Asya Rawiah Bahagian 6
"Bi, sabtu ni mak ajak pergi Ipoh ada orang kenduri, sambil sambil tu boleh tido rumah mak abi kat sana." khabar Queen kepada aku. Ah, satu kebetulan pula, aku pun ada niat nak balik sana.
"Emm, boleh kot." jawab aku.
Sabtu itu, kami bergegas ke ipoh. Aku, Queen, Adib, mak dan ayah mentua. Perjalanan tidak sibuk. Oleh kerana ada urusan pagi itu, kami bertolak agak lewat. Tiba di Ipoh sudah petang. Seronok ayahanda dan bonda berjumpa dengan Adib. Yelah, nak jumpa bukan sennag, sekali jumpa tu seronoklah mereka. Kami khabarkan pada mereka cucu yang kedua insyaAllah perempuan. Gembira bonda mendengarnya. Kami khabar kan juga baby kecil saiznya. Bonda kata mungkin sebab perempuan. Ya, mungkin juga.
* * *
4/12/2007
Tiba hari temujanji dengan Doktor Zana untuk buat detail scan. Aku hanya mampu berdoa semoga segalanya lancar, tiada masalah. Namun telahan hati aku meleset bila, Doktor Zana bersama pembantunya asyik membincangkan tentang jantung baby. Aku sudah berdebar debar. Sekali sekala aku menyampuk juga perbincangan mereka kerana ingin tahu.
"You tunggu dulu, biar kita selesai dengan detail scan ini dahulu, then i akan terangkan pada you all berdua ok?" jawab Doktor Zana.
Aku hanya mampu mengangguk lemah. Doktor Zana kemudian menyambung semula tugasnya. aku resah mendengar perbincangan mereka. Aku kalut kerana tidak faham dengan terma terma yang mereka gunakan. Masa berlalu terlalu perlahan aku rasa. Selepas sejam, Doktor Zana mengajak aku dan Queen masuk ke bilik perbincangan.
"Ok, first of all, i nak mintak maaf, pasal baby you ada beberapa masalah. Pertama, jantung dia ada problem. Jantung kita ada 4 chamber, 2 atas dan 2 bawah. Chamber yang bawah tu berlubang di tengah tengah sebab saluran yang masuk ke situ sepatutnya satu tapi baby you saluran dia terpecah 2. Kedua struktur kepala baby you tak normal, ia tak oval. Normal baby sepatutnya berbentuk oval tapi baby you tak. Then ada part dalam otak dia yang tak sepatutnya besar, besar. Dan yang ketiga, hempedu dia besar. But main concern sekarang ialah tentang jantung dia so i nak refer your case to GH." terang Doktor Zana.
Aku hampir tak percaya dengan kata kata beliau. Queen dah nampak riak riak sebak di wajahnya.
"Is may baby suffer from down syndrom?" tanya aku.
"I dont think so, sebab down syndrom selalunya fizikal baby is normal. Walaupun ada kes yang melibatkan jantung tapi selalunya saiz dia tidak kecil." terang Doktor Zana.
"Tadi doktor kata, kepala dia besar then otak dia pun ada part yang tak sepatutnya besar, so maksud doktor macam mana? Adakah baby saya nanti perkembangan minda dia terencat ke slow ke atau macam mana?" soal aku lagi.
"Kita tak boleh nak assume lagi bab itu. Tapi it might be your baby punya developement akan slow."
"Hempedu dia doktor?"
"That can be treat. Kita sekarang nak fokus dengan jantung dia dulu. So i nak refer kes ni ke GH pasal kat sana ada pakar dan its better for the baby."
"Is this because i ada salah makan ke atau anything yang i buat ke doktor?" tanya Queen.
"No no of course not. Bukan sebab you kurang ambil vitamin or asid follik atau kurang makan ke, no. This is coming from the baby itself. Dari mula dia terbentuk ia dah set macam tu. You boleh continue macam biasa, takde pantang dont worry because its not coming from you, this problem occured since the first time baby tu terbentuk. Memang tak dapat elak dan this kind of kes sangat rare dan i'm so sorry it happen to you guys."
Aku dan Queen hanya mampu mengangguk lemah. Kemudian Doktor Zana memberi jaminan dia akan uruskan kemasukan Queen ke GH dalam tempoh seminggu. Selesai perbincangan aku dan Queen menunggu di luar untuk membayar bil.
"Bi, ibu tunggu kat luar ya?" pinta Queen.
Aku membenarkan. Aku tahu dari getar suara Queen aku tahu dia menahan sebak di dada. Dan aku tahu dia akan menangis di luar nanti. Ah, biarlah dia menangis bisk hati aku. Aku tidak berhak menghalangnya. Walau sebagaimana hebat sekalipun aku frust, lebih lagi dari itu pada Queen kerana dia ibu.
kaunter memanggil nama Queen, aku tampil untuk membayar. Selesai urusan membayar, aku bergegas keluar. Aku cari Queen. Aku jumpa dia berlindung di sebalik tiang dan kau menghampiri perlahan. Terlihat bahunya tersneguk senguk. Perlahan aku peluk bahu Queen dan memimpin dia ke kereta.
bersambung...
1 Bangsawan Menatang Sembah:
Insya'Allah lepas ni, mungkin ko dapat bayi yang sihat dan comel dude...
el | 01.20.08 - 3:29 am | #
insyaAllah. terima kasih
kingbinjai | 01.20.08 - 4:17 am | #
Ada sebab Allah buat begitu. Allah akan menguji hambanya sekadar kemampuan sahaja.
Hakim Dirani | Homepage | 01.20.08 - 8:44 pm | #
Gravatar x mampu aku nak cakap apa2 king...
fiq | Homepage | 01.20.08 - 11:41 pm | #
Gravatar sebak saya baca....semoga king & queen tabah menghadapi ujian Allah.
ijah | Homepage | 01.21.08 - 8:33 am | #
Gravatar KiNG, QueeN..
Sabar, sabar, sabar.
Cakap memang senang. Tp aku doakan kome akan dapat zuriat lagi yg macam Pa'CHiK kata tuh. Insya Allah!
DeeN | Homepage | 01.21.08 - 3:28 pm | #
Gravatar Dalam keterpaksaan harus redha
Dalam kepahitan harus menerima
Rahsia Allah takkan terjangkau dek akal kita untuk difahami
Namun alam tidak akan selalunya dibungkus malam
Sampai waktu, fajar bakalan menyinsing
Kesabaran akan memenangi segala-galanya..
Indera | Homepage | 01.22.08 - 11:22 am | #
Gravatar Dugaan King. Ada hikmahnya.
Mungkin kau boleh bukukan cerita kau ni.
Bpurp | Homepage | 01.23.08 - 8:02 pm | #
Gravatar Dengan doa dari ibu bapa sendiri, insyaAllah akan dipermudahkan segala ujian. Pokok pangkalnya, ada usaha lebih dan doa berterusan.
azzam supardi | Homepage | 01.24.08 - 2:30 pm | #
Gravatar king, saba yer..
I know you two feels.
My elder son pun ada problem juga.
Ibu mana tak bergenang airmata
Ayah mana yang tak risau..
bluecherry | Homepage | 01.25.08 - 2:22 pm | #
Gravatar sebak... boleh cuba lagi lain kali kan. sabar lah.
halogamora | Homepage | 01.25.08 - 3:07 pm | #
Gravatar dapat rasa kekecewaan kamu dan queen. sabar. itu saja yang mampu dikatakan. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. btw, sedap nama arwah.
izinni | 01.26.08 - 10:27 pm | #
Post a Comment