Asyfa Rawiah Bahagian 4
September 2007. Saat ini umat islam sedang menanti hadirnya bulan Ramadhan. Bagi aku dan Queen, September punya 3 kegembiraan, 1. dapat rumah baru, 2. berpuasa nanti di rumah baru dan 3. kandungan sudah memasuki awal trimester ke 2 (4 bulan).
Bertungkus lumus aku seorang diri membersihkan rumah. Ialah, takkan nak harapkan bantuan Queen yang tengah mengandung itu pula kan? Jadinya kederat aku sahajalah. Tak cukup satu hari, bersambung sambung pula aku lakukannya. Selesai membersih rumah, aku pasang p[ula beberapa barangan yang dibeli dari Ikea. Tak susah nak pasang tapi bila buat sorang sorang sangap juga jadinya. Oh ya, jiran depan rumah aku ni rupanya budak pejabat lama aku. Patutlah macam pernah nampak. Berjiran pula kami akhirnya. Hai dunia dunia, kecik aje rupanya.
Hari ini, aku bawa Queen buat check up. Check up kali ni agar mengujakan kerana dapat tengak baby untuk pertama kali melalui ultrasound. Tak sabar rasanya. Queen lebih lebih lagilah keterujaannya. Biasalah si ibu kan?
Sampai giliran kami pula, doktor melakukan pemeriksaannya dengan ramah. AKu suka doktor doktor kat Klinik Kita ni, baik dan ramah. Masa mengandung Adib dulu pun check up di sini juga. Lepas ni follow up di Naluri danterus bersalin di situ. Aku dan Queen rancang yang kedua ni pun nak buat yang sama. Trimester 1 dan 2 check up di Klinik Kita, trimester ke 3 nanti di Naluri dan terus bersalin di situ.
"Em, baby you tak beberapa aktif ya.." jelas Doktor Hamiza tatkala beliau sedang melakukan scanning ke atas perut Queen.
Aku hanya melihat di kaca tv. Ya, nampak jelas bentuk tubuhnya yang kecil itu hanya bergerak sekali sekala. Berbeza dengan Adib dulu.
"Takpe ke doktor?" tanya Queen.
"Takpe, kecil lagi ni. Baru 4 bulan."jelas doktor.
bersambung...
1 Bangsawan Menatang Sembah:
Gravatar king,
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga kau dan isteri redha. Allah tak kejam pada hambaNya. ada ganjaran untuk kau berdua nanti. InsyaAllah.
Khairyn | Homepage | 01.14.08 - 5:30 am | #
Gravatar salam king,
saya lahirkan arwah afifah di klinik taqwa yang terletak berhampiran stesen LRT setiawangsa. dan doktor zana adalah doktor yang menyambut arwah afifah. selepas itu beliau ada cerita pada saya tentang klinik barunya bernama naluri.
acciaccatura | 01.14.08 - 9:43 am | #
Gravatar Sya juga bersetuju dengn komen dua orang di ts. banyak bersabar.
hakim dirani | Homepage | 01.15.08 - 4:53 pm | #
Gravatar Hmm.. aku tak tau nak kata apa. Tp aku pasti, hang dengan Queen redha dgn ketentuanNYA. Insya Allah ada rahmat di sebaliknya. :|
DeeN | Homepage | 01.18.08 - 12:23 pm | #
Gravatar x pa la king...ada hikmah nye tu.. cuba lg.
halogamora | 01.18.08 - 3:37 pm | #
Gravatar engkau dah tak mencatat disini ke?
lama dah entry ni..
gitartong | 01.19.08 - 3:40 pm | #
Post a Comment