Sunday, December 02, 2007

Botak

Assalammualaikum. Apa khabar? Harap kalian sihat sentiasa hendaknya. Isen kali ini seperti selalunya, panjang. Cukup untuk bekalan kalian sehingga aku mengemaskini kembali nanti.
Lembab
Aku tidak berkesempatan untuk singgah ke blog kalian kali ini, kerana cc yang aku pergi ini agak lembab!
Seluar
Arif akan pulang ke kelantan kerana isterinya baru bersalin. Kesempatan itu aku ambil mengirim seluar pendek dengan corak kain pelikat. Aku sudah ada sehelai, aku mahu sehelai lagi untuk aku buat pakai masa berkebun. "Seluar tu sampai takat lutut je tau." tegas aku. Seminggu Arif bercuti. Dan satu hari aku terima sms dari dia,
"Kau nak warna apa?" tanya Arif.
"Hijo!" jawab aku.
"Ok!"
Kepulangan Arif aku sambut dengan riang gembira. Waktu balik dia menyerahkan bungkusan seluar aku. "Kau tengoklah!" kata dia.
Balik rumah aku bukak bungkusan plastik itu, laaaaaaa yang mamat ni pergi beli boxer nak buat mende? Aku cuba juga boxer itu. Pendek nak mampus dah la tu, tak berjahit di tengah tengah pula! Cis!
Iklan
Aku, Queen dan Adib menonton tv. Adib berbaring di sofa sambil minum susu. Matanya perlahan lahan kuyu. Queen sedang lipat baju. Aku kusyuk membiarkan iklan iklan itu menipu aku. Tiba tiba keluar satu iklan tuala wanita. Ia memaparkan betapa konfidennya minah itu setelah memakai tuala wanita jenama itu. Banyak plot tentang minah itu sedang berscuba. Di penghujung iklan Queen tanya aku,
"Bi, boleh pakai dalam air ke?"
"Isk awak ni. Mana la saya tahu pasal benda alah ni."
"He he he" gelak Queen sambil menahan perutnya.
Bohong
"Harga tol kita masih murah berbanding dengan harga negara lain" kata dia.
Oi mangkuk, kat negara lain ada tol ke? Benchmark mana kau pakai ni?
Menyikat Botak.
Aku,
sudah botak!

kerana sikat itu aku lihat
sudah lupa pada tugasnya
memperkemaskan aku
dia, sudah tamak!

Aku,
sudah botak!

kerana sikat itu aku rasa
mula mengikir gugur rambut ku
helai demi sehelai
drastik, itu yang aku ambil
botak!

nah! sekarang kau mahu apa?
Enjin
Pertama kali, aku terlibat secara langsung dalam proses menukar enjin kapal terbang. A380. Aku, sebagai salah seorang dari bahagian Avionic bersama beberapa lagi orang di bahagian yang sama duduk di tepi enjin baru. Sambil menonton yang lain ligat menurunkan enjin yang melekat di bawah sayap A380. Tugas kami sebagai Avionic ialah memasang semula wiring yang telah mereka semua tanggalkan. Untuk itu terlaksana, kami harus menunggu enjin itu turun sepenuhnya. Engineer bahagian aku, datang dari Australia. namanya Mr. Sunshine. Kami panggil, Mr. Sunny.
Sampai pukul 2 petang. Enjin belum turun lagi. Adoilah. Letih menunggu.
"This is the time where i love being Avionic." Kata Mr. Sunny
"Why sir?" tanya aku.
"Look over there," kata Mr Sunny sambil menuding ke arah mereka yang sedang mencuba menurunkan enjin. "I dont know what happen, and i dont want to know!"
"Ha ha" gelak kami, di bahagian Avionic.
Radix.
Tahap kelawakan teman sekerja kau sampai kemuncaknya dengan datang satu lagi expertriate dari Australia (belia datang bersama Mr. Sunny) namanya Peter. Ketika budak budak ini bersalaman dengan Mr. Peter, mereka pun berkata, "Mai secawan" seperti di dalam iklan kopi Radix. Ha ha.
Baiklah, Selamat Hari Raya Haji, sampai ketemu lagi. Ingat! Boikot pilihanraya. (Pakistan pun buat maaaaaa!)

0 Bangsawan Menatang Sembah: