Saturday, June 23, 2007

Alor Setar Bah. 5 (Akhir)

Selasa, hari kedua kami di Alor Setar. Selesai solat subuh. Aku dan En. Zali turun ke lobi. Sarapan pagi. Ini bukan kali pertama aku makan pagi di hotel. Tapi sarapan di Grand Crystal ini amat mengecewakan aku. Takde telur goreng. Hanya ada red bean. Makan roti campur red bean takde telur doreng kan ke sangap namanya tu? Apa pun, bende free. Makan ajelah.

Biasalah makan kat hotel, kejap menu tu kejap menu ni. Akhirnya sampailah ke menu roti pula. Aku ambil 2 keping roti. Masukkan dalam toaster setkan lima minit. Tunggu punya tunggu punya tunggu dan, ting! Bunyi toaster tu menandakan roti dah masak. Aku buka penutupnya dan aku tengok putih je takde kesan terbakar langusng. Aku pegang roti tu aik? Sejuk. Apahal toaster ni? Aku malas nak siasat, aku bubuh red bean, duduk dan makan. Melihatkan aku makan roti, En. Zali ingin mencuba. Aku tengok gelagat dia ambil roti dan masukkan ke dalam toaster. Seketika dia buka penutup toaster dan nampak pelik. Pastu dia sentuh roti tu. Kemudian dia letak balik roti tu dalam toaster dan setkan kembali toaster tu. Lama juga dia mengulang perbuatannya itu. Sewaktu aku selesai makan dia masih berdiri depan toaster. Aku tengok muka dia dah bengang. Dia kemudian buka penutup toaster dan nampak pelik. Pastu dia sentuh roti tu. Kemudian dia letak balik roti tu dalam toaster dan mula menyiasat. Dia kemudian pergi ke plug toaster itu dan kemudian dia menjerit. "Patutlah tak masak, plug tak on! Mangkuk betul!" Aku hanya tergelak.

Selepas sarapan kami bergerak menuju ke pejabat. Sedang sibuk membuat kerja itu, ada panggilan utnuk En. Zali. Seketika kemudian terdengar En. Zali menjerit lagi. "Mangkuk punya HR yang dia bubuh nama Ahmad Sazali tu pasal apa? Kan mamat tu dah berhenti berapa lama dah? Kau pergi telefon Hr tu kau cakap kat dia, mangkuk!" Aku terpinga pinga. Apahal tu? Selesai bercakap dalam telefon aku tanya En. Zali apa yang berlaku. Selesai dia bercerita aku tergelak besar. Mana taknya En. Zali mengamuk. Dah lah surat lambat hantar. Bila dah hantar elok elok nama En. Zali, Sazali Bin Sulaiman HR letak Ahmad Sazali yang dah berhenti beberapa bulan sebelum ini.

Alhamdulillah kerja yang diamanahkan telah kami siapkan sebelum jumaat. Aku telah terperasan sepanjang aku di Alor Setar ada satu Kompleks Al Bukhari. Aku dan En. Zali sempat singgah di sana pada hari Khamis. Fuyoo... Giant dia tiga tingkat woooo! "Apa la kau ni, datang jauh jauh pergi Giant je!" Kata En. Zali. Aku hanya tersengih. Dan disebabkan kerja yang diberi telah disiapkan awal pagi Khamis. En Asin memberi kebenaran kami balik pukul 11 pagi untuk ronda ronda. Aku dan En. Zali berlama lama juga di dalam Giant itu. Kemudian kami bergerak ke Pekan Rabu.

Di Pekan Rabu, En. Zali membeli pulut susu, ikan pekasam, dodol, mangga lemak manis dan ntah apa benda lagilah. Aku belikan bas mainan untuk adib. Ikan pekasam dan mangga lemak manis. Kami selesai membeli belah lebih kurang pukul 2 petang. Kemudian kami menuju ke hotel untuk berehat sambil menonton filem Merah.

Dari hari Selasa sampai ke Khamis. Sarapan pagi tetap takde telur. Hari Khamis dan Jumaat barulah sedap sikit, ada beef bacon. Pagi Jumaat, kami bersiap siap. Selepas sarapan pagi kami check out dan bertolak terus ke KL. Aku sampai gombak pukul 3 petang. Hujan pula.

Di Alor Setar banyak barang untuk pembaikan yang masuk hingga tak menang tangan pekerja di sana. Berbeza di tempat kau KLIA, dari Januari hingga ke isen ini ditaip tak sampai 20 pun barang masuk. Aku tengah bodek En. Asin untuk menghantar aku ke Alor Setar lagi selama sebulan. Doa doakanlah. Kalau dapat hari hari kau pergi Giant dia. 3 tingkat wooooo!


0 Bangsawan Menatang Sembah: