Alor Setar Bah. 1
"Aku taknak pergi Alor Setar!" tegas nada suara Zali semasa dia menghubungi aku pada hari Jumaat 1.06.2007 pada lewat petang.
"Laaa kenapa?" soal aku sedikit kaget. Ini kerana sekiranya Zali tidak mahu ke Alor Setar maka aku terpaksa ke sana bersendirian dengan menaiki bas. Tidak!!!
"Dah seminggu aku tunggu Ammend Order tak sampai sampai. Besok kalau aku nak claim macam mana?! Kompeni boleh senang senang je lepas tangan tau?!" jelas Zali. "Aku taknak pergi!"
"Takpe bang nanti saya call En Asin (HOD)" pujuk aku.
Malam, aku hubungi En. Asin menjelaskan kedudukan sebenar. En. Asin sudah mengarahkan HR untuk fax kan surat itu kepada Zali. "Mungkin dia orang lupa, takpe nanti I call Zali."
Gedebak gedebuk, Alhamdulillah, masalah berjaya di settlekan. Dapat aku kesana dengan menumpang En. Zali. Hakikatnya, memang HR telah terlupa. Apa benda la HR ni. Aku janji dengan Zali bertemu di stesen komuter Rawang. Zali telah berpesan pergi awal pagi. Nak tak nak aku kena naik komuter pertama dari KL Sentral. Nak tak nak juga, terpaksa aku susahkan Ustaz Hafiz menghantar aku ke KL Sentral seawal 5 pagi. Aku hanya dapat mencium pipi Adib yang sedang lena dibuai mimpi.
Aku tiba di Kl Sentral hampir 5:30 pagi. Lepak lepak kejap, beli tiket komuter. Selepas solat subuh aku terus turun ke platform 3. Tertera di situ, "Rawang Platform 3" dan di situ ada papan tanda digital dan tertera maklumat ini : "Rawang bertolak 7:40". Mak aih!!! Aku hampir menjerit kerana kalau betul seperti yang dinyatakan aku kena tunggu hampir dua jam! Sudah tentu Zali akan mengamuk lagi. Macam mana ni? Aku pandang keliling takde orang. Aku letak beg dan pusing pusing kawasan tu, ternampak sorang brader pakai uniform KTM.
"Bang, bang. Tumpang tanya, komuter ke Rawang pukul berapa?" tanya aku.
"Rawang?! Tu dah sampai." tunjuk dia kepada komuter yang sedang menuju ke arah aku.
"Ooo ooo terima kasih." Hampeh betul. Yang catatkan waktu pukul 7 pagi tu apahal?

bersambung...
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment