Monday, December 31, 2007

Asyfa Rawiah Bahagian 3

2 minggu sudah berlalu sejak aku pulang dari Alor Setar. Hari hari berlalu dengan pantas. Selain kerja, aku sibuk dnegan urusan rumah baru. Sibuk berurusan dengan Majlis Perbandaran Sepang dan juga, dengan bank. Pagi itu, seperti biasa aku di pejabat, telefon bimbit aku berdering menandakan ada mesej yang sampai. AKu capai telefon bimbit aku itu, oh dari Queen.

"Macam demam. Selsema lagi kepala berat." sms Queen.

Kesian, sudah 3 hari Queen begitu. "Pergilah klinik. Ambik MC. Balik rumah tido." sms aku.

2 jam kemudian. Satu lagi smaku terima dari Queen. "Maaf. lambat inform. Dah pegi klinik, tapi tak puas hati. Buat pregnancy test. Alhamdulillah positif."

Oh oh. Tak tersangka sungguh. "Alhamdulillah :)" sms aku kembali.

Selepas aku terima sms itu, aku terasa hari itu masa berlalu sangat lambat. Aku tak sabar mahu pulang. Penantian aku berakhir, balik petang itu aku pandu selajunya. Sampai rumah aku dan Queen sambung lagi cerita. Maghrib itu, kami berjemaah. Selesai solat aku ajak Queen buat sujud syukur dan kemudian aku berdoa. Aku tadah tangan diikuti dengan Queen. Dan aku pun membaca,

(Kiriman Kedua Dari Tuhan)

Tuhan,
terima kasih pada kiriman
yang kedua ini
belum pun sempat kami balas
kiriman yang pertama itu
belum habis kami baca seluruhnya
sungguhlah Engkau Yang Maha Pemurah

tuhan,
terima kasih pada kiriman
yang kedua ini
tidak sabar rasanya
hati semanusia kami
ingin segera menatap isi kandungannya
yang penuh, dengan rahmat

tuhan,
terima kasih pada kiriman
yang kedua ini
berkatilah kehidupan kami
sesungguhnya sujudlah kami
seluruh anggota badan kami
jiwa kami, hanya kepadaMu

bersambung...

P/s : Sesiapa yang ada saudara, sahabat, kenalan atau sesiapa sahajalah yang mempunyai lesen kontraktor kelas A hubungi aku dengan segera. Ada banyak projek!!! Faitin!

0 Bangsawan Menatang Sembah: