Asyfa Rawiah Bahagian 10
1.1.2008
Tahun baru masuk lagi. Aku mengadakan sedikit makan makan. Ganti rumah terbuka yang tidak aku buat ketika raya 2007. Aku hanya menjemput 4 sahabat karib ku yang masing masing telah berkeluarga. Keadaan sememangnya meriah. Masing bercerita tentang perihal kehidupan masing masing. Alhamdulillah dengan kehadiran ayah dan mak mentua sedikit sebanyak membantu urusan kami di dapur dan Queen tidaklah penat sangat.
2.1.2008
Hari ini hari pertama di tahun baru kita semua bekerja. Tiada hal yang penting berlaku, rutin kerja masih sama. Petang habis kerja aku mengambil Adib dari Nursery. Dekat dekat maghrib baru Queen tiba di rumah. Makan malam pun seperti biasa, cuma aku tiba tiba rasa tidak beberapa sihat. Selesai solat isyak aku dah lembik. Demam. Aku beritahu Queen aku tak larat. Pintu rumah semua aku dah kunci dan aku nak tido. Queen hanya mengangguk faham.
Pukul 1 pagi aku dikejutkan dengan suara tangis Queen. Aku bangun dari lena dan tanya kenapa? "baby tak gerak. Dari petang tadi tak bergerak" beritahu dia dalam tangis.
Aku yang sememangnya tengah demam itu tidak dapat meluahkan sebarang kata kata untuk meredakan tangisan Queen. Puas aku memerah otak namun otak aku seolah olah telah tersangkut segala gearnya.
"Ibu takut bi, macam mana ni? Takut jadi apa apa kat Asyfa." rintih Queen.
"Siaplah, kita pergi klinik."
Pukul 1.40 pagi kami keluar rumah menuju ke klinik. Adib menyambung lenanya di dalam kereta. 1 jam kami ronda bandar Salak ke Nilai, namun banyak yang tutup. kalau ada pun tak dapat nak scan kandungan. Akhirnya aku putuskan ke Hospital Putrajaya sahaja.
Sampai di sana lebih kurang 3 pagi. Selesai urusan pendaftaran, aku keluar dari hospital, tak tahan sejuk. Aku bawa Adib sekali yang telah terjaga. Aku sms Queen, kalau doktor panggil beritahu, aku nak masuk sekali. Namun malangnya, Queen telah pun masuk berjumpa doktor.
Seketika kemudian Queen keluar, dan kami pun balik ke rumah. Dalam kereta aku tanya, "apa doktor cakap?"
"Doktor kata heartbeat baby ok, tapi movement slow." jawab Queen.
"scan tak?"
"A'ah scan. Doktor kata tengok sehari dua ni, kalau tak improvement dia suruh ke HKL terus."
Dan aku hanya terdiam kemudiannya. Aku lihat Queen melelapkan matanya sambil memegang kandungannya dan Adib menyambung lenanya semula.
bersambung...
1 Bangsawan Menatang Sembah:
parut bekas bedah ketika melahirkan arwah afifah masih ada, tapi orangnya dah tak ada.
acciaccatura | 02.13.08 - 3:19 pm | #
Gravatar .........
:|
DeeN | Homepage | 02.15.08 - 2:01 pm | #
Gravatar E-novel dari kisah benar yang syahdu....
jowopinter | Homepage | 02.17.08 - 6:26 pm | #
Gravatar Rasa ada batu tersangkut di kerongkong aku sewaktu membaca pengalaman engkau. Dalam pahit masih setia menunggu sambungan...
indera | Homepage | 02.21.08 - 10:09 am | #
Gravatar dah lama tak baca blog king. semoga asyfa tenang di sana.
tulip | Homepage | 02.21.08 - 2:39 pm | #
Gravatar salam bro. lama xjengok. harap ko ok.
fiq | Homepage | 02.24.08 - 9:38 pm | #
Gravatar Damailah di sana
di sisi pencipta mu
bidadari kecil
Syurga Allah...
Amin...
angah | Homepage | 02.25.08 - 6:22 pm | #
Gravatar salam. tahniah untuk masuk barisan. baru kubaca. kubeli di silverfish. perlancaran malaysian essay. isinya bagus. begitu njuga kau. tahniah.
amerzaman | Homepage | 02.25.08 - 8:30 pm | #
Gravatar Salam King,
Saya terus membaca.
Moga dalam tabah dan sabar.
BungaRampai | Homepage | 02.28.08 - 10:38 am | #
Post a Comment