Saturday, June 16, 2007

Alor Setar Bah. 2

Aku memasuki komuter yang tiba itu. Pilih tempat duduk yang sesuai. Aku pilih tempat duduk dekat dengan pintu dan menghadap ke arah Seremban. Seketika komuter mula bergerak. Alamak ei, sekali dia bergerak ke arah belakang daa. Terpaksa pula aku pindah tempat duduk. Kalau tidak pening ooo duduk lawan arah.

Aku tiba di stesen Rawang hampir pukul 7 pagi. Aku sms En. Zali mengatakan aku telah tiba. Keluar dari stesen Rawang, aku terus menuju ke main road. Fikirku lebih mudah menunggu di tepi jalan senang nanti En. Zali tak payah nak masuk parking. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai 7:30 tak sampai sampai lagi. Aku dah gelisah dah. Mana pulak si Zali ni?

Aku capai handphone, baru je nak hantar sms En. Zali telefon. "Kau kat mana?"

"Kat stesen Rawang la ni bang. Lama dah kat sini, saya hantar sms dah tadi."

"Aku tau. Aku kat stesen Rawang la ni, kau kat mana?"

Ah sudah. "Saya kat tepi jalan ni bang. Kat sebelah signboard komuter ni."

"Laaa kau kat atas ke? Aku tunggu kau kat bawah ni. Tunggu la aku naik atas."

Isk apsal pulak dia tunggu aku kat bawah? Rupanya dia sampai awal. Seketika kemudian nampak En. Zali melambai lambai ke arah aku. Kami bergerak setelah aku menyimpan semua bagasi di bonet keretanya. Perjalanan ke Alor Setar pun bermula dengan disambut dengan cahaya terang matahari.

Aku belum breakfast. Lapar tu. En. Zali belum menampakkan riak riak mahu berhenti makan. Mungkin dia dah makan kat rumah kot getus hati aku. Naya la camni. Lapar tu.

"Err En. Zali dah breakfast?" tanya aku. Lapar tu.

"Belum. Kita makan kat Tapah nanti."

"Oh, ok." Aku terpaksa bersetuju. Yelah aku kan menumpang je. Tapi nak sampai Tapah fuhh jauh lagi tu. Lapar tu.

Akhirnya kami tiba juga di Tapah lebih kurang pukul 9 pagi. Tanpa berlengah aku terus meninjau ninjau mencari nasi lemak. 2 3 kedai aku pergi hampeh semua jual nasi putih. Awalnya nak makan nasi putih. Aku dan En Zali tiada pilihan. Kami makan tengahari pukul 9 pagi. Waktu itu aku tak kira dah, asalkan boleh makan sudahlah. Lapar tu!

bersambung...


0 Bangsawan Menatang Sembah: