Wednesday, June 18, 2008

Raksasa

RM625
Kejutan yang melanda semakin hari semakin belum reda. Kita tidak menafikan hakikat bahawa harga minyak dan keperluan asas akan melonjak dari masa ke semasa. Tetapi kita menafikan keprihatinan yang diwartakan oleh KERAjaan kita sendiri. Kita telah diasak dan dituduh tidak memahami keadaan ini walhal, sebenarnya merekalah sekalian kera yang tidak memahami hakikat kebajikan kita.

Kita bukan menuntut sebarangan, tetapi kita menuntut apaaynag hak untuk kita sebagai warganegara jati yang dilahirkan di sini yang turut berkembang sejajar dengan pembangunan Negara. Jika di Negara lain, rakyatnya memilliki sekalian banyak kebajikan jadi mengapa tidak kita? Jika di Scotland misalnya, buku-buku dan alatulis untuk pelajar sekolah diberi percuma mengapa tidak dipratikkan di sini? Jika di UK , US misalnya rakyat mereka memiliki insuran kerajaan untuk membolehkan mereka dirawat di hopital mengapa juga tidak kita? Jika di Thailand misalnya, jalanraya dibina tanpa perlu diletakkan tol mengapa tidak kita?

KERAjaan perlu sendiri bangkit dan menyedari bahawa mentaliti kita di abad ini bukan seperti 30 atau 50 tahun dahulu. Kita celik tentang segala perkara yang mereka lindungi. Sebenarnya merekalah yang tidak memahami dan bukan kita, rakyat Negara ini.

10%
KERAjaan menyarankan kita supaya mengubah cara hidup. Berjimat cermat. Nak ubah apa lagi? Nak berjimat macam mana lagi? Sepatutnya kamulah yang kena ubah cara hidup dan kena berjimat cermat. Rakyat tidak lagi pandang pada kemajuan dan pembangunan (seperti Wilayah Koridor yang ternyata merugikan negara. Tetapi rakyat menuntut agar kebajikannya dijaga. Dan kerana kalut, mereka mengumumkan elaun menteri akan dipotong sebanyak 10%. Apakah ni sangat memadai? Cuba kita kira, jika elaun menteri adalah sebanyak RM100.00 maka setelah dipotong sebanyak 10% maka tinggallah RM90.00. Jika elaun menteri adalah RM50.00 maka setelah dipotong ia menjadi RM45.00. Tidakkah itu satu perkara yang sangat dangkal dan tidak adil? Sedang mereka dipotong sebanyak 10% rakyat menghadapi kenaikan sebanyak 40% untuk minyak dan 12% untuk eletrik.

Baru-baru ini , Menteri Kewangan Kedua membuat kenyataan dari 10.5 juta rakyat Malaya hanya 1 juta sahaja yang layak membayar cukai. Ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan bahawa taraf kehidupan rakyat masih lagi rendah. Sepatutnya setelah 50 tahun merdeka taraf kehidupan rakyat dinegara ini sudah patut setanding dengan Singapura dan Jepun.

2 kali
Kerana kekalutan juga, mereka menyuarakan satu lagi ide bodoh iaitu membayar gaji 2 kali sebulan. Aku tak nampak sebarang bantuan yang boleh dikecapi sekiranya cadangan ini dilaksanakan. KERAjaan tak pelru risau bagaimana rakyat menguruskan kewangan mereka. Kerana dapat terus hidup sehingga ke hari ini sudah membuktikan bahawa rakyat Malaya tahu bagaimana mahu menguruskan kewangan mereka. Sepatutnya jika benar-benar mahu menolong kami inilah perkara yang patut dilakukan oleh KERAjaan :

1. Naikkan gaji golongan pertengahan (awam dan swasta) selari dnegan kenaikan
harga minyak iaitu sebanyak 40%

2. Potong elaun dan gaji menteri sebanyak 40%

3. Hapuskan tol

4. Kemaskinikan semula perjanjian air dengan Singapura. Mengapa nak ikut harga lama? Kenapa bila nak bagi air percuma kepada rakyat banyak sangat bunyi? Sedangkan nak bagi bukan kat orang lain, malah rakyat sendiri?! Tetapi bila jual ke Singapura dengan harga murah tak apa pula?

5. Naikkan nilai royalty 5% kepada 40% kepada Terengganu dan Sabah

6. Beri bantuan percuma dari buku teks ke buku latihan dan ke alattulis di semua sekolah diseluruh Negara.

13 trillion
Di Kelantan terdapat 13 trillion isipadu gas asli dan juga sumber mineral lain. Kenapa mahu bersikap prejudis dan memperjudikan nasib rakyat? Sekiranya nak bantu sangat bekerjasamalah dengan PAS demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Takkan itu pun aku nak ajar!

100 hari.
Mereka sibuk mempersoalkan supaya parti pembangkang menunaikan janji-janji mereka selepas PRU ke 12. Terjadi di satu kampung yang di pegang sebelum ini oleh BN tidak langsung menikmati perubahan walau hanya lampu jalan. Apabila PKR pegang tampuk pemerintahan mereka sibuk bising suruh masuk kan lampu jalan. Habis selama ini yang kau pegang kenapa tak buat lampu jalan? Kenapa baru sekarang nak bising-bising macam baghal?

Bagilah peluang dulu. Baru 100 hari apa sangat perkara yang boleh dibuat pun? Hatta masa Badawi pegang jawatan satu penggal dulu pun dia kata tak cukup pasal banyak kerja. Pemerintahan parti pembangkang sekarang ibarat tunas yang baru menjadi. Baru keluar dua daun hijau kau dah paksa berbuah, janganlah jadi bodoh!

P/s : aku tak sempat nak jenguk blog kalian, pasal aku sekarang bergegas nak ke pejabat. AKu cuba esok insyaAllah.


1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

betul tu king.. betul tu.. apa ke kesah nak kasik gaji 2 bulan sekali? kita-kita disuruh berjimat sampai ikat perut, terpulas usus.. mereka-mereka jalan2 diluar negara,shopping2, membesarkan dan memetakkan rambut. huh!
anitakema | 06.18.08 - 11:59 pm | #

Gravatar wah.. tabik king.. cantik kemas ayat dan bahasa.. hantar masuk paper leh tak? ruangan komentar.. hehehe (mampus kena pelangkung ngan king kalau aku berani hantar weh...)

tapi mmg itulah kenyataan.. apa yang King "HAMBURKAN" itu mmg kena sgt.. tak ada cacat celanya..

SETUJU SETUJU SETUJU..
kaktiny | Homepage | 06.19.08 - 10:35 am | #

Gravatar 7. Naik kan cukai Calsberg/Tiger/ dan setaraf dengannya.

8. Naik kan cukai kat mereka yang beli nombor ekor.. naik tinggi pun tak pa!
bluecherry | 06.19.08 - 11:32 am | #

Gravatar anita :betul

kaktiny : silakan i dont mind

blue : errr
kingbinjai | 06.19.08 - 5:41 pm | #

Gravatar Macam mana nak urus negara, urus rumah sendiri pun tak betul!

Bahlul sungguh mereka tu ...

Salam.
Bunga Rampai | Homepage | 06.21.08 - 11:03 am | #

Gravatar u r sooo right King.

bila negara dipegang oleh orang-orang yang bebal, ini lah hasilnya.
violet teddy | Homepage | 06.21.08 - 4:33 pm | #

Gravatar a'ah. masa dorg ckp yg pembayar cukai kat negara kita ni cuma 1.2juta org..maybe dorg ingat nk pelekeh rakyat yg melaungkan 'kami bayar cukai!duit yg dibazirkan duit kami!'..kononnya jeritan2 rakyat tu cuma suara2 moron sdgkan yg betul2 byr cukai cuma 1.2 juta org sahaja..


di sudut yg lain....bila angka ini didedahkan, menunjukkan pemimpin negara yg ada mmg kejam....sudah tahu yg rakyat malaysia kebanyakannya berpendapatan rm3000 (minima utk dikenakan cukai)...kenapa nk bebankan rakyat lagi????

siapa yg moron skrg???
kakLuna | Homepage | 06.22.08 - 6:54 pm | #

Gravatar semua tuh adas motif politik, n kepentingan diri sendiri n temoilok n kantung semuanya masyukkkkkkkk utk diri sendiri juga... aku tak halalkannn!
rudy bluehikari | Homepage | 06.27.08 - 7:33 pm | #

Gravatar Banyak mende aku setuju sangat ngan ko nih... kalau aku jadi Perdana Menteri akan aku laksanakan semuanya... aku fikir selagi rakyat heppi selagi tu diorang perlukan aku... aku nak jadi PM palign berkuasa di dunia..
Beruang Madu | Homepage | 07.04.08 - 2:03 pm | #

Gravatar sebab masa kau belum memerintah kau berlagak macam pandai sangat, itu pasallah kita expect kau terus berbuah.

Biasalah tu mak aku pun macam tu gak ha ha ha. Kalau bercakap tu mengalahkan Perdana Menteri. Semua menteri bikin, salah belaka kat mata dia.
mardhiah | 07.07.08 - 4:26 pm | #

Gravatar oh sudah ada babi dalam ni
kingbinjai | 07.08.08 - 9:08 am | #