Wednesday, February 03, 2010

Lebih Aduka

Perlukah dibicarakan lagi tentang Aduka Taruna? Selepas puas menggoogle kesana sini sebentar tadi perasaan marah menjadi hairan. Menjadi hairan kerana ada manusia yang masih mengucap kalimah "InsyaAllah", mengakui tuhannya Allah dan agamanya Islam lantang berbahasa kesat pada kesuciannya.

Hairan kerana sekiranya kita mengakui keesaan Allah apakah wajar kita mempersoal, merendah-rendahkan ketetapanNya? Allah telah meletakkan martabat Aishah R.A. dikedudukan yang tinggi dan menjanjikan syurga pada Imam Shafie. Keputusan itu adalah keputusan Allah. Dan sebagai hambaNya tidakkah pelik apabila dengan lantangnya memburuk-buruk kedua-dua insan tersebut? Tidakkah dengan perbuatan yang memanggil Aishah R.A bangang dan memperlekehkan hukum yang terdapat dalam mazhab Shafie bersamaan dengan memanggil Allah bangang dan memperlekehkan hukum-hakamNya?

Sebagai contoh, Aduka mengakui keesaan Allah, mengaku dirinya Islam tapi dalam waktu yang sama beliau mempersoalkan kenapa apabila menyentuh isteri sendiri batal wuduk? Malah memanggil hukum ini sebagai bangang. Bukankah dengan berbuat demikian beerti kita mempersoalkan ketetapan Allah? Apakah Allah itu hanyalah tidak lebih sebagai satu ikon?

i
Aduka Taruna pada aku, adalah contoh terbaik dari Allah kepada kita semua. Contoh apa? Contoh terbaik seorang manusia yang kosong hatinya. Kosong dari wangian kalammullah, kosong dari sinar Nurnya, kosong dari tenungan ihsanNya dan kosong, dari kasih sayangNya. Jika tidak masakan beliau sanggup merendah-rendahkan martabat Aishah R.A yang ditinggikan martabatnya oleh Allah. Tuhan yang aku, kau dan Aduka sendiri akuinya.

Dari marah berapi kini berasap kehairan dan setelah dipuput angin kini yang tinggal adalah abu. Abu ketakutan. Takut apa? Takut, kerana kita kini ditengah kelompok seperti Aduka Taruna. Renung-renungkan kembali, sepanjang hayat kita, berapa ramai manusia yang telah kita jumpa, kenal dan temui yang tidak segan silu bercerita tentang dosanya. Bangga pada pelakuan dosanya. Pergilah merayau-rayau dalam Tagged, tengok berapai ramai umat islam, perempuan amnya, tanpa rasa takut dan malu pada Allah atau kita mendedahkan bahagian-bahagian sulit tubuh mereka.

Namun begitu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Aduka Taruna, terima kasih kerana :

1. Membenarkan setiap janji-janji yang telah Allah khabarkan.

2. Membenarkan betapa adanya kemurkaan Allah.

3. Memperlihatkan betapa buruknya manusia itu jadi sekiranya dia dibelakangi Allah.

4. Membuka mata aku seluasnya, bahawasanya kita mendekati kiamat.

5. Bahawasanya KERAjaan hanya lebih mementingkan status politik dari maruah Islam.

ii
Zaman sekarang agama bukan lagi menjadi persoalan utama dan akhirat bukan lagi menjadi matlamat kehidupan. Ini telah dibenarkan oleh Aduka dan mereka yang menghantar komen-komen kepada surat permohonan maaf beliau.

kebanyakan mereka yang menghantar komen tersebut lebih lelah melaungkan "Rakyat Johor Bersatu" dari melaungkan "Umat Islam bersatu". Lebih petah mereka mengutuk Aduka hanya pada isu sultan dan bukan pada isu menghina Aishah R.A., Muawiyah, Saidina Ali dan Imam Shafie.

Oleh itu, tahniah kepada anda semua dan tahniah kepada KERAjaan (kerana menangkap Aduka bukan berkenaan isu maruah Islam) kerana anda semua, lebih Aduka dari Aduka sendiri.

6 Bangsawan Menatang Sembah:

aminbakish said...

King, saya ada cerita manusia spesies ini. Nanti saya tuliskan di blog.

DeeN said...

Manusia hanya mementing maruah diri sendiri berbanding agama. Mulut, hati dan akal tak synchronize tuh! Isk!

el said...

dude... wa tak baca la kes dia ngina ummu mukminin tu... cuba cerita sikit??

kingbinjai said...

amin : baik, nanti saya jenguk

deen : betul.

el : ko google je "Aishah R.A bangang dalam tajuk." mesti jumpa punya

kingbinjai said...

masuk lokap penjara hilang aaa teruna nanti.
sidugong | 02.04.10 - 11:03 pm | #

Gravatar pebenda yang ko tak paham weh lam komen aku lam entri selum nih???

pasal haloscan tutup ke? tak dapat email eh?? semua komen kat haloscan akan dilupuskan... takde dah lepas nih... komen yang ada... semua abis...

kalau pasal propeller tu... ada orang tulis... setakat enjin jet yang kecik tu... propeller kapal yang lagi besar pun buleh ilang... apa sangat la enjin jet tuh...
el | 02.04.10 - 11:13 pm | #

Gravatar bas : bagi kat sepul je

el : jgn la mare... wei camne nak pakai komen blogger balik ha?
kingbinjai | 02.05.10 - 12:08 am | #

Gravatar baru lepas gugel entri aduka tu..

giler ah! tu la bila orang takde ilmu nak berlagak pandai..
achik | 02.05.10 - 11:48 am | #

Gravatar revert template to default lah... tapi abis la cat dinding ko yang comei nih...

pakai discuss lah... lagi sempoi... aku pakai yang jskit tu... tak berapa nak seronot... kikiki...
el | 02.05.10 - 3:48 pm | #

Gravatar skrg gak gugel pasal Aishah RA tu. thanks king!
Masy | 02.09.10 - 10:02 am | #

khairyn said...

err.. king
suami sentuh isteri tak batal wuduk :)