Saturday, May 24, 2008

Lantang

"Pihak pembangkang hanya sediakan kuaci dan kopi." kata sahabat aku pada suatu hari apabila kami rancak bercerita tentang isu politik negara. Isu umno amnya. Aku tidak tahu samaada kata kata itu telus dari fikirannya atau dipetik dari mana mana kenyataan. Tapi itu satu hakikat. Terlalu banyak drama yang berlaku sekarang.

Mahathir.
Tiba tiba kita disuntik oleh jarum realiti apabila seorang tua ini mengumumkan dirinya mahu keluar dari umno. Aku hanya tergelak besar apabila melihat berita ini di tv3. Pelbagai persoalaan mula menerawang ruang udara Malaya. Sememang orang tua yang seorang ini sangat pandai dan sinis. Tapi kadang kadang ternampak juga riak riak tak betulnya itu.

"Apa pendapat korang tentang tindakan Mahathir menarik diri dari umno?" tanya aku kepada rakan rakan aku. Rata rata mengatakan beliau tiada ide. Betulkah? Sebagai seorang mantan perdana menteri yang memerintah Malaya selama 22 tahun, begitu mudahkah beliau memperjudikan maruahnya sehingga begitu rupa? Tua tua dia, tua penuh dengan visi dan fantasi. Kadang hingga memaksa kita turut serta menjamah ketidak enakkan perkara itu.

Sedari mula kita tahu Mahathir dan Pak Lah tidak sebulu. Katalah sehingga berjuih mulut sekali pun betapa teguh ikatan tetapi hakikat itu tetap terserlah. Kerana sifat hakikat itu akan tetap ternampak sinarnya walau ditengah terang matari. Dan hakikat itu jugalah menunjukkan ketidak akraban hubungan mereka berdua. Kita juga tahu bahawa Mahathir menaruh dendam kepada Pak Lah ekoran dari isu tambak baru di Johor dulu. Dan kerana itu maka jadilah ia akhirnya satu vendeta.

Maka persoalan baru pun wujud, adakah pengunduran Mahathir bermotifkan peribadi atau umum? adakah pengunduran tersebut kerana :

1. isu peribadi, tentang vendeta beliau ekoran dari isu tambak baru di Johor yang dihentika pembinaannya?

2. ketidakcekapan Pak Lah menangani segilintir isu terutama ekonomi yang telah ditinggalkan Mahathir?

3. kerana hilangnya pengaruh beliau, ia telah disisihkan dan tidak mendapat layanan yang baik di dalam parti seperti yang beliau nyatakan di dalam berita.?

4. kerana beliau tiba tiba merasa sayang kepada rakyat.?

5. kerana mahu mengulang perbuatannya kepada Tunku?

Sama samalah kita saksikan.

Pak Lah
Aku kadang kadang terfikir bagaimana perdana menteri yang seorang ini tidur di waktu malam. Lenakah, penuh mimpi ngeri kah atau diiringi igau? Apa pun, tekanan demi tekanan yang beliau alami bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Berikutan isu pengunduran Mahathir, ia bukan satu ancaman yang boleh dipandang ringan. Masakan tidak, harga saham jatuh sejak pengumuman itu. Apa pun, kalau aku jadi Pak Lah, aku ISA kan aje Mahathir tu, apa susah? Umum tahu umno sememang berpaksi kepada pemerintahan secara paksaan so, gunakanlah kuasa yang ada itu ye tak?

Umno
Kalau ada anugerah untuk parti politik yang hebat berdrama, sudah tentu dimenangi dengan mudah oleh umno. Sekarang kita tak perlu tertanya tanya tentang pergolakan yang dialamai oleh parti ini. Mereka sendiri mendedahkannya walaupun terpaksa bermuka muka di dalam berita. Namun kamu fikirkanlah, sekarang ini, mereka semua membuat kenyataan "... untuk kepentingan parti umno" apa apa pun penjelasan ayat inilah yang sering digunakan. So, kepentingan rakyat letak dimana ya?

Pas
Yang ni lagi satu, walaupun aku sokong parti ini namun tidak semua tindakan mereka aku setujui. Baru baru ni nak jemput Mahathir ke dalam Pas kenapa? Apa sangat kepentingannya? Walaupun tidak dinafikan Mahathir segak orangnya namun itu bukan alasan terbaik untuk menjemput beliau. kerana serigala tetap serigala, ia tidak mungkin dapat menjadi ayam, dan Mahathir tetap Mahathir, dia tidak akan duduk diam.

Batu Putih.
Apa nak buat? Sudah jatuh ke tangan Singapura, nampaknya makin luaslah ruang udara negara tersebut. Dan makin luas juga jaliran perdagangan mereka. Kita? Mata putih. Betullah pertanyan para juri tersebut kenapa tidak tuntut Batu Putih 30 tahun dulu? Kenapa sekarang? Apa nak buat? Nganga jelah. Harap harap mereka tidak tambak.

Ok. sekian dulu, jimat jimat sikit baca tu. Jumpa lagi dari 2 minggu ha ha.

1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

Tulisan ini mengocak minda dan mengajak saya berfikir jauh. Terima kasih.

Akan datang lagi untuk membaca entri ini

Salam.
BungaRampai | Homepage | 05.28.08 - 10:33 am | #

Gravatar Iya... Mahathir tetap Mahathir. Noktah.
mudin001 | Homepage | 05.28.08 - 10:49 am | #

Gravatar 2 x 5
5 x 2

Mari kita sama2 berfikir pakai akal
bukan pakai kepala. Lebih2 lagi bukan kepala lutut!
:|
ooOooDeeN | Homepage | 05.28.08 - 12:24 pm | #

Gravatar Sandiwara. Lawak jenaka. Hahaha!
blackpurple | Homepage | 05.28.08 - 1:29 pm | #

Gravatar kacau..
zwitterion | Homepage | 06.02.08 - 9:24 am | #

Gravatar Patik tak kisah!
ahtok | Homepage | 06.03.08 - 11:53 am | #

Gravatar hmm, jangan siang pandang pandang gittewww.. salammmz, me tumpang lalu jak..
en_me | Homepage | 06.03.08 - 12:48 pm | #

Gravatar salam..
minat dengar cerita politik, tapi penat tengok dunia politik yang tenat..
kaktiny | Homepage | 06.03.08 - 5:29 pm | #