Sunday, June 22, 2008

Burger

Di pejabat aku ada sebuah cafe. Atau kantin kalau kau suka. Nama cafe/kantin tersebut adalah Wahsssup.

Amnya, cafe seperti ini adalah untuk kenikmatan semua pekerja di pejabat aku. Namun satu yang mengecewakan ialah makanannya tidak seberapa sedap dan mahal pula tu. Mentang-mentanglah tukang masaknya adalah chef hotel.

Satu petang, dengan semangat kelaparan yang membara aku dan beberapa pekerja menuju ke cafe untuk satu tujuan, makan. Aku menelaah papan menu yang tergantung memikirkan apa juadah yang sesuai. Akhirnya aku berkeputusan untuk makan burger sahaja.

"Bos, cheese burger satu." pesan aku.

"Ok. Taknak double?" tanya dia

Oh, tempting. "Berapa kalau double?" tanya aku.

"Tambah singgit je."

Oh, oh. Oh, oh. "Okai!"

15 minit aku menunggu. Akhirnya aku nampak dia menatang sebuah pinggan dengan burger di atasnya. Dia menuju ke arah aku. Aku senyum lebar. Lapar tu. Terbayang aku kenikmatan burger double. Seketika kemudian dia meletak juadah itu di hadapan aku. Aku sedikit terpampan.

"Ek eleh!"

Kau orang tahu apa yang double? Cheese dia!

Ceh!

1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

keskeskes... pelik gak tuh. mmg tak dibuat org!

p/s:chef2 dihotel tu bukan sumer masak sedap. gebang je lebih. hehehe..
anitakema | 06.22.08 - 4:19 pm | #

betul tu harap topi je tinggi!
kingbinjai | 06.22.08 - 4:35 pm | #

Gravatar Salam King,
Bukan ke cheese burger? Tentulah Cheese yang didouble.
zabs | Homepage | 06.22.08 - 5:25 pm | #

Gravatar king boleh lapor kat persatuan pengguna ni...katakan, menu mengelirukan dan cuma nk menketedarah duit org...hihihi
kakLuna | Homepage | 06.22.08 - 6:56 pm | #

Gravatar haha! kalau special? salut cheese dengan telur? cheese lagi..
gitartong | 06.22.08 - 11:32 pm | #

Gravatar betul2 double CHEESE burger.. tambah singgit utk sekeping cheese.. mmg CESS sungguh..
kaktiny | Homepage | 06.23.08 - 12:03 pm | #

Gravatar zabs : lainkali cakap tu biar terang...

kakluna : well

gt : ha ha ha

kaktiny : betul tu cess sungguh
kingbinjai | 06.23.08 - 12:55 pm | #

Gravatar ha ha ha. baru betul cis bedebah mcm ni, hehehe...
queserasera | 06.23.08 - 4:00 pm | #

Gravatar pengajarannya..tanya biar terangggg!! hi hi hi
Tiara | Homepage | 06.24.08 - 10:34 am | #

Gravatar Hehehe, tak pasal-pasal...

Tak apa, lain kali kena tanya dulu, apa yang double, cheese atau burgernya

Salam.
Bunga Rampai | Homepage | 06.25.08 - 11:41 am | #

Gravatar que : itulah

tiara : nak terang camne lagi?

br : salam
kingbinjai | 06.26.08 - 1:17 pm | #

Gravatar tipah tertipu!!


=p
anne | 06.27.08 - 12:24 pm | #

Gravatar har har har
lain kali tanya dulu apa yang double. nasib baik bukan pinggan double.
Op | Homepage | 06.27.08 - 1:36 pm | #

Gravatar hahahahahahahaha... dia nak soh ko gumuk lagik tuh dgn double cheese.
rudy bluehikari | Homepage | 06.27.08 - 7:28 pm | #

Gravatar salamz.

mula² baca aku dah faham maksud chef tu.tentulah cheesenya yg double.

takpelah.lenkali dah tau dah taktiknya.hehe
penyubiru | Homepage | 06.27.08 - 11:30 pm | #

Gravatar hahah...
Kira dabel la jugak tu bro.
memang kena baca dan siasat betul betul la menu pasni.
mazudi | Homepage | 06.28.08 - 10:10 pm | #

Gravatar sy suka double cheese burger..:D
zwitterion | Homepage | 06.30.08 - 5:27 pm | #

Gravatar Tapi rotinya memang 'double', kan?

He he he!
JP | Homepage | 06.30.08 - 5:49 pm | #

Gravatar kekeke..
lahap je lah..
kel@mbu | Homepage | 07.04.08 - 1:43 am | #

Gravatar Hahahahaa.... sekali terkena lah... ngap aja lah ...no second time makan lagi... gitu jer caranya
Beruang Madu | Homepage | 07.04.08 - 2:01 pm | #