Sunday, June 29, 2008

MRO

Jumaat aku MC. Sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat MRO yang bakal terkemuka, ia bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan. Tetapi aku bangga kerana tindakan aku mengambil MC itu setelah 5 hari demam aku tak kebah. Tengok, betapa riaknya aku hahahaha.

"Riak itu penting untuk keyakinan diri." kata aku kepada kawan-kawan setelah mereka terpaksa menadah telinga mendengar keegoan aku setelah mereka gagal memecah rekod aku dalam permainan komputer Zuma.

Alah, itu pun sebab tak banyak kerja. Biasalah, syarikat baru setup, kerja pun sekejap ada sekejap takde. Lebih lebihnya rileks je. Namun insyaAllah, rezeki akan datang jua.

***

"Apa itu MRO?" tanya Hairul pada petang Khamis sewaktu aku sedang berpeluk tubuh menggigil menahan kesejukan aircond.

"Aaaaaa... Maintenance, Repair and Overhaul." jawab aku.

"Salah!"

"Salah?!" Apa kejadah pulak salah? Aku musykil betul. "Habis tu apa?" dan sebelum hairul menjawab, aku mendapat ilham bahawa aku akan terkena dengan jawapan beliau nanti.

"Manyak Rilek Oooo!"

kan!

Sunday, June 22, 2008

Burger

Di pejabat aku ada sebuah cafe. Atau kantin kalau kau suka. Nama cafe/kantin tersebut adalah Wahsssup.

Amnya, cafe seperti ini adalah untuk kenikmatan semua pekerja di pejabat aku. Namun satu yang mengecewakan ialah makanannya tidak seberapa sedap dan mahal pula tu. Mentang-mentanglah tukang masaknya adalah chef hotel.

Satu petang, dengan semangat kelaparan yang membara aku dan beberapa pekerja menuju ke cafe untuk satu tujuan, makan. Aku menelaah papan menu yang tergantung memikirkan apa juadah yang sesuai. Akhirnya aku berkeputusan untuk makan burger sahaja.

"Bos, cheese burger satu." pesan aku.

"Ok. Taknak double?" tanya dia

Oh, tempting. "Berapa kalau double?" tanya aku.

"Tambah singgit je."

Oh, oh. Oh, oh. "Okai!"

15 minit aku menunggu. Akhirnya aku nampak dia menatang sebuah pinggan dengan burger di atasnya. Dia menuju ke arah aku. Aku senyum lebar. Lapar tu. Terbayang aku kenikmatan burger double. Seketika kemudian dia meletak juadah itu di hadapan aku. Aku sedikit terpampan.

"Ek eleh!"

Kau orang tahu apa yang double? Cheese dia!

Ceh!

Wednesday, June 18, 2008

Raksasa

RM625
Kejutan yang melanda semakin hari semakin belum reda. Kita tidak menafikan hakikat bahawa harga minyak dan keperluan asas akan melonjak dari masa ke semasa. Tetapi kita menafikan keprihatinan yang diwartakan oleh KERAjaan kita sendiri. Kita telah diasak dan dituduh tidak memahami keadaan ini walhal, sebenarnya merekalah sekalian kera yang tidak memahami hakikat kebajikan kita.

Kita bukan menuntut sebarangan, tetapi kita menuntut apaaynag hak untuk kita sebagai warganegara jati yang dilahirkan di sini yang turut berkembang sejajar dengan pembangunan Negara. Jika di Negara lain, rakyatnya memilliki sekalian banyak kebajikan jadi mengapa tidak kita? Jika di Scotland misalnya, buku-buku dan alatulis untuk pelajar sekolah diberi percuma mengapa tidak dipratikkan di sini? Jika di UK , US misalnya rakyat mereka memiliki insuran kerajaan untuk membolehkan mereka dirawat di hopital mengapa juga tidak kita? Jika di Thailand misalnya, jalanraya dibina tanpa perlu diletakkan tol mengapa tidak kita?

KERAjaan perlu sendiri bangkit dan menyedari bahawa mentaliti kita di abad ini bukan seperti 30 atau 50 tahun dahulu. Kita celik tentang segala perkara yang mereka lindungi. Sebenarnya merekalah yang tidak memahami dan bukan kita, rakyat Negara ini.

10%
KERAjaan menyarankan kita supaya mengubah cara hidup. Berjimat cermat. Nak ubah apa lagi? Nak berjimat macam mana lagi? Sepatutnya kamulah yang kena ubah cara hidup dan kena berjimat cermat. Rakyat tidak lagi pandang pada kemajuan dan pembangunan (seperti Wilayah Koridor yang ternyata merugikan negara. Tetapi rakyat menuntut agar kebajikannya dijaga. Dan kerana kalut, mereka mengumumkan elaun menteri akan dipotong sebanyak 10%. Apakah ni sangat memadai? Cuba kita kira, jika elaun menteri adalah sebanyak RM100.00 maka setelah dipotong sebanyak 10% maka tinggallah RM90.00. Jika elaun menteri adalah RM50.00 maka setelah dipotong ia menjadi RM45.00. Tidakkah itu satu perkara yang sangat dangkal dan tidak adil? Sedang mereka dipotong sebanyak 10% rakyat menghadapi kenaikan sebanyak 40% untuk minyak dan 12% untuk eletrik.

Baru-baru ini , Menteri Kewangan Kedua membuat kenyataan dari 10.5 juta rakyat Malaya hanya 1 juta sahaja yang layak membayar cukai. Ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan bahawa taraf kehidupan rakyat masih lagi rendah. Sepatutnya setelah 50 tahun merdeka taraf kehidupan rakyat dinegara ini sudah patut setanding dengan Singapura dan Jepun.

2 kali
Kerana kekalutan juga, mereka menyuarakan satu lagi ide bodoh iaitu membayar gaji 2 kali sebulan. Aku tak nampak sebarang bantuan yang boleh dikecapi sekiranya cadangan ini dilaksanakan. KERAjaan tak pelru risau bagaimana rakyat menguruskan kewangan mereka. Kerana dapat terus hidup sehingga ke hari ini sudah membuktikan bahawa rakyat Malaya tahu bagaimana mahu menguruskan kewangan mereka. Sepatutnya jika benar-benar mahu menolong kami inilah perkara yang patut dilakukan oleh KERAjaan :

1. Naikkan gaji golongan pertengahan (awam dan swasta) selari dnegan kenaikan
harga minyak iaitu sebanyak 40%

2. Potong elaun dan gaji menteri sebanyak 40%

3. Hapuskan tol

4. Kemaskinikan semula perjanjian air dengan Singapura. Mengapa nak ikut harga lama? Kenapa bila nak bagi air percuma kepada rakyat banyak sangat bunyi? Sedangkan nak bagi bukan kat orang lain, malah rakyat sendiri?! Tetapi bila jual ke Singapura dengan harga murah tak apa pula?

5. Naikkan nilai royalty 5% kepada 40% kepada Terengganu dan Sabah

6. Beri bantuan percuma dari buku teks ke buku latihan dan ke alattulis di semua sekolah diseluruh Negara.

13 trillion
Di Kelantan terdapat 13 trillion isipadu gas asli dan juga sumber mineral lain. Kenapa mahu bersikap prejudis dan memperjudikan nasib rakyat? Sekiranya nak bantu sangat bekerjasamalah dengan PAS demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Takkan itu pun aku nak ajar!

100 hari.
Mereka sibuk mempersoalkan supaya parti pembangkang menunaikan janji-janji mereka selepas PRU ke 12. Terjadi di satu kampung yang di pegang sebelum ini oleh BN tidak langsung menikmati perubahan walau hanya lampu jalan. Apabila PKR pegang tampuk pemerintahan mereka sibuk bising suruh masuk kan lampu jalan. Habis selama ini yang kau pegang kenapa tak buat lampu jalan? Kenapa baru sekarang nak bising-bising macam baghal?

Bagilah peluang dulu. Baru 100 hari apa sangat perkara yang boleh dibuat pun? Hatta masa Badawi pegang jawatan satu penggal dulu pun dia kata tak cukup pasal banyak kerja. Pemerintahan parti pembangkang sekarang ibarat tunas yang baru menjadi. Baru keluar dua daun hijau kau dah paksa berbuah, janganlah jadi bodoh!

P/s : aku tak sempat nak jenguk blog kalian, pasal aku sekarang bergegas nak ke pejabat. AKu cuba esok insyaAllah.


Monday, June 09, 2008

Amuk

kias kata hias
hodoh di laman bicara
maksud berinti basi
dipersembah mahu masih diniaga

tarik paksa dipercaya
sekalian janji di dulang
seulam paku serpih
diratah hendak tidak

lalu melalang binasa
di subur bendang
katanya, tangga orang kita
rupanya, rotan melibas

lalu pukang dikejar
pesimis itu aku
dan berapi sekam diteduh
sehingga bangsal menjerit riuh!

Sunday, June 08, 2008

Melayu

Ah, aku taknak komen atau ulas pasal isu minyak. Bosan. Lagipun dah ramai yang ulas dah. So tak perlu aku tambah balutan luka ke atas nanah itu. Dah cukup yang adanya. Pesimis? Mungkin, tapi itu untuk kau sahaja yang salah faham mungkin. Kadang kadang menjadi optimis tidak selalu menjernih keadaan. Pesimis bukan bermaksud aku mengalah. Cuma kadang kadang bila terlalu memikirkan keadaan sekarang aku terasa menjadi sama bangang dengan menteri menteri kita. Buatlah apa yang kau suka, ingat dunia bukan segalanya. Lawan akan tetap aku lawan. Tukar gaya hidup? Tukar kau orang menteri yang seperti monyet itu lagi berfaedah!

Hari ini aku nak cerita pasal peniaga melayu. Seminggu ini aku asyik bertemu dengan peniaga melayu yang aku kira agak kerek perwatakannya. Dalam banyak banyak tu aku nak cerita 2 insiden sahaja. Begini,

Apam Balik
Di tempat aku ada pasar malam yang terletak di taman sebelah yakni Taman Seroja. Di situ ada satu brader jual apam balik. Best tu memang best. Seperti biasa, hari khamis aku ke sana lagi. Aku lihat kali ni dah ada pembantu. Baguslah tu, pasal orang memang beratur nak beli apam balik dia ni.

Setiba aku di situ, aku tengok ada 5 ke 6 orang tengah tunggu giliran. So aku pun selit-selit dan membuat pesanan, "Bang apam balik special satu ya."

Sekali pembantu dia pandang aku kemudian senyum sinis dan berkata , "ramai orang la."

Ek eleh! Apa kau ingat aku buta? Bentak aku dalam hati. Aku bukan nak potong barisan, aku cuma nak order, so kau terima ajelah order aku tu. Kalau aku diam, sat lagi kalau orang lain order dah dia dapat dulu plak. Ntah apa apa ntah.

"Ya, saya tahu." jawab aku dengan nada tegas dan dengan muka yang tak puas hati.

Tak boleh ke kalau kau jawab macam ini :

"Ok bang, tapi kena tunggu sekejap ya?"

Atau begini :

"Baik bos!"

Atau begini :

"Okai, no problem."

Susahkah!

Nasi Lemak
Hari Jumaat, selepas insiden apam balik, selepas pulang dari pejabat aku merayau cari nasi lemak. Pasal Adib mintak nasi lemak semalamnya, tak dapat aku tunaikan. so ingat hari ini aku belilah nasi lemak untuk dia. Jumpa satu akak jual nasi lemak.

"Kak nasi lemak kosong satu, taknak sambal." pesan aku.

"Lauk taknak?" tanya dia balik.

"Taknak." jawab aku.

Sementara dia buat nasi lemak tu, aku pun belek belek lah lauk apa yang dia jual. Untuk tujuan itu terpaksalah aku buka penutup tray tray yang tersusun di atas meja.

"Nak lauk ke ni?!" tanya akak tu setelah tengok aku asyik buka buka tray dia.

Ek eleh! Kan aku cakap taknak tadi? Apa masalahnya ni? Nak tengok pun tak boleh ke? Apa, orang yang beli nasi lemak berlauk je boleh tengok lauk lauk ni? Poodah!

"Taknak!" jawab aku.

P/s :

- aku ucapkan terima kasih kepada Rudy yang menghubungi aku semalam bertanya pasal kesihatan aku. Im ok dude, terima kasih di atas keperihatinan kau, semoga allah melindungi dan merahmati dirimu dan sekeluarga.

- aku nak tanyalah pengundi pengundi umno, apa yang korang rasa ek? Adakah hati kau terlalu hitam untuk dibersihkan atau pemikiran kau sama dangkal dengan para menteri kita?

- Oh oh aku dapat info tentang leoxa. Macam menarik. Sapa sapa yang dah pakai boleh ceritakan apa yang bess?