Thursday, October 11, 2007

Kerja, Wuduk, Puasa, Filis, Harijadi dan Raya

Salam, isen kali ini merangkumi 2 minggu yang aku tak update. So panjang sikitlah. Baca dengan jimat cermat tahu, entah bila pula aku dapat update nanti. Ok,

Kerja
1 Oktober, bermulanya khidmat aku di syarikat yang baru. Dan tidak terduga oleh aku syarikat baru aku ini belum lagi beroperasi dengan sepenuhnya. Waktu aku melangkah masuk, masih ada pekerja pekerja kontrak sedang melakukan tugasannya. Aiseh, aku terasa aku seperti mereka pula. Dan kerana belum lagi beroperasi, maka dengan secara automatiknya, aku tidak bertugas. Datang kerja melangut dari 9 pagi sampai 5 petang. Namun minggu ini mula sibuk sikit, meja, kerusi, almari, forklift dan alatan pembaikan mula sampai sikit demi sedikit dan aku bersama beberapa rakan sekerja mula menyusun atur segalanya.

Wuduk
Di syarikat baru aku ini, suraunya boleh tahan besar. Aircond lagi tu. Apalagi, jadi tempat melepaklah sementara tunggu Zohor dan Asar. Satu petang, ketika itu Asar sudah pun masuk waktunya. Kami bersiap siap untuk mengambil wuduk. Aku mengambil posisi, meyinsing baju dan seluar, menadah tangan dan terus mencurah air ke muka. Aisehman, aku terlupa nak buka cermin mata, habis basah. Cis.

Puasa
Puasa itu ialah rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh umat Islam. Betul? Betullah tu. Satu tengahari aku bersama Arif keluar menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi. Dari pejabat kami susur masuk ke Enstek dan kemudian masuk ke Pekan Salak Lama. Tidak semena mena kami terserempak dengan sekumpulan manusia di dalam kereta sedang menikmati juadah bebuka puasa pada waktu tengahari. Mangkuk hayun betul. Aku rasa macam nak langgar je kereta itu. Aku pintas kereta itu tak bagi dia masuk ke kiri. Aku jeling mereka dan mereka membalas jelingan aku. Ek eleh, kerek betul. Dah lah tak puasa! kalau ikut hati aku yang panas baran ni mahu saja aku ludah mereka waktu itu juga. Mangkuk!

Filis
Di tempat kerja aku yang baru itu, ada 3 kuntum bunga yang sedang mekar. Sewaktu sesi berkenalan dengan Syed Budriz, tuan punya syarikat aku itu, salah seorang dari mereka memperkenalkan diri.

"My name is Filis..."


Apa? Siplis?! Jerit hati aku. Ha ha ha aku tertawa sendirian.

Harijadi
11 Oktober. Hari jadi aku. Queen belikan 2 pasang baju, 13 Oktober, tatkala kalian meyambut 1 Syawal, waktu itu Queen akan juga menyambut harijadinya. Satu malam aku ke Giant, mencari hadiah untuk Queen, Aku belikan sehelai Blaus mengandung dan sepasang kasut.

"Tak mau try ka?" tanya nyonya kedai kasut itu pada aku setelah aku puas hati dengan kasut yang aku pilih untuk Queen.

"Aiya auntie, sapa mau try? Saya ka?" tanya aku balik.

Dan nyonya itu tertawa kecil, dan tidak langsung memikat hati aku.

Raya
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kalian semua, berhati hati di jalanraya. Aku mohon maaf andai ada terkasar bahasa. Jemput datang rumah. Aku tak buat open house kerana lokasi kawasan yang tidak strategik. Akan tetapi aku dengan sepenuh hati mengalu alukan kedatangan kalian jika berkehendak. Apa pun call aku dulu sebelum datang supaya senang untuk aku buat persiapan. Kalau kau orang datang aku akan masak spesel punya insyaAllah.

Sajak
Berjabat Tangan Masa

berjabat tangan masa
aku, mencuri baju siang
setitik kemerahan mula berarak
menjelmakan senja

tutupkan aibku!
tutupkan maluku!

moga tidur lena
untuk damai ketika bangun
moga hari ini tenang
demi celik mata
mencari mana waktu mati

berjabat tangan masa
dia, mencuri alpa ku


Saya mabil sedikit kata kata dari isen Bunga Rampai untuk mengindahkan sajak ini.


0 Bangsawan Menatang Sembah: