Alor Setar Bah. 3
Selepas menikmati Brunch (breakfast + lunch bak kata acciaccatura), kami meneruskan perjalanan. Tiada apa apa yang menarik sepanjang perjalanan itu. Tiada juga eksiden yang mengerikan berlaku. Cumanya kami berbual kosong hinggakan tak tahu apa nak dibualkan. Lama kelamaan kami diam sahaja. Cahaya matahari yang terik memancar menerobos ganas melepasi cermin hadapan yang tidak bertinted menyebabkan mata aku menjadi silau. Keadaan ini menyebabkan aku jadi mengantuk. Sekejap sekejap aku terlelap. Aku tidak tahu adakah En. Zali juga mengantuk.
Seketika kemudian kami melepasi Juru dan Butterworth. Oh! Jauh lagi tu nak sampai Alor Setar. Aku dah mula bosan. Aku gagah juga mencari ide apa nak diborakkan. Namun hakikatnya, kami lebih banyak diam. Hampir pukul 1:00 tengahari, kami akhirnya tiba jua ke destinasi, Alor Setar. Kami terus melaporkan diri di tempat kerja. Kedatangan kami hanya disambut oleh En. Asin (En Asin bertolak dulu ke Alor Setar hari ahad itu dari Sepang). Beliau dengan tidak rasmi menjadi pemandu pelancong kami. Masuk je dalam opis, kosong. Takde orang.
"Orang takde, semua pergi kenduri kahwin." Jelas En. Asin.
"Laaa apsal buat kenduri hari isnin?" tanya aku.
"Itu lah hehehehe" jawab En. Asin.
En. Asin menerangkan apa kerja yang perlu diselesaikan. Macam biasa, aku jarang jarang faham apa yang En. Asin cakapkan. Pasal dia bos. Ha ha ha.
Pukul 2:00 kami menuju ke hotel. Biasalah baru sampai, nak buat kerja pun takde mood. Lebih kurang 15 minit jugalah dari opis ke hotel. Berdekatan dengan hotel itu, aku perasan ada satu pasaraya, besar juga nampaknya. Cunlah, jap lagi boleh pergi. Dapat lah beli makanan sikit sikit.
Sampai hotel, check in. Lepak lepak. Lepas Asar aku dan En. Zali keluar jalan jalan. Ronda time. Kami pergi ke pasaraya yang berdekatan. Pasaraya Sentosa namanya. En. Zali pun mahu membeli kacang. Kami masuk kedalam pasaraya itu. Dari ground floor sampailah ke tingkat tiga, takde supermarket. Yang ada dari ground floor itu sampai ke tingkat tiga adalah, kedai jual handphone!
"Mangkuk betul, pasaraya jual handphone rupanya!" getus En. Zali.

bersambung...
Dititah Oleh kingbinjai Pada 02:34
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment