Asyfa Rawiah Bahagian 5
Ramadhan kami lalui seperti biasa. Alhamdulillah, mengandung kali ini, Queen tak banyak ragam dan peningnya. Senang mengandung kali ini kata Queen. Perkara ini menjadi satu bonus, tambah tambah dah duduk di Sepang agak jauh juga Queen untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Namun rezeki tuhankan, bayangkan kalau Queen kejap kejap pening, kejap kejap pening mahu haru jadinya. Oh ya, khabarnya pula pejabat Queen bekerja akan berpindah ke Cyberjaya, alhamdulillah dekat lagi jadinya.
Aku pula setelah duduk di Sepang, keadaan menjadi lebih mudah. Duit minyak jimat. Balik rumah pun awal. Oleh disebab itu urusan menghantar dan mengambil Adib aku uruskan. Balik kerja 4:30 petang sampai rumah pukul 5 petang dan jalan pun tak jem. Aman.
Masuk pertengahan Ramadhan. Aku terpaksa berhenti kerja. Ini semua gara gara aku kena berpindah ke Subang. Nak tak nak aku terpaksa melanggar kontrak setahun yang telah aku tandatangani. Aku nekad. Kalau berpindah ke Subang naik balik perbelanjaan aku. Alhamdulillah 1/10/2007 aku masuk kerja baru, juga di Sepang, juga di aliran yang sama; Aviation.
Syawal pun datang, kami sambut ia dengan gembira. Raya tahun ini kami beraya di Ipoh, Ayahanda dan Bonda aku baru juga berpindah ke Ipoh. Pertama kali baru merasa balik kampung kalau tak dulu balik Ampang je.
Sudah sampai due untuk check up lagi di Klinik Kita. Queen kena buat Diabetes test lantaran kerana kebimbangan doktor apabila baby tidak membesar. Keputusan ujian adalah negatif. Kami bersyukur. Kebetulan, Adib pula batuk. Tak hilang hilang, lalu kami bawa ke Hospital Naluri tempat bersalinnya Adib kerana di situ ada pakar kanak kanak. Periksa punya periksa, Adib disahkan kena Pneumonia. Kena masuk gas hari itu. Setiap 5 jam kena datang ulang. Alhamdulillah, keesokan harinya sudah nampak perubahan. Doktor pesan suruh datang minggu hadapan untuk pemeriksaan lanjutan.
Seminggu kemudian, kami bawa Adib semula ke Naluri. Alang alang kat situ Queen daftar sekali untuk pemeriksaan kandungan. Waktu ini, kandungan sudah berusia 6 bulan. Sampai giliran Adib berjumpa doktor, setelah pemeriksaan alhamdulillah Adib sembuh sepenuhnya. Setelah itu sampai pula giliran Queen.
"Kenapa baby you kecik ya?" tegur Doktor Zana ketika melakukan scan.
"Kecik sangat ke doktor?" tanya Queen.
"Kecik ni, you dah masuk 6 bulan tapi baby you masih macam 5 bulan." jelas Doktor Zana.
Aku yang mendengar sedikit cuak. Setelah puas memeriksa, Doktor Zana kembali ke tempatnya. Aku yang sememangnya duduk di hadapan dia, menunggu dengan debaran apa yang akan dikatakan nanti. Queen kemudian menjelaskan dia sudah buat Diabetes test, ok takde masalah.
"Kalau macam itu, next checkup datang kita buat detail scan ok? Kita taknak ada apa apa masalah dengan baby so kita check sepenuhnya ok? 4/12/2007 nanti you datang semula ok?" saran Doktor Zana.
Kami hanya mengangguk mempersetujuinya.
1 Bangsawan Menatang Sembah:
Aku tumpang bersedih atas kehilangan yang engkau alami. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Aku harap engkau bersabar dengan kehilangan itu. Mudah-mudahan di tahun-tahun mendatang, kalian berdua akan dikurniakan dengan lebih ramai zuriat dan cahayamata yang bakal mengisi rumahmu dengan segala macam kegembiraan dan tawa ceria.
Indera | Homepage | 01.08.08 - 9:38 am | #
Gravatar king, mana gamba rumah baru.. nak tgk gak hiasan dalam, he he.. ikea nyer design kan modern type.. sure seronok ada rumah yang selesa.
bluecherry | Homepage | 01.08.08 - 11:44 am | #
Gravatar takziah king. telambat aku kali ni.
fiq | Homepage | 01.08.08 - 9:35 pm | #
Gravatar harap king & wife tabah menghadapi ujian nie.
ijah | Homepage | 01.09.08 - 9:24 am | #
Gravatar Salam Maal Hijrah.
Rumah kau yang belah mana ek king. Selalu juga aku lalu kawasan rumah kau tu.
blackpurple | Homepage | 01.09.08 - 4:46 pm | #
Gravatar Salam Maal Hijrah 1429.
Semoga dalam rahmat dan hidayahNya sepanjang tahun ini, dan tahun-tahun mendatang.
Bunga Rampai | Homepage | 01.10.08 - 9:12 am | #
Gravatar bersabarlah...setiap kejadian ada hikmahnye. boleh cuba lagi..
salam maal hijrah utk king n family.
halogamora | Homepage | 01.11.08 - 1:18 pm | #
Gravatar terima kasih semua
kingbinjai | 01.14.08 - 2:27 am | #
Post a Comment