Saturday, May 17, 2008

Lalai

Aku amat prihatin dengan apa yang aku makan. Aku tidak makan makanan pedas. Tidak yang berminyak. Tidak yang tak bermasak. Malah jika aku menggoreng nasi juga tidak aku bubuh garam. Air gas? Junk food? Fast food? Itu semua sudah sejarah.

"Sedap!" Kata Queen tika dia mencuba nasi goreng buatan tangan seni aku ini.

Siapa sangka? Aku kene gastrik...

Berguling-guling. Terasa macam aku ini adalah pantai yang dihempas ombak yang mnegganas. Perut aku bagai dipulas-pulas. Aku ke klinik. Gagah juga aku menunggang motor C70. Sampai di klinik cerita lebih kurang. Dapat ubat dan suntikan di punggung. Makan. Ok. Sihat balik.

La la la itu cerita 2 minggu lepas. La la la. Hari Isnin baru ni, aku kene balik. Tengahari dari pejabat aku pergi klinik. Dia tak bagi ubat kapur tu. Aku mintak dia kata tak perlu. Okai. Jawabnya, sampai petang tak kebah. Balik dari kerja aku ke Klinik Nazam. Klinik Panel yang paling senang dapat MC. Masuk, jumpa doktor cerita lebih kurang. Dia bagi ubat kapur.

"Nak MC ke esok?" Ha! kan aku cakap doktor ni memang senang bagi MC. Kau tak perlu mintak, dia yang offer.

"Tak payahlah doktor, esok kalau sakit saya datang balik." Jawab aku dengan penuh berhemah.

"Takpelah saya bagi you satu hari MC esok, so esok tak payah datang sini ok?" Ha! kan aku cakap doktor ni memang senang bagi MC. Kau tak perlu mintak, dia yang offer.

"Sukahati doktor la!"

Pukul 8 malam aku makan ubat kapur tu. Tak kebah juga. Makin sakit. Pukul 11 malam aku tak tahan dah. Aku call kawan aku, Azim. Minta dia bagi ke Hospital Putrajaya. Pukul 11:00 malam dia datang bawak aku ke Hospital Putrajaya. Pukul 11:30 malam sampai, mak aii! Orang, punya ramai. Aku daftar, cerita lebih kurang dia bagi ubat kapur juga suruh minum. Tapi yang ni lain sikit rasanya, terlalu payau. 30 minit lepas tu ok. Dah tak beberapa sakit. Dari 11:30 tu pukul 1:30 pagi baru dapat jumpa doktor. LAmbat betul servis hospital kerajaan. Merangkak-rangkak. Dalam waktu aku menunggu tu berapa ramai yang dah cabut dah.

"pakcik ni, dari kul 9 tadi ha" Jawab pakcik tu bila aku tanya dia kul berapa dia sampai.

Alkisahnya, dipendekkan. Aku dipanggil masuk. Cerita lebih kurang.

"Ok, confirm you kene gastrik. So i jab you lah ya? Cepat sikit." Doktor.

"Ok. Confirm ya doktor gastrik? Bukan usus luka ke, ulcer ke?" tanya aku lagi.

"Ya, confirm gastrik. Kalau usus you luka atau ulcer, perut you akan besar dan you tak boleh berak. You berak ok kan?"

"A'ah ok."

"Ha, so tonite i jab you, pastu you take medicine, kalau jadi balik datang semula kita masik wad ok?"

Aku hanya mengangguk lemah. seketika datang pula nurse lelaki membawa tray kecil. Kemudia dia mengeluarkan jarum. Aku berpaling ke arah lain dan pejamkan mata. Kemudian terasa di tepi bahu aku sejuk disapu dengan antiseptik. Kemudian terasa ngilu dicucuk. Berkerut-kerut juga muka aku. Nasib baik sekejap. Aku tarik nafas lega. Buka mata dan memandang ke arah nurse lelaki itu. Seketika dia mengeluarkan satu lagi jarum.

"Oi oi kau buat apa ni?" jerit hati aku.

"Eh bang, kene inject lagi ke?" tanya aku cuak.

"A'ah, ada 2 suntikan."

Caisssssssssss!!!

***
Moral : Jangan lalai!



P/s : Aku ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Azim kerana sanggup datang malam-malam buta menghantar aku ke hospital. Juga pada Queen yang menjaga aku dengan baik masa aku kene gastrik dan bersengkang mata dengan aku ketika menunggu giliran di Hospital Putrajaya.

2 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

Salam King,

Jaga kesihatan King.
Sepupu saya sorang tu, mula sakit simtomnya macam King. Lama lepas tu, uji punya uji, dinding perut luka rupanya. Duduk hospital seminggu sebab doktor nak jaga makan minum dan bagi ubat. Lepas keluar hospital, makan ubat ntah apa selama dua bulan. Sekarang okay, tapi kena jaga makan minum - tak boleh terlebih tak boleh kurang.

Eh, membebel pulak saya ni. Bukan nak menakutkan King. Jaga kesihatan ya!
Bunga Rampai | 05.17.08 - 1:34 pm | #

pesal tak cucuk kat punggung? hehehe....
el | 05.17.08 - 4:21 pm | #

Alhamdulillah setakat ni tiap kali ke hospital serdang tak pernah pula berjam2 tunggu.

moral of the story pada saya .. makan je apa pun, tak yah pantang2 .. asalkan tak berlebihan. hehehhehe
izinni | Homepage | 05.17.08 - 5:15 pm | #

Gravatar Oh... aku faham perasaan kau. Perut aku pun jenis yang sensitif, terutamanya terhadap yang pedas-pedas.


mudin001 | Homepage | 05.17.08 - 8:53 pm | #

Gravatar king,
kalau betul kena gastrik, kena betul2 jaga makan minum. InsyaAllah, didoakan semuga cepat sembuh yer...
anitakema | 05.17.08 - 9:28 pm | #

Gravatar tak sanggup aku kena sampai dua cucuk. satu cucuk pun boleh buat tambah demam hehe
OP | Homepage | 05.18.08 - 11:16 am | #

Gravatar salam king. lama xmenyinggah. perot aku pon agak sensitif. lebih2 di pagi hari. hehehheh
fiq | Homepage | 05.18.08 - 1:30 pm | #

Gravatar bunga rampai : insyaallah

el : yang kat klinik aku kene jab kat punggung

izinni : oh ya? lepas ni saya ke hospital serdang la

mudin : ya, kadang kadang aku tak paham kenapa mahu masak terlalu pedas?

anita : tq

op : itula!

fiq : o? hehehehe
kingbinjai | 05.18.08 - 4:41 pm | #

Gravatar tudia, byk kali nye kena injek. huhu. sy penah kena ulser perut dulu, luka kecil di dinding usus, sakitnya, ya ampuunn.. nk batuk pun susah, mcm nk terputus usus tu rasanya huhu.. tp xde la pulak perut kembung dan tak boleh berak mcm doktor king ckp tu, huhu. ataupun, doktor sy yang tersilap diagnos? hehehe. tp alhamdu lillah, dah baik pun, sebulan lebih jugak under medication (byknye dadah masuk dlm badan, isk, najis! huhu) sebijik ubat dia tu rm1.50, mahal dowh.. doblas tahun yang lalu~!! heehhe..
queserasera | 05.23.08 - 9:44 am | #

Gravatar Huhuhu sakit kan biler kena cucuk... tuh belum part amik darah lagi
Tiara | Homepage | 05.23.08 - 6:18 pm | #

Poker Software said...

It not a joke!