Tuesday, May 13, 2008

Isen

Aku tak perlu minta maaf, bila Tok Mudin dan Rudy tanya mana aku menghilang. Well, seperti yang korang sedia maklum, aku tentulah bukan pergi bertapa. Sebabnya mudah, aku tiada sambungan internet di rumah. CC? Ada satu kat sini. Tak beberapa best. Yang utamanya, bila dah sampai rumah aku malas nak keluar. Maka jadilah begini blog aku. Nantilah aku kaya nanti aku pasang internet di rumah. Sabar ya.

Jalan Pasar
"Jalan Pasar adalah syurga dunia bagi lelaki." Kata Zul pada suatu pagi. Heh. KAu hanya tersengih. Mungkin betul kata dia tetapi itu hanya untuk lelaki seperti dia dan aku. Lelaki teknikal. Kalau dia seorang lelaki perempuan atau judi atau arak maka Jalan Pasar bukanlah syurga untuk mereka.

Pagi itu aku ke Jalan Pasar. Seorang diri. Zul tak dapat hadir pada saat akhir. No problem, aku jalan sengsorang. Selesai menikmati suasana di Jalan Pasar, aku pun bergegas pulang. aku ada temujanji pula dnegan En. Fadhli di CM Annexe. Ketika sedang berurusan membeli tiket di stesen Pudu, ada satu mamat berbangsa cina bertanyakan arah ke KL Snetral. Dan jawapan yang dia dapat dari akak kaunter tu amat kasar dan mngecewakan. Kesian. Setelah memasukkan tiket ke dalam mesin tiket, aku bergegas naik ke atas tempat menunggu tren. Aku nampak mamat cina tadi. Lalu aku pun tergerak untuk menghulurkan bantuan. Yelah, aku nak ke Pasar Seni dia nak ke KL Snetral one way je tu. tapi aku jadi bengkek bila mamat cina tu buat tak endah je bila aku menghulurkan bantuan.

Ek eleh!. Well, prinsip aku sennag. You dont care, i dontcare. Tren pun samapi. Aku masuk dalam tren aku nampak mamat cina tu cuba melarikan diri dari aku. Apa? ingat aku nak pau dia ke? Poodah! Sampai di Masjid Jamek, aku turun dan dia pun turun. aku nmapak dia terpinga-pinga tak tahu mana nak pergi. Aku jalan depan dia buat tak tahu. Alih alih aku kelring tengok dia follow aku dari belakang. Poodah!

Moralnya, kalau ada orang cuba hulur bantuan dengan muka seinesen aku ni, janganlah salah anggap. Kalau tak berminat tolak secara elok. Bukan susah pun. Last last tren yang kau naiki di Masjid Jamek untuk ke stesen Pasar Seni juga dinaiki oleh mamat cina tu. AKu hanya tersengih sini. Well, you dont care, i dont care!

Memakai Masa

Sudah terlanjr kita
memakai masa
hingga lusuh pula
kita masih terlupa

sudah terlalu tinggi
menyusun masa
hingga runtuh
dan terbengkalai pun
kita terlupa

masih
mengharap tuhan
membekalkan lagi
masa

1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

Bro, orang yang menulis blog adalah orang-orang muda. Atau sekurang-kurangnya berjiwa muda. Chedet dan seumpamanya yang mula memblog itu memblog kerana mereka mahu jadi muda. Jadi tulislah blog selalu kalau tak mahu cepat tua. Haha!
mudin001 | Homepage | 05.13.08 - 4:25 pm | #

Gravatar ha ha ha poodah! hahaha
kingbinjai | 05.13.08 - 4:58 pm | #

Gravatar HaHa, bergeliga jugak otak Tok Mudin neh!

Aku sokong ko, King. Kalo sombong nak terima bantuan, pi kawan dengan tebuan! HaHaHaHa!!
DeeN | Homepage | 05.14.08 - 12:46 am | #

Gravatar Jln Pasar tu juga syurga bagi pelajar2 teknikal yg nak cari kit projek.. :D
achik | 05.14.08 - 4:42 pm | #

Gravatar jalan pasar best bagi aku yang suka tengok barang2 teknikal hehehe

prinsip aku pun sama ngan kau. aku tolong orang yang mahu ditolong hehehe
Khair | Homepage | 05.15.08 - 4:26 am | #

Gravatar huhu.. kerek pulak ye mamat tu. sekeh je lenkali, hehe.
queserasera | 05.16.08 - 10:11 am | #

Gravatar Lama ko hapdet King....
Ramai kengkawan kita yang dah susah nak hapdate blog termasuk la aku...
Indera | Homepage | 05.16.08 - 10:56 am | #

Gravatar Aik, king temper laa? he he..
bluecherry | 05.16.08 - 11:15 am | #

Gravatar Yes, if you care, I lagi more caring!

Salam
Rampai | 05.17.08 - 1:27 pm | #