempoh itu aku biarkan sahaja laku Queen apa yang mahu dibuatnya aku izinkan dan aku biarkan. Biarlah, smeoga dengan cari ini hatinya lebih tenteram dan cepat menerima keadaan ini. Alhamdulillah masuk hari ketiga Queen sudah tampak lebih bersedia. Jumaat, Dr. Zana menelefon Queen dan memberitahu supaya datang ke HKL pada awal pagi isnin dan bertemu dengan sahabatnya, Dr Andi.

Isnin itu, aku dan Queen tiba di HKL seawal 7:45 pagi. Kami menuju ke Wad bersalin, mendaftar dan kemudian menunggu giliran. 30 minit kemudian, kami dipanggil ke bilik no 7 dan bertemulah kami dengan Dr Andi. Beliau bertanya itu dan ini dan kami menerangkan segala butiran yang kami tahu. Dr Andi kemudian membawa kami untuk melakukan detail scan sekali lagi. "kita buat detail scan sekali, dengan dr Bhaskaran. Dia ni the best doktor dalam bab ni di Malaysia." kata Dr Andi. Kami hanya mengiyakan sahaja.

Tiba di tempat itu, Queen pun berbaring di atas katil dan Dr Bhaskaran kemudian membelek belek maklumat pada dokumen yang diberikan oleh Dr andi. Dia kemudian mula melakukan detail scan. Aku hanya berdiam diri sepanjang tempoh itu, sekali sekala aku mengurut bahu Queen. 1 jam berlalu aku hanya memerhati laku Dr Bhaskaran melakukan kerjanya dan sekali sekala berceloteh dengan Dr Andi bersama seorang lagi doktor yang tidak aku ketahui namanya. Lampu kemudian dibuka, dr Bhaskaran menghulurkan tisu kepada Queen.

"Ok, i have done the detail scan just now as you can see. What can i say is taht the baby truly have a heart problem but, it is not a major concern." Dr Bhaskaran memulakan penerangannya.

"From what i see, the heart problem is treatable in various way, either operation or taking a medacine. What is more concern is your baby structure. The problem is that your baby doesnt want to grow. Now its weight is around 650 gram only. Ok, we start from the head, as you can see just now, your baby the head its not normal. Its quite large and this is not because of outside matters but because the brain develop in such a way that somehow causing the skull to enlarge. Your baby spine is ok, then caoming to fingers which we can see might have extra fingers, the ribs is ok, then coming to the heart as i already explain then coming to the feet which is ok. Now, all of this, shows that your baby have structural problem. because your placenta is working perfectly the water have no infections all the nutrition are coming to the baby in very normal way but your baby doesnt want to grow. And this structural problem might cause the heart to be affected. This is not because soemthing that you eat or do or feel, this started to happen when the baby start to develop which is very rare cases. I might say this is something to do with genetic because your planceta dan the fluid is in good condition. This may come either from the husband side or from the wife." terang Dr Bhaskaran panjang lebar.

Aku dan Queen sedikit lega bila mengetahui sakit jantung itu boleh diubati.

"So what can we do in this case?" tanya aku.

"Nothing much. If it is true genetic, there is no cure. But what we can do, or what i want to suggest is that you do a chromosome test. This is to determine exactly which part of the chromosome that causing this abnormality. As you all know we have 23 chromosome, and like down syndrome cases the chromosome number 22 are damages and causing it to happen."

"If there is no cure for this, what good will it do to the baby except than knowing the illness?" tanya aku.

"All this infromation is neccesity to know as we will use this information to prepare ourselves during to labor as we know what we dealing and how to deal with it. If you dont do this test, we will assume that your baby is normal and we will deliver it as a normal baby. All this in other words to prepare for any complication. You dont have to decide now. Go back discuss it with your parent and when you ready come back here."

Aku dan Queen hanya berpandangan." How to do the test?" tanya aku lagi.

"Ok we have to ways, one we take the fluids and two we take some of the baby blood. But the is a risk. In both ways teh risk is the same, one your fluids may get infected, two your baby will die before labour and there you will have premature labour. And the chances of these risk is higher when you take the baby blood but the reslut of the test is much more accurate. Further more, with test i can then to know if the baby can survive after the delivery or not. If the baby cant survive i might advice you to do abortion and all this data can be used when you have another pregnancy in future."

Aku dan Queen hanya berdiam diri sahaja mendengar risiko yang baru diterangkan. Dr Bhaskaran kemudian memberi serba sedikit penerangan lagi, kemudian Dr Andi mengiringi kami keluar dan menuju semula ke tempat Dr Andi.

"You two wait here first nanti i panggil you msuk ok?" arah Dr Andi.

Kami berdua mengangguk dan duduk di ruang menunggu. Sambil sambil duduk aku memggenggam erat tangan Queen.

"Bi, kalau doktor suruh gugurkan macam mana?" tanya Queen.

Aku tidak segera menjawab. Ya, macam mana ya?

"Saya rasa, samaada baby akan hidup atau tak selepas bersalin itu urusan tuhan. Kalau ada rezeki kita hiduplah dia. Urusan kita kandungkan dia sampai lahir." jawab aku.

"Emm ibu pun rasa macam tu juga." jawab Queen.

bersambung...

Sunday, January 20, 2008

Asya Rawiah Bahagian 6

"Bi, sabtu ni mak ajak pergi Ipoh ada orang kenduri, sambil sambil tu boleh tido rumah mak abi kat sana." khabar Queen kepada aku. Ah, satu kebetulan pula, aku pun ada niat nak balik sana.

"Emm, boleh kot." jawab aku.

Sabtu itu, kami bergegas ke ipoh. Aku, Queen, Adib, mak dan ayah mentua. Perjalanan tidak sibuk. Oleh kerana ada urusan pagi itu, kami bertolak agak lewat. Tiba di Ipoh sudah petang. Seronok ayahanda dan bonda berjumpa dengan Adib. Yelah, nak jumpa bukan sennag, sekali jumpa tu seronoklah mereka. Kami khabarkan pada mereka cucu yang kedua insyaAllah perempuan. Gembira bonda mendengarnya. Kami khabar kan juga baby kecil saiznya. Bonda kata mungkin sebab perempuan. Ya, mungkin juga.

* * *
4/12/2007
Tiba hari temujanji dengan Doktor Zana untuk buat detail scan. Aku hanya mampu berdoa semoga segalanya lancar, tiada masalah. Namun telahan hati aku meleset bila, Doktor Zana bersama pembantunya asyik membincangkan tentang jantung baby. Aku sudah berdebar debar. Sekali sekala aku menyampuk juga perbincangan mereka kerana ingin tahu.

"You tunggu dulu, biar kita selesai dengan detail scan ini dahulu, then i akan terangkan pada you all berdua ok?" jawab Doktor Zana.

Aku hanya mampu mengangguk lemah. Doktor Zana kemudian menyambung semula tugasnya. aku resah mendengar perbincangan mereka. Aku kalut kerana tidak faham dengan terma terma yang mereka gunakan. Masa berlalu terlalu perlahan aku rasa. Selepas sejam, Doktor Zana mengajak aku dan Queen masuk ke bilik perbincangan.

"Ok, first of all, i nak mintak maaf, pasal baby you ada beberapa masalah. Pertama, jantung dia ada problem. Jantung kita ada 4 chamber, 2 atas dan 2 bawah. Chamber yang bawah tu berlubang di tengah tengah sebab saluran yang masuk ke situ sepatutnya satu tapi baby you saluran dia terpecah 2. Kedua struktur kepala baby you tak normal, ia tak oval. Normal baby sepatutnya berbentuk oval tapi baby you tak. Then ada part dalam otak dia yang tak sepatutnya besar, besar. Dan yang ketiga, hempedu dia besar. But main concern sekarang ialah tentang jantung dia so i nak refer your case to GH." terang Doktor Zana.

Aku hampir tak percaya dengan kata kata beliau. Queen dah nampak riak riak sebak di wajahnya.

"Is may baby suffer from down syndrom?" tanya aku.

"I dont think so, sebab down syndrom selalunya fizikal baby is normal. Walaupun ada kes yang melibatkan jantung tapi selalunya saiz dia tidak kecil." terang Doktor Zana.

"Tadi doktor kata, kepala dia besar then otak dia pun ada part yang tak sepatutnya besar, so maksud doktor macam mana? Adakah baby saya nanti perkembangan minda dia terencat ke slow ke atau macam mana?" soal aku lagi.

"Kita tak boleh nak assume lagi bab itu. Tapi it might be your baby punya developement akan slow."

"Hempedu dia doktor?"

"That can be treat. Kita sekarang nak fokus dengan jantung dia dulu. So i nak refer kes ni ke GH pasal kat sana ada pakar dan its better for the baby."

"Is this because i ada salah makan ke atau anything yang i buat ke doktor?" tanya Queen.

"No no of course not. Bukan sebab you kurang ambil vitamin or asid follik atau kurang makan ke, no. This is coming from the baby itself. Dari mula dia terbentuk ia dah set macam tu. You boleh continue macam biasa, takde pantang dont worry because its not coming from you, this problem occured since the first time baby tu terbentuk. Memang tak dapat elak dan this kind of kes sangat rare dan i'm so sorry it happen to you guys."

Aku dan Queen hanya mampu mengangguk lemah. Kemudian Doktor Zana memberi jaminan dia akan uruskan kemasukan Queen ke GH dalam tempoh seminggu. Selesai perbincangan aku dan Queen menunggu di luar untuk membayar bil.

"Bi, ibu tunggu kat luar ya?" pinta Queen.

Aku membenarkan. Aku tahu dari getar suara Queen aku tahu dia menahan sebak di dada. Dan aku tahu dia akan menangis di luar nanti. Ah, biarlah dia menangis bisk hati aku. Aku tidak berhak menghalangnya. Walau sebagaimana hebat sekalipun aku frust, lebih lagi dari itu pada Queen kerana dia ibu.

kaunter memanggil nama Queen, aku tampil untuk membayar. Selesai urusan membayar, aku bergegas keluar. Aku cari Queen. Aku jumpa dia berlindung di sebalik tiang dan kau menghampiri perlahan. Terlihat bahunya tersneguk senguk. Perlahan aku peluk bahu Queen dan memimpin dia ke kereta.

bersambung...

Monday, January 14, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 5

Ramadhan kami lalui seperti biasa. Alhamdulillah, mengandung kali ini, Queen tak banyak ragam dan peningnya. Senang mengandung kali ini kata Queen. Perkara ini menjadi satu bonus, tambah tambah dah duduk di Sepang agak jauh juga Queen untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Namun rezeki tuhankan, bayangkan kalau Queen kejap kejap pening, kejap kejap pening mahu haru jadinya. Oh ya, khabarnya pula pejabat Queen bekerja akan berpindah ke Cyberjaya, alhamdulillah dekat lagi jadinya.

Aku pula setelah duduk di Sepang, keadaan menjadi lebih mudah. Duit minyak jimat. Balik rumah pun awal. Oleh disebab itu urusan menghantar dan mengambil Adib aku uruskan. Balik kerja 4:30 petang sampai rumah pukul 5 petang dan jalan pun tak jem. Aman.

Masuk pertengahan Ramadhan. Aku terpaksa berhenti kerja. Ini semua gara gara aku kena berpindah ke Subang. Nak tak nak aku terpaksa melanggar kontrak setahun yang telah aku tandatangani. Aku nekad. Kalau berpindah ke Subang naik balik perbelanjaan aku. Alhamdulillah 1/10/2007 aku masuk kerja baru, juga di Sepang, juga di aliran yang sama; Aviation.

Syawal pun datang, kami sambut ia dengan gembira. Raya tahun ini kami beraya di Ipoh, Ayahanda dan Bonda aku baru juga berpindah ke Ipoh. Pertama kali baru merasa balik kampung kalau tak dulu balik Ampang je.

Sudah sampai due untuk check up lagi di Klinik Kita. Queen kena buat Diabetes test lantaran kerana kebimbangan doktor apabila baby tidak membesar. Keputusan ujian adalah negatif. Kami bersyukur. Kebetulan, Adib pula batuk. Tak hilang hilang, lalu kami bawa ke Hospital Naluri tempat bersalinnya Adib kerana di situ ada pakar kanak kanak. Periksa punya periksa, Adib disahkan kena Pneumonia. Kena masuk gas hari itu. Setiap 5 jam kena datang ulang. Alhamdulillah, keesokan harinya sudah nampak perubahan. Doktor pesan suruh datang minggu hadapan untuk pemeriksaan lanjutan.

Seminggu kemudian, kami bawa Adib semula ke Naluri. Alang alang kat situ Queen daftar sekali untuk pemeriksaan kandungan. Waktu ini, kandungan sudah berusia 6 bulan. Sampai giliran Adib berjumpa doktor, setelah pemeriksaan alhamdulillah Adib sembuh sepenuhnya. Setelah itu sampai pula giliran Queen.

"Kenapa baby you kecik ya?" tegur Doktor Zana ketika melakukan scan.

"Kecik sangat ke doktor?" tanya Queen.

"Kecik ni, you dah masuk 6 bulan tapi baby you masih macam 5 bulan." jelas Doktor Zana.

Aku yang mendengar sedikit cuak. Setelah puas memeriksa, Doktor Zana kembali ke tempatnya. Aku yang sememangnya duduk di hadapan dia, menunggu dengan debaran apa yang akan dikatakan nanti. Queen kemudian menjelaskan dia sudah buat Diabetes test, ok takde masalah.

"Kalau macam itu, next checkup datang kita buat detail scan ok? Kita taknak ada apa apa masalah dengan baby so kita check sepenuhnya ok? 4/12/2007 nanti you datang semula ok?" saran Doktor Zana.

Kami hanya mengangguk mempersetujuinya.

Tuesday, January 08, 2008

Asyfa Rawiah Bahagian 4

September 2007. Saat ini umat islam sedang menanti hadirnya bulan Ramadhan. Bagi aku dan Queen, September punya 3 kegembiraan, 1. dapat rumah baru, 2. berpuasa nanti di rumah baru dan 3. kandungan sudah memasuki awal trimester ke 2 (4 bulan).

Bertungkus lumus aku seorang diri membersihkan rumah. Ialah, takkan nak harapkan bantuan Queen yang tengah mengandung itu pula kan? Jadinya kederat aku sahajalah. Tak cukup satu hari, bersambung sambung pula aku lakukannya. Selesai membersih rumah, aku pasang p[ula beberapa barangan yang dibeli dari Ikea. Tak susah nak pasang tapi bila buat sorang sorang sangap juga jadinya. Oh ya, jiran depan rumah aku ni rupanya budak pejabat lama aku. Patutlah macam pernah nampak. Berjiran pula kami akhirnya. Hai dunia dunia, kecik aje rupanya.

Hari ini, aku bawa Queen buat check up. Check up kali ni agar mengujakan kerana dapat tengak baby untuk pertama kali melalui ultrasound. Tak sabar rasanya. Queen lebih lebih lagilah keterujaannya. Biasalah si ibu kan?

Sampai giliran kami pula, doktor melakukan pemeriksaannya dengan ramah. AKu suka doktor doktor kat Klinik Kita ni, baik dan ramah. Masa mengandung Adib dulu pun check up di sini juga. Lepas ni follow up di Naluri danterus bersalin di situ. Aku dan Queen rancang yang kedua ni pun nak buat yang sama. Trimester 1 dan 2 check up di Klinik Kita, trimester ke 3 nanti di Naluri dan terus bersalin di situ.

"Em, baby you tak beberapa aktif ya.." jelas Doktor Hamiza tatkala beliau sedang melakukan scanning ke atas perut Queen.

Aku hanya melihat di kaca tv. Ya, nampak jelas bentuk tubuhnya yang kecil itu hanya bergerak sekali sekala. Berbeza dengan Adib dulu.

"Takpe ke doktor?" tanya Queen.

"Takpe, kecil lagi ni. Baru 4 bulan."jelas doktor.

bersambung...

Saturday, January 05, 2008

Tinggal

Sabtu 5/01/2008 - Lintas langsung dari HKL : Queen telah dimasukkan ke wad bersalin hkl lewat tengahari semalam. Baby kedua kami meninggal dlm kandungan.